Setiap manusia mempunyai cita-cita dan impian sendiri bukan. Shoppermaniac ini sebenarnya telah ditubuhkan pada tahun 2020 dan pemilihan branding Shoppermaniac ini diambil kerana pada masa itu fokus utama kami ialah membina bisnis yang profit di Shopee.
Kami membuat analisa penuh bagaimana untuk mendapatkan jualan di Shopee dengan dropship dan kami telah berjaya memperolehi keuntungan melalui sistem yang kami kaji iaitu 5 Funnel Shopee Funnel yang boleh digunakan pada semua bisnis online.
Dan kemudian pelbagai modul kami buat dan semuanya melalui pengalaman dan data kami. Sebagai contoh Masterclass Blog Blogspot dimana saya mempunyai 13 tahun dalam bidang blogging, sales pages dan ECommerce dan paltform pertama dan paling lama saya guna ialah Blogspot kemudian Wordpress ( Ecommerce) dan kemudian platform EasyStore ( Ecommerce) dan terkini ialah Canva Website.
Dan Pada tahun 2023 kami melihat AI semakin berkembang dan ianya satu cabaran untuk kami mempelajarinya dan kami tahu ia masih baru dan kami sertai sebuah kelas dari US yang dinamakan Groove.cm/ Groove.ai mempelajari ilmu Ai dan kami berjaya membuat Custom GPT dan pelbagai ilmu lain.
Banyak lagi modul pasukan kami telah keluarkan dan kami juga ada mencuba pelbagai produk reseller untuk belajar tips marketing mereka.
Kami tahu branding Shoppermaniac sudah tidak releven kerana kami berkembang dengan pelbagai niche. Tapi kami kekalkan juga kerana branding ini adalah tapak kami dalam dunia digital ini.
IMPIAN KAMI
Kami mempunyai impian menjadikan Shoppermaniac sebagai satu branding dan menjana pendapatan dari bidang ini. Selama 5 tahun kami berusaha keras dan puluhan ribu kami laburkan untuk pastikan Shoppermaniac ini sebagai satu entiti pembelajaran yang profesional melalui sistem membership dan berstruktur.
Secara peribadi, apa yang mahukan belum lagi kami capai dan ketika ini kami dalam fasa trial and error. Bila dalam fasa ini sudah tentu, kita akan terus bereksperimen dan ia memerlukan modal, Pendek kata kami belum menjana pendapatan yang selesa.
Kadang kala kami berfikir, susah sangat ker nak buat duit dengan bisnis online dengan menjual modul kami yang lengkap. Kenapa ada orang yang jual digital produk ini mampu pakai kereta mewah dan melancong?
Kami bukan nak banyak, cukuplah sehari dapat sales dalam 3- 5 sales sehari. Ianya sudah mampu memberi keselesaan yang mencukupi kepada kami. Tapi ada rakan kami yang dapat ROAS hingga 4- 8 kali !!!!
Kami tertanya apa salah kami, segalanya telah kami buat selama 5 tahun. Bukan 5 bulan!! Pelbagai software kami telah melabur dengan nilai belasan ribu tapi masih belum mencapai target kami.
Saya mendapat satu jawapan jelas iaitu keredhaan Allah. Ia yang menentukan rezeki anda dan pastikan rezeki yang kita lakukan ini adalah halal dan bukan haram.
Kami kata kami telah berusaha tetapi masih belum ada hasil. Tapi benarkah kami benar-benar berusaha kuat. Adakah sehari 2 jam fokus dalam bisnis dianggap telah berusaha keras atau 5- 8 jam dianggap berusaha keras, Ianya subjektif kan.
Kami yakin pada penghujungnya, kami akan berjaya atas 2 faktor ini iaitu keredhaan Allah dan usaha kami. Ia adalah satu kesimbungan yang terbaik untuk kami berjaya dalam hidup ini.
Saya membuat artikel ini adalah satu bentuk muhasabah diri pada bisnis kami. Kami tahu pada tahun 2025, cukup mencabar dalam bisnis online. Dan kami akan ALL OUT dengan strategi, usaha dan berkat dari Allah serta ahli keluarga kami.
DAN UNTUK ANDA DI SANA, diharap artikel ini memberi semangat pada anda. Jangan mengeluh dan jangan putus asa. Bisnis bukan mudah, ia perit dan satu perjalanan yang amat panjang kerana ia melibatkan skill dan setiap skill ditukar menjadi pakar ia memerlukan masa.
Sebab itu Shoppermaniac tetap kekal dan terus maju ke hadapan dan sudah tentu berkat kerjasama pelanggan kami yang mempercayai kami kami amat hargai dan kami akan beruasaha buat yang terbaik... Amin.
Dan tempoh hari kami membuat pengurusan baru di Shoppermaniac yang semakin berkembang dengan membuat 2 department iiatu Sales dan Marketing.