Sejajar dengan perkembangan Shoppermaniac kami telah mengambil pasukan baru untuk mengendalikan modul dan kemaskini syarikat kami dengan lebih baik.
Kami telah pecahkan dua bahagian dlam Shoppermaniac dimana ianya terbahagi kepada Marketing dan Sales Department .
Sudah tiba masanya Shoppermaniac ini berkembang dengan arah yang lebih berstruktur dan sistematik agar kami dapat mengendalikan syarikat ini dengan lebih baik pada masa akan datang dan memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan kami.
Selain itu kami juga mudah mengembangkan bisnis kami yang semakin padat tetapi dilihat banyak lubang-lubang yang harus di ditutup dan atas dasar ini kami memecahkan struktur syarikat kami ini.
Sudah 4 tahun syarikat ini berjalan dan jika tidak mahu ketinggalan, pengagihan kerja harus dilakukan dengan baik.
Unuk makluman bahagian Marketing akan di uruskan oleh Hanif Bin Idrus dimana saya yang melibatkan pengiklanan, konten serta modul baru. Manakala bahagian sales akan diuruskan oleh Puan Aslinda yang akan menguruskan perkhidmatan dengan pelanggan lepas jualan serta budget atau kos syarikat kami ini.
Diharap dengan sistem pengurusan ini, syarikat Shoppeprmaniac akan terus berkembang dan kami berdoa ia akan terus berjaya. Mohon doa anda juga yek..amin.



