DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022 DAN PERBANDINGAN

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022 DAN PERBANDINGAN

 DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022 DAN PERBANDINGAN

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022


ARTIKEL DI BAWAH INI DIBUAT PADA TAHUN 2022.
DAPATKAN ARTIKEL TERBARU KAMI DROPSHIP TERBAIK PADA  TAHUN 2024


Setiap tahun perubahan dalam bisnis on line platform cepat berubah dan ini termasuk dropship auto sync. Pada tahun 2022 mungkin ia yang terbaik tetapi pada  untuk tahun 2023 ia mungkin terburuk.

Dropship manakah yang terbaik di Malaysia pada tahun 2022. Untuk saya asas shopee dropshipping malaysia yang saya mahu ialah ia mesti Auto-Sync atau auto shopee dropship atau dropship auto sync shopee iaitu segala pembelian dan penghantaran antara kedai Shopee saya dengan dropship mestilah secara automatik . 

8 dropship untuk pilihan anda 

Itu syarat utama saya jika mahu memilih dropship sync to shopee malaysia atau teknik terbaik cara jadi dropship shopee malaysia.  Ini kerana saya mahu tumpukan pada sales sahaja dan lagi pun saya tiada kemampuan membuat tempahan manual kerana saya tidak mempunyai masa.

CICO TELAH MENUTUP OPERASI PADA JULY 2023


DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022

Saya mempunyai pengalaman menggunakan keempat-empat dropship ini:


Dan setakat ini pengalaman saya menggunakan kempat-empat dropship ini tiada masalah. CICO adalah dropship terbaru yang ditubuhkan pada tahun 2021 dan sebagai shopee dropship baru sudah tentu ada sedikit masalah teknikal yang kecil. 


Diantara keempat-empat Dropship ini saya membuat perbandingan berdasarkan pandangan peribadi dan pengalaman saya. Walau pun keempat-empat ini saya galakkan anda untuk sertai namun sudah tentu ada pro dan kontra yang saya akan berikan pada anda supaya anda boleh memilih mana yang terbaik.

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022

MEMBERSHIP PLAN

Save Value dan CICO adalah percuma dan sudah tentu ramai yang akan memilih perkhidmatan percuma dan saya tidak lari memilih perkhidmatan percuma yang mengukuhkan lagi pilihan saya kenapa memilih dropship ini.

Malah di kedai Shoppermaniac, kami menggunakan 2 dropship ini sekarang. 

Manakala Kumoten dan DSM pula mengenakan bayaran dimana Kumoten mengenakan membership plan setiap 6 bulan dan DSM setahun sekali. 

Kumoten mempunyai 2 jenis membership iaitu Prime dan Instant membership plan.

Dapatkan maklumat lengkap Kumoten  di sini: Bagaimana Daftar Kumoten


Pembayaran sebagai membership ini anda akan mendapat keistimewaan berbanding  percuma dimana :

Kumoten mempunyai aplikasi atau software yang membantu seller seperti fast rack, auto sync, dekorasi kedai dan sebagainya.

DSM pula ada beberapa produk yang memberi free gift untuk mereka yang membeli produk dan juga mereka membenarkan seller menggunakan fasiliti mereka jika ingin membuat produk review.


DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



JUMLAH PRODUK 

Jumlah produk memainkan peranan yang penting dalam memastikan pilihan produk yang pelbagai kepada buyer dan anda sebagai seller, anda mempunyai potensi menjual pelbagai produk.


Dalam perkara ini KUMOTEN  memenangi jumlah produk terbanyak terutama jika anda mengambil membership Prime yang melebihi 5000 produk !!

Manakala CICO pula mempunyai lebih dari 600 produk manakala Save Value dan DSM dalam anggaran 300 produk ke atas. 


Masalah di Kumoten yang saya tidak begitu suka ialah produk Prime mereka dimana shipment mengambil masa yang lama antara 7 - 14 hari  disebabkan produk mereka biasanya dari China. Dan buyer tidak suka shipping yang terlalu lama. Anda kena daftar sebagai NON SSL jika mengambil membership PRIME.

Namun terpulang pada anda mana yang anda mahu. Prinsip dalam dropship ini ialah lagi banyak produk, sales adalah lebih tinggi.

Untuk saya mengatasi masalah ini saya satukan SAVE VALUE  dan CICO dikedai Shopee Shoppermaniac dan saya mendapat anggaran produk 700 produk. Okey ler tu.

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



JENIS PRODUK 

Jenis produk memainkan peranan yang penting dalam memastikan anda mudah mencari produk winning di kedai Shopee anda selain daripada  jumlah produk.

SAVE VALUE  jenis produk yang dijual adalah pelbagai dan pada pendapat saya di Save Value agak mudah mencari produk winning berbanding dropship yang lain.


CICO pula menjual produk kegunaan harian seperti sabun, paip, baldi, mancis dan sebagainya, Saya anggap CICO ini menjual produk-produk "old school" yang tidak dijual oleh dropship lain dan ada potensi untuk meningkat namun sukar untuk dapatkan produk winning.


KUMOTEN dengan 5000 jenis produk maka potensi mencari produk winning amat tinggi dan ia juga memberi masalah kerana pilihan terlalu besar. Untuk Kumoten saya galakkan anda buat niche atau kategori masukkan produk ke kedai Shopee anda. Dari situ lagi mudah untuk anda mencari produk winning. 


Selepas habis satu kategori anda masukkan kategori agar tidak terlepas mana-mana produk winning. 

DSM pula produk mereka kebanyakan berunsur Home and Living atau produk kegunaan rumah dan decor. Ianya lebih spesifik dari segi pembeli pada pendapat saya. Dan saya kurang pengalaman tentang home and living ini maka kurang sesuai untuk saya mencari mana produk winning yang tengah meletup. 


DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



PERKHIDMATAN 
 
SAVE VALUE DAN KUMOTEN saya tidak pernah mendapat apa-apa mesej secara what apps dari mereka selama ini mahupun perkembangan. Dari segi engagement ianya amat kurang berbanding dengan syarikat dropship yang lain. 


KUMOTEN akan berhubung dengan anda, apabila anda mengambil membership Fast Track kerana mereka memerlukan maklumat anda untuk masukkan produk. 


CICO perkhidmatan mereka memang terbaik setakat ini. Jika anda mempunyai masalah sebagai contoh top up kredit, mereka akan uruskan dengan cepat dan jika ada masalah mereka akan hubungi anda.  Walau pun ianya baru tapi dari segi enggagement terbaik.


DSM kerap memberi maklumat terkini melalui what apps mereka samada kenaikan produk dan sebagainya. Saya  mendapat maklumat mereka memberikan penggunaan fasiliti mereka secara percuma pun melalui what apss.


Untuk saya CICO dan DSM terbaik dari segi engagement, namun untuk saya selagi tiada masalah dari segi penghantaran dan kualiti produk, tiada masalah pada saya samada mereka nak berhubung dengan saya atau tidak.


DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022
Gambar Dari DSM


KUALITI GAMBAR

Kualiti gambar memainkan peranan yang penting untuk menarik perhatian buyer kerana anda tidak menjual produk secara fizikal tetapi melalui gambar atau video.


DSM yang terbaik dari segi ini kerana gambar mereka memang cantik dan ada juga produk yang mempunyai video. Dari segi marketing dan produk listing, anda tidak hadapi masalah jika masukkan produk mereka.


SAVE VALUE juga mempunyai gambar yang cantik dan ada juga video-video yang baik untuk beberapa produk. Tetapi tidak sebaik DSM.


KUMOTEN dan CICO gambar mereka tidak begitu berkualiti dan menarik perhatian untuk buyer. Anda kena cari gambar lain di Google jika produk yang anda jual ini sebagai produk winning. Kalau pakai gambar mereka memang tak cantik langung. 

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



MARGIN UNTUNG

Kesemua dropship ini memberi margin untung yang hampir sama dalam 10%  hingga 20% .
Hanya di KUMOTEN  saja saya pernah lihat hingga 30% ke atas untuk beberapa produk dalam membership PRIME. 

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



STANDARD DELIVERY 

SAVE VALUE, KUMOTEN  dan CICO menggunakan kesemua standard delivery yang diberikan oleh Shopee. 


Hanya untuk KUMOTEN membership plan sahaja mereka menggunakan NON SSL keraan order produk dari China. Kalau tak salah saya mereka menggunakan Sky Net. 


DSM pula saya tak berkenan kerana mereka tidak menggunakan DHL. Anda kena pastikan untick DHL dan COD jika anda menggunakan DSM. Susah untuk saya kerana adakalanya kita akan memperkembangkan perniagaan kita dan adakalanya kita nak guna DHL tak boleh.

Ini adalah kelemahan utama DSM dan bagi saya ia akan dalah salah satu impak yang besar kenapa saya tak guna DSM.

SUPPORT SALES 
Saya dah terangkan di sub heading Membership Plan.

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



COMPETITOR / SAINGAN

SAVE VALUE DAN KUMOTEN pada pendapat saya mempunyai saingan jualan di Shopee yang amat sengit. Ramai Seller Shopee dropship menggunakan perkhidmatan mereka.

Ini sebabnya jika anda menggunakan kedua-dua ini agak sukar untuk membuat jualan jika produk listing, marketing dan produk winning anda tidak kuat. Anda kena memastikan ketiga-tiga ini kena kuat.

Kedua-dua ini masih lagi relevan di jual di Shopee atau marketplace kerana Shoppermaniac telah membuktikan membuat jualan 4 angka setiap  bulan di Shopee menggunakan SAVE VALUE. Tetapi makan masa ler sebab anda kena study produk winning. 

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022



WEBSITE DESIGN

Dahulu SAVE VALUE adalah website yang paling lembab dan banyak error terutama apabila anda nak sync produk ke Shopee. Tapi kini saya lihat loading time makin laju dan nak sync tak sebanyak masalah seperti dahulu.

CICO  kena perbaiki sistem mereka kerana ianya agak lambat dan ianya tak mesra pengguna seperti dropship yang lain. Namun saya tidak ambil kira sangat kerana ianya masih baru.

Hingga kini jika anda nak top up kreditdi CICO  anda tak boleh buat diwebsite mereka, Anda kena hubungi mereka dahulu. Disebabkan engagement mereka baik, tiada masalah bagi saya.

DSM dan KUMOTEN bagi saya tiada masalah yang saya hadapi sepanjang saya gunakan website mereka.


KESIMPULAN

DROPSHIP TERBAIK MALAYSIA 2022
KENAPA SAYA PIIH SAVE VALUE


Jika anda suruh saya memilih mana dropship pilihan saya maka saya akan pilih dropship SAVE VALUE  atas 2 sebab utama iaitu percuma dan ikuti semua Standard Delivery.

Sales Shoppermaniac setakat ini adalah dari Save Value dan ianya berterusan sehingga kini.

Pada tahun 2022 saya alami 2 kes refund dari customer melalui SAVE VALUE dan dari keseluruhan sales ianya tidak begitu kritikal untuk saya. Dan refund ini pun saya selesaikan antara saya dan buyer tidak melibatkan Save Value.


CICO saya akan melihat perkembangannya pada tahun 2022 kerana saya melihat ia potensi menjadi salah peneraju Dropship terbaik di Malaysia satu hari nanti. Produk mereka pada pendapat saya ialah produk boleh jual kerana keunikan produk tersebut.

Kalau anda lihat pendapat saya agak bias kerana pemilihan saya terhadap kedua-dua ini terutama SAVE VALUE ialah ianya percuma dan ia memilih Standard Delivery. 

Namun apa nak saya katakan, jika anda sebagai seller baru adalah lebih baik anda memilih dropship ini terutama ianya percuma. 

Dan tutorial saya samada di blog ini atau You Tube adalah memudahkan perjalanan Seller Shopee yang baru dan kurang berisiko.

TETAPI jika anda bertanya saya next plan saya apakah saya akan saya pilih. Saya akan pilih DSM kerana ia mempunyai produk listing yang cantik dan marketing yang baik dengan menyediakan free gift. Itu pilihan kedua saya.

KUMOTEN adalah dropship pertama saya dan saya telah join Instant Fast Track dan sepanjang saya sertai mereka, Kedai Shopee saya kena banned sebab dianggap spam masukkan produk setelah saya upgrade ke Instant.  Hingga kini ia terabai...hehehehehe.

Jika anda subcribe YouTube Channel saya, saya pernah kata nak sertai Instant Prime untuk lihat apa kelebihan namun saya kena banned..ahaks.

Manakala dari segi shipment pula yang ambil PRIME, kelemahannya shipping time terlalu lama dan saya banyak kali pernah dimarahi oleh buyer disebabkan shipping time ini. 

Saya bukan kata KUMOTEN tak baik, jika tidak takkan ia merupakan salah satu penaung bekerjasama dengan kerajaan memberi banyak peluang perniagan percuma kepada rakyat Malaysia. 

Cuma nasib saya tak serasi dengan KUMOTEN.


standard delivery shopee from china to malaysia, dropship shopee, dropship malaysia free

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama