CHAT BOX SHOPEE BOLEH DIGUNA CARI SALES
Inilah yang saya alami mula-mula berkecimpung dalam bidang online ini dengan menggunakan what apps dan terasa beban hendak menjawab soalan what apps ini. Setiap kali customer PM, anda kena hantarkan gambar dan kemudian terangkan kelebihan produk anda.
Kalau mereka jadi beli, okey ler tu. Tapi lepas soal pelbagai tiba-tiba tak jadi beli. Stress . Belum lagi kena maki dengan pelanggan yang tidak percayai produk anda.
Maka dengan itu saya mengambil keputusan tak mahu menggunakan kaedah What Apps dan sertai marketplace seperti Shopee dan membuka website e-comemrce saya sendiri.
Namun hal yang sama juga berlaku, di kedai Shopee juga terdapat chat box seolah-olah macam what apps dan pelanggan zaman sekarang pun ramai yang cerewet dan sejarah lama berulang kembali.
Tapi tidak sehebat pada mula-mula saya menggunakan What Apps ler.. Sekali-sekala ada juga pelanggan tanya tentang produk dan jika shipment lambat.
Namun setelah beberapa kali berhubung dengan pelanggan melalui what apps saya mendapati saya tidak boleh lari dari realiti ENGAGEMENT dengan pelanggan. Sebagai penjual kita mesti ada engagement dengan pelanggan barulah trust akan ujud dan mereka akan membeli produk anda.
Saya redha dengan chat box Shopee dan lagi pun Shopee pun ada kasi rating untuk seller yang lambat jawab chat box. Dan macam biasa , saya merupakan salah seorang seller yang lemah dalam chat ni mendapat rating yang lemah..
Kalau anda mendapat rating bawah 90% lambat menjawab chat pelanggan anda, jangan mimpi nak jadi Preffered Seller sebab kepantasan menjawab chatting adalah salah satu requirement mereka.
Maka mahu tak mahu kena tumpukan pada chat box Shopee dan pada masa itu saya berfikir apa=kah nilai yang saya boleh dapat menggunakan chat box ini. Sekadar menjawab soalan mereka adakah ia akan memberi sales tambahan? Saya dah buang masa melayan pelanggan ini , selalu kena pantau chat box saya.
Sebenarnya anda boleh mengambil pendekatan Chat Box dianggap sebagai whatapps sales anda. Anda kena layan mereka sama seperti anda menjual menggunakan what apps terutama mereka yang membeli produk yang mereka kena repeat beli seperti pencuci muka atau ubat semut.
Kerana mereka pasti akan datang semula membeli produk anda setelah mereka kehabisan produk tersebut dan jika anda tidak ENGAGE dengan mereka, maka mereka akan membeli dengan seller lain.
BAGAIMANA GUNA CHAT BOX SHOPEE:
CHATTING SELEPAS JUALAN
Sebaik sahaja anda mendapat sales, anda terus chat kepada mereka dengan mengucapkan terima kasih kerana membeli produk anda. Teknik ini paling ampuh untuk founder-founder dan untuk dropshipping pun bagus juga ler..Inilah permulaan engagement anda dengan mereka.
Anda beritahu ler anda sedang siapkan produk untuk shipping. Anda boleh membuat ayat standard untuk semua pelanggan anda guna copywriting ini.
Lainlah kalau mereka bertanya soalan terlebih dahulu pada anda, dari situ anda dah mula engaged dengan pelanggan anda sebelum mereka membeli produk anda.
Pada masa itu anda sedang jual ayat untuk memastikan mereka membeli produk anda. Selepas beberapa chatting dan jika mereka beli maka guna copywriting standard anda ucapkan terima kasih dan anda sedang sediakan shipping.
Adakah setelah mengucap terima kasih maka semuanya selesai, tidak juga. Dimana setelah mereka memperolehi produk mereka.
Anda hantar ayat standard bertanya jika mereka berpuas hati dengan produk anda dan anda kasi ler rating pada mereka dan minta mereka rating anda serta berikan testimoni.
CHATTING CROSS DAN UP SELL
DAN PALING PENTING ialah anda boleh membuat jualan CROSS SALES dan UP SELL pada mereka dengan menawarkan produk-produk lain yang lebih bernilai tinggi atau digunakan bersama dengan produk yang mereka beli .
Nasiblah kalau mereka nak beli tetapi jika anda tidak melakukanya adakah anda tahu bahawa mereka akan membelinya?
CHAT BROADCAST
Anda juga boleh menggunakan CHAT BROADCAST ini hantar mesej kepada pelanggan /buyer anda melalui chatting. Kesemuanya ini saya dah terangkan melalui EBOOK kami Shopee Funnel Sales Meletup kami.
KESIMPULAN CHAT BOX SHOPEE
Adakah chat box ini penting kepada anda sebagai seller. Ya, kerana interaksi anda dengan pelanggan anda di Shopee hanya beragntung pada Chat Box Shopee. Lainlah kalau anda dah simpan no telepon mereka,,,( itu tajuk lain)
Chat box ini penting dan saya telah terangkan dalam Funnel Marketing saya bagaimana menggunakan chat box ini dan dalam EBOOK Dropshipping percuma saya ada menerangkan realiti berurusan dengan pelanggan terutama jika shipping lambat.
Berhati-hati dengan Chat Violation Oleh Shopee
5 KELEBIHAN SHOPEE CHAT KEPADA PEMBELI DAN PENJUAL
- Komunikasi dengan penjual
- Tawar-menawar harga
- Konfirmasi pesanan
- Memberikan feedback
- Menyelesaikan masalah
Komunikasi dengan penjual: Melalui Shopee Chat, pembeli dapat mengajukan pertanyaan kepada penjual mengenai produk yang ingin dibeli, meminta detail tentang pengiriman atau pembayaran, serta meminta informasi tentang pengembalian produk.
Tawar-menawar harga: Pembeli juga dapat menggunakan Shopee Chat untuk menawar harga produk kepada penjual dan mencapai kesepakatan yang diinginkan.
Konfirmasi pesanan: Setelah melakukan pembelian, pembeli dapat menggunakan Shopee Chat untuk mengkonfirmasi pesanan dan memastikan bahwa pengiriman sedang dalam proses.
Memberikan feedback: Pembeli dapat memberikan umpan balik atau ulasan mengenai produk yang telah dibeli kepada penjual melalui Shopee Chat.
Menyelesaikan masalah: Jika terdapat masalah dengan pesanan atau produk yang diterima, pembeli dapat menggunakan Shopee Chat untuk menghubungi penjual dan mencari solusi.
Dengan demikian, Shopee Chat merupakan aplikasi penting yang memudahkan pembeli dan penjual berinteraksi dan menyelesaikan berbagai masalah terkait pembelian dan pengiriman produk di platform Shopee.
DAPAT SEKARANG EBOOK KAMI :