Funnel Ini Atasi Segala Perubahan di Shopee - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Funnel Ini Atasi Segala Perubahan di Shopee

Segala bisnis yang kami lakukan semuanya bersandar pada 5 funnel ini dan jom kita lihat bagaimana kami menggunakan 5 funnel ini menyelesaikan masalah

 Funnel Ini Atasi Segala Perubahan di Shopee

Funnel Ini Atasi Segala Perubahan di Shopee


Pada tahun 2024 ini sehingga bulan March ini kita melihat Shopee telah membuat pelbagai perubahan yang pada dasarnya tidak memihak kepada Shopee Seller. Kebanyakkan perubahan yang dilakukan oleh Shopee apa yang saya lihat ialah memperkukuhkan kewangan mereka  dan menarik  lebih ramai pelanggan ke Shopee melalui insentif yang menarik.

Dan sumber terdekat yang boleh Shopee gunakan secara pantas dan efektif untuk mencapai target mereka ialah Shopee Seller. Dimana perubahan yang dilakukan ini terlalu pantas hingga kami Shopee Seller tidak sempat hendak merancang.  Malahan terdapat juga beberapa perubahan dasar Kerajaan juga telah menambahkan lagi beban kepada Shopee Seller. 

Beberapa perubahan yang dilakukan oleh Shopee ialah :

  • 1.Shopee Commission Fee  Meningkat  pada 20 March 
  • 2. COD  ( Cash On Delivery) Auto Enable bermula 18 March
  • 3. Return/Refund iaitu Change on Mind bermula 19 March
  • 4. SST ( Sales and Service Tax)  dari 6% ke 8% bermula 1 March 2024
  • 5. LVG ( Low Value Good) Tax 10% bermula 1 Januari 2024


Shopee Seller setiap tahun terpaksa membuat strategi baru agar kekal bersaing  di platform Shopee. Kali ini 2024, kami melihat perubahan yang dilakukan oleh Shopee agak drastic terutama melibatkan Komisen Fee dan Change Of Mind dan COD yang merupakan tekanan hebat kepada Seller Shopee.

Sebagai contoh kenaikan Komisen Fee Elektronik yang meningkat dari 4% ke 7% setiap jualan adalah amat tinggi. Pada keseluruhannya pertambahan Komisen Fee adalah sebanyak 3% pada semua kategori kecuali digital produk keniakan sehingga 7%. Ini amat membebankan.

COD pula Shopee telah mewajibkan semua seller mengambil pembayaran COD  ini. Walaupun mereka mendakwa COD memberi pulangan yang baik tetapi sebagai Seller, kami semua faham bahawa COD ini menyusahkan. Walaupun Shopee mengatakan kos penghantaran balik produk akan ditanggung oleh Shopee namun kos packaging masih lagi dibawah tanggungan pihak Seller. 

Manakala Return/Refund polisi Shopee iaitu Change Of Mind ialah pelanggan boleh memulangkan semula produk yang merea beli setelah 15 hari. Ini adalah satu kelebihan yang mereka berikan pada semua pelanggan mereka.

Kenaikan  SST 8% pula bebanan yang dihadapi oleh Shopee Seller adalah dari segi cukai perkhidmatan yang dimasukkan di dalam Komisen, Transakasi dan Program Shopee yang dikenakan 8%.

LVG Tax 10% adalah cukai untuk produk dari luar negara yang dijual di Shopee . Walau bagaimana pun bagi kami, ianya tiada impak disebabkan kami adalah dropship internal. Namun ia tetap sebagai bebanan untuk Shopee Seller yang lain.

Daripada semua perkara diatas ini , kesan kepada Shopee Seller ialah pengurangan margin untung sehingga 3% dan juga kerja tambahan untuk persediaan pemulangan produk akibat COD atau Change  Of Mind. Kena buat satu work station yang dipanggil Return/ Refund/ COD.


Daripada penambahbaikan yang dilakukan oleh Shopee kepada pelanggan mereka, jelas Shopee dan semua Syarikat marketplace semakin tertekan dengan persaingan. 

Apatah lagi kemunculan Tik Tok menambahkan satu lagi saingan terbaru Shopee selain Lazada. Dan untuk tetap releven di kaca mata pelanggan, Shopee harus menawarkan pelbagai insentif yang menarik kepada pelanggan mereka berbanding dengan saingan mereka. That bisnis !!!

Dan mangsa keadaan adalah Peniaga Shopee, Ramai  peniaga Shopee yang mengeluh namun anda yang meminjam platform mereka haruslah menerima kenyataan ini dan seharusnya mencari peluang melalui isu-isu ini. Dan saya yakin pada tahun hadapan akan berlaku lagi kenaikan kos yang akan dikenakan oleh Shopee.  Dan akhirnya and akan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari bisnis Shopee .


NAMUN adakah anda tanya bagaimana dengan seller yang lain masih mampu bertahan dengan kenaikan kos ini?


Terdapat 2 perkara apabila berlaku perubahan kos di Shopee iaitu margin untung anda akan berkurangan dan potensi kedar pemulangan produk anda akan meningkat. Ini adalah kesan daripada pelaksanaan pembaharuan Shopee lakukan ini. Dan tugas anda sebagai peniaga Shopee, apakah yang akan anda lakukan?

Sudah tentu setiap pemasalahan yang Shoppermaniac lakukan akan berpaksi pada 5 funnel kami ini iaitu Produk Listing, Produk Winning, Marketing, Maintenance dan Advanced Sales. Anda boleh memahami fungsi kelima-lima funnel kami ini disini:  KLIK SINI. Segala bisnis yang kami lakukan semuanya bersandar pada 5 funnel ini dan jom kita lihat bagaimana kami menggunakan 5 funnel ini menyelesaikan masalah ini,



MENGATASI MASALAH COD DAN CHANGE OF MIND DENGAN FUNNEL SHOPEE SALES MELETUP


Berkisar tentang  COD dan Change Of Mind  ialah  tujuan kita adalah ungtuk meminumumkan kadar pemulangan . Itu target kita kan. 

Untuk mengurangkan kadar pemulangan produk melalui COD dan Change Of Mind,  pertimbangkan beberapa tindakan seperti:


1. Jelaskan Produk dengan Jelas: 

Pastikan deskripsi produk dan gambar yang anda gunakan sangat jelas dan memberikan gambaran yang akurat tentang produk yang dijual, Ini bermaksud anda  akan menggunakan  funnel pertama iaitu produk listing untuk memaksimakan  pengunaan gambar, deskripsi, video dan pelbagai lagi agar pembeli memahami secara visual dengan tepat produk ini. Melalui pemahaman pembeli ini, pembeli yakin dengan produk ini dan akan mengurang kan jumlah pemulanganCOD dan juga Change Of Mind.

Berikan maklumat yang jelas tentang produk kepada pelanggan sebelum mereka membuat pesanan. Berkomunikasi dengan pelanggan secara aktif untuk menyelesaikan sebarang pertanyaan atau kekeliruan sebelum produk dihantar. Malahan jika maklumat anda lengkap, pembeli akan membeli melalui pembayaran awal bukannya melalui COD.

Dan Jangan lupa pastikan produk anda ini produk yang berkualiti.  Jangan dari segi produk listing mantap tetapi apabila produk sampai ke tangan pembeli ianya indah dari khabar. Pastikan produk anda itu mencapai apa yang anda tulis, itu yang mereka perolehi.


2. Penghantaran Yang Cekap:

Pastikan produk dihantar dengan cepat dan dalam keadaan yang baik. Penghantaran yang lambat atau produk yang rosak semasa penghantaran boleh menyebabkan pemulangan. Ini termasuk dalam funnel marketing. Dimana anda akan memastikan system penghantaran produk anda berjalan dengan lancar. Selain itu anda akan menggunakan funnel Maintenance dimana anda akan memastikan kesemua peralatan pembungkusan lengkap dan mencukupi.

Dalam Master Class Shopee kami tidak masukkan pembungkusan atau penghantaran dalam Funnel Marketing dan Maintenance kerana kita menggunakan dropship Auto Sync tetapi jika anda pos produk anda sendiri. Maka anda kena tambahkan maklumat ini dalam funnel ini,


3. Penilaian Pelanggan: 

Minta pelanggan memberikan penilaian atau ulasan tentang pengalaman mereka dengan produk. Ini boleh membantu meningkatkan kepercayaan pelanggan dan memberi maklum balas tentang cara untuk meningkatkan pengalaman pembelian. Ini adalah dalam funnel Maintenance dimana memang menjadi kewajiban seller Shopee meminta pembeli memberikan ranking setiap produk yang mereka beli dengan anda.

Malah anda boleh menggunakan chat Shopee untuk meminta mereka menambah sedikit maklumat tambahan seperti masukkan video serta gambar.


3. Shopee Seller Fee Program

 Automatically eliminate 100% of seller-borne Forward Shipping Fees (FSF) and Return Shipping Fees (RSF) for all buyer return/refunds, including Change of Mind returns. Baca lebih lanjut



MENGATASI MASALAH KENAIKAN KOMISEN FEE DENGAN FUNNEL SHOPEE SALES MELETUP


Untuk mengelakkan kerugian daripada kenaikan kadar pembayaran komisen setiap produk yang dijual di platform Shopee, anda boleh mengambil beberapa tindakan:


1. Tinjau Semula Struktur Harga: 

Periksa semula harga produk anda untuk memastikan bahawa komisen yang dikenakan masih dapat memberikan keuntungan yang memadai selepas dipotong komisen baru. Dalam hal ini jika anda tidak mahu kehilangan 3% daripada margin untung anda maka anda wajib struktur semula harga produk anda.


Dalam hal ini anda harus menggunakan Funnel Produk Winning, anda mesti bertanya pada diri anda. Adakah ini masih lagi produk winning dan memberikan keuntungan kepada anda. Dan jika anda struktur semula harga, adakah ia dapat bersaing dengan harga pihak lawan anda dan jika tIdak maka produk ini bukanlah produk winning anda lagi. Maka anda harus lepaskan produk ini dan produk winning yang lain.


2. Kaji Semula Strategi Penetapan Harga: 

Mungkin perlu menyesuaikan strategi penetapan harga untuk menyerap sebahagian daripada kenaikan komisen, tetapi pastikan tetap mengekalkan keuntungan yang wajar. 

Dalam hal ini anda harus menggunakan sepenuhnya funnel Marketing kami dimana funnel marketing adalah memberi offer dan tarikan kepada pembeli membeli produk anda.

Dengan kenaikan Komisen Fee maka anda boleh kekalkan sahaja tawaran atau marketing anda tetapi dengan margin untung yang lebih rendah atau secara amnya sanggup kehilangan 3% keuntungan maka terus kekal dengan strategi asal anda.


Tetapi jika tdak, anda mungkin mahu menurunkan “offer” anda dimana sebelum ini semua produk anda memberikan dalam 3% diskaun dan kini anda mampu memberi 1% diskaun sahaja anda fokus membuat jualan “Bundle Deal” yang memberi keuntungan yang lebih baik.



3. Tingkatkan Prestasi Produk:

Usahakan untuk meningkatkan prestasi produk anda seperti peningkatan dalam jumlah jualan, penilaian yang lebih baik, dan ulasan yang positif. Ini boleh membantu anda mempertahankan keuntungan walaupun dengan komisen yang lebih tinggi.


Ini membawa maksud tingkatkan kadar juala produk untuk Atasi kehilangan margin untung anda tadi. Dengan kadar jualan yang lebih tinggi maka anda mampu menutup kehilangan margin anda. Teknik ini kami gunakan funnel “Advanced Sales” dimana anda boleh meningkatkan jualan produk anda dengan mengguna platform luardari Shopee untuk menarik tarfik ke kedai anda seperti membuat Facebook Ads, aktif di social media dan membuat blog.



4. Cari Produk yang Lebih Menguntungkan: 

Pertimbangkan untuk menambah produk baru ke dalam inventori anda yang mungkin mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi atau kenaikan dalam permintaan yang dapat menangani kenaikan komisen.

Sekali lagi Funnel Produk Wining kami digunakan. Anda harus mencari produk winning yang memberi keuntungan yang lebih besar untuk mengatasi kenaikan komisen fee yang tinggi.

Dan kebanyakan Shopee Seller yang telah lama berkecimpung dalam platform ini, cara inilah yag paling pantas tetapi pastikan ianya produk winning.



KESIMPULAN 

Shopee dari tahun ke tahun akan sentiasa menaikkan kos dan kesemua kos tersebut harus ditanggung oleh Shopee Seller. Perkara ini tidak behenti pada tahun 2024 sahaja. Percayalah!!

Anda memerlukan satu teknik tang kekal sebagai guide anda dan 5 Funnel kami adalah penyuluh kepada bisnis on line anda.




Catat Ulasan