PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN DENGAN SHOPEE - BLOG SHOPPERMANIAC

PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN DENGAN SHOPEE

Review Kumoten Dari Pengalaman Saya
PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN

Daftar dengan Kumoten - KLIK SINI

Pengalaman sebagai dropship Kumoten cukup banyak untuk saya. Malah saya boleh katakan bahawa dropshipping pertama yang saya sertai sebagai dropshipping ialah KUMOTEN.


Malah saya telah menjual banyak produk di Kumoten sepanjang saya sertai KUMOTEN ini.


Kedai pertama saya mengunakan perkhidmatan Kumoten ialah semasa ianya  masih percuma lagi dan semua produk boleh dimasukkan ke kedai Shopee anda hinggalah yang terbaru saya sertai Instant Fast Track mereka.

Untuk memahami KUMOTEN, saya pecahkan dua versi pengenalan saya dengan Kumoten iaitu semasa zaman ia tidak berbayar dan zaman ia membuat Membership plan.


PENGENALAN KUMOTEN SEBELUM BERBAYAR


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN
PRKHIDMATAN KUMOTEN SEBELUM IA MEMBUAT MEMBERSHIP


Saya secara peribadi telah menggunakan perkhidmatan KUMOTEN yang disediakan ketika ia percuma  itu sebelum ia membuat membership Instant dan Prime pada tahun 2021. 


Pada masa itu mereka ada menyediakan perkhidmatan memasukkan produk 1000 hingga 3000 produk dengan harga RM299.

Malah saya telah membuat EBOOK bagaimana memasukkan produk ke Kumoten Versi pertama menggunakan pekhidmatan ini. 


Memang teruja ler sebab dapat masukkan 3000 produk dan potensi untuk jualan memang cukup terbuka.

Ertinya saya telah mengenali Kumoten sebelum ia membuat pembaharuan membership plan hingga saya membuat EBOOK untuk Kumoten sahaja.


Walaupun pada masa itu KUMOTEN memberi perkhidmatan tanpa berbayar tetapi ada beberapa aplikasi mereka yang anda hendak gunakan, dikenakan bayaran pada masa itu.


Seperti memasukkan produk sehingga 3000 produk kena bayar RM299 dan manakala nak auto sync unlimited sehari kena bayar RM7 dan sebagainya. 


PENGENALAN KUMOTEN TERBARU MEMBERSHIP PLAN


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN



Membership plan Kumoten yang terbaru diujudkan pada tahun 2021 dimana mereka memberi dua pilihan kepada Seller Dropship samada sertai Instant atau Prime. Dan sistem bayaran mereka setiap 6 bulan.

INSTANT plan ialah mereka memasukkan produk lokal sahaja.
Manakala PRIME (kini Sprint) plan mereka memasukkan produk lokal dan produk luar negara.


Untuk pengetahuan saya telah updated EBOOK KUMOTEN INI VERSI KEDUA pada bulan Julai 2021.

Kumoten telah updated yang terkini pada 2023 dengan menukar nama membership mereka sahaja. Jangan pening kepala dengan terma-terma baru, hanya tukau nama sahaja..





Jika anda berminat hendak mengetahui membership plan mereka, anda boleh download eBook  kami DISINI - masih guna terma membership lama

Perbezaan membership plan dengan sistem dahulu paling ketara ialah memasukkan beribu-ribu produk tiada lagi. Mereka kini hanya memasukkan 300 produk dan selebihnya anda kena masukkan sendiri.


Membership Fast Track anda mendapat kelebihan menggunakan semua aplikasi mereka dengan percuma. Saya tidak akan terangkan secara detailed membership plan mereka.


Anda boleh pergi laman web mereka atau download versi terbaru EBook Kumoten saya ini.


PENGALAMAN DROPSHIP DENGAN KUMOTEN sudah tentu anda terdapat yang manis dan pahit. Mana-mana dropship pun mempunyai kelebihan dan kekurangan mereka. 

Sebelum mula jangan lupa daftar kumoten dropship login. Dapatkan Ebook Kumoten kami yang percuma untuk daftar dan jual di Kumoten Shopee.


KELEBIHAN KUMOTEN.

Dashboard yang mudah dan lengkap 


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN

Muka hadapan dashboard Dropship KUMOTEN amat mudah dan mesra pengguna. Dimana anda boleh melihat jualan bulanan anda serta keuntungan anda telah dikirakan jika anda mengambil salah satu aplikasi yang mereka sediakan.


Berbanding dashboard dropshipping yang lain, Kumoten walaupun tampak design old school namun ianya efektif.

Jumlah Produk Yang Cukup Tinggi 


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN


Jumlah produk di KUMOTEN cukup banyak dan anda boleh pening mana satu anda nak masukkan.


Pada gambar diatas ialah kategori produk yang disediakan oleh KUMOTEN dan setiap kategori mempunyai sub kategori yang mempunyai pilihan yang banyak.


Terpulang pada anda samada rajin atau tak rajin jika anda nak masukka produk KUMOTEN ke kedai Shopee anda.


Margin Untung Lebih Tinggi 

PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN


Terdapat produk KUMOTEN yang memberi margin untung yang tinggi. Rata-rata syarikat dropship memberi margin untung dalam 10% hingga 20%.


Tetapi seperti gambar di atas margin untung hingga 47%!!!! Dan rata-rata , banyak produk yang memberi margin keuntungan melebihi 20% hingga 40% keatas. 


Anda kena cari mana produk memberi keuntungan tinggi maka anda bebas untuk membuat Shopee Ads atau Facebook Ads tanpa risau budget anda.


Anda juga boleh memaksimumkan tenaga anda menjadikan produk ini sebagai produk winning dengan memperbaiki produk listing serta marketing.  Anda boleh sahaja menggunakan teknik Shopee Funnel Sales Meletup kami dengan teknik 5 Funnel kami.

Dimana anda boleh menjana sales yang konsisten serta menjana sales sebelum ini ke 400%  kenaikan.!!!




Kini Kumoten Di Tik Tok ( updated 2023)

PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN  DENGAN SHOPEE


Pada August 2023 ini, Kumoten telah mengumumkan kini mereka telah menambahkan platform terbaru selain Lazada dan Shopee ialah Tik Tok.

Dengan satu pembayaran membership anda boleh memasukkan produk Kumoten pada 3 platform utama marketplace ini.




KELEMAHAN KUMOTEN.

Penghantaran produk yang lama ( Oversea produk) 

 
PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN


Kelemahan utama KUMOTEN dan sebab saya meninggalkan KUMOTEN ialah produk oversea beliau mengambil masa dari 9 - 14 hari untuk penghantaran.


Semenjak KUMOTEN percuma lagi jika terdapat produk oversea anda harus tunggu penghantaran ke buyer anda memakan masa 9 - 14 hari 

Dan perkara paling saya benci apabila buyer follow up produk tidak sampai walaupun mereka sudah mendapat maklumat masa penghantaran mungkin masa yang lama.  


Adakala produk yang melebihi 14 hari pun  ada dan kena tahan telinga ler buyer marah-marah anda.


Sepanjang saya mengguna KUMOTEN , hampir 80% saya kena marah ialah penghantaran lambat !!!!!!

Kedai kena banned oleh Shopee


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN



Saya menyertai INSTANT FAST TRACK KUMOTEN pada September 2021 dan ingin melihat apakah kelemahan membership plan mereka.


Pada mulanya semua berjalan lancar dimana pihak KUMOTEN dekorasi kedai saya (Shopee /Lazada) dengan baik dan memasukkan produk yang saya lihat kemas.


Tiba-tiba saya menerima email dari Shopee dimana saya tidak boleh log in kedai Shopee saya disebabkan spam atau melanggar polisi Shopee.


Polisi yang saya langgar ialah memasukkan produk sekaligus banyak ke Kedai Shopee saya dimana sehari melalui Fast track program ini saya dimasukkan 50 produk hingga maksimum 300 produk sahaja. 


Itu pun kena banned oleh Shopee. Lalu saya ambil keputusan biarkan sahaja kedai saya ini. Malas nak layan lagi.

Updated 2023 :
Saya membina sebuah kedai Lazada yang tanpa menggunakan Fast Track. Sememangnya bukan sahaja Shopee tetapi Lazada akan banned kedai Shopee jika anda memasukkan banyak produk.

Untuk mengelakkan pekara ini, anda masukkan 10 produk sehari sahaja dan algoritma mereka tidak akan menganggap anda sebagai spammer.


Kelemahan Instant Fast Track Kumoten 


PENGALAMAN DROPSHIP KUMOTEN


Kelemahan utama apabila saya ambil Instant Fast Track, pilihan saya untuk memasukkan produk ke kedai Shopee agak kurang dimana kebanyakkan produk di KUMOTEN adalah PRIME plan yang bermaksud produk dari China.


Padahal saya tak mahu produk dari China disebabkan pengalaman saya kena maki berpuluh-puluh kali oleh buyer yang mahu shipping cepat.


Tapi kalau saya ambil Instant KUMOTEN, produk saya kurang dalam 1000 produk dan menyusahkan saya kena periksa setiap produk dan kategori mana produk  Instant. Kerja gila ler ...


So keputusan saya mengambil Instant Plan adalah salah dan rugi ler RM99.
Dan rugi saya dah top up RM100,..hehehehe




KESIMPULAN KUMOTEN 


Pada pendapat saya terpulang pada anda mana yang terbaik.

Artikel ini adalah pendapat peribadi saya tentang KUMOTEN dan jika anda membaca artikel ini apa yang paling saya tak suka tentang KUMOTEN ini ialah shipping produk luar negara dan juga tiada opsyen  auto  memasukkan 3000 produk serentak ke kedai Shopee seperti dahulu...

Tetapi jika anda ambil Prime Fast Track serta sanggup membayar membership plan RM99. Maka ianya adalah opsyen terbaik dan saya galakkan.

Dan terkini pada bulan August 2023, Kumoten telah membuka sebuah platform baru untuk anda synckan dengan Tik Tok .





kumoten
kumoten login
kumoten review
kumoten dropship
kumoten product
kumoten dropship review
kumoten dropship shopee
kumoten malaysia
kumoten shopee
kumoten singapore
kumoten customer service
kumon japan
kumoten dropship ok ke
kumoten membership
kumoten help



Catat Ulasan