Saya pernah lalui satu pertanyaan. Meniaga digital produk tiada apa-apa kos. Ianya percuma dan paling susah buat website dah boleh menjual.
Saya tak nampak bisnis anda ini perlukan modal dan produk pun tiada hendak ditunjukkan secara fizikal.
Wow!! inilah persoalan paling susah saya nak jawab. Selama ini ramai berpikir bahawa membuat bisnis online terutama produk digital tidak memerlukan kos dan pembinaan website itu seakan mudah sangat.
Disini saya nak terangkan apa cabaran awal kami bisnis produk digital hadapi.
Dalam perbahasan ni ialah produk digital ialah produk education atau Masterclass untuk produk-produk bisnis online.
Dalam Masterclass Shoppermaniac kami memberi tunjuk ajar Shopee, Facebook Ads, Canva dan sebagainya.
CABARAN ILMU ONLINE
Cabaran PERTAMA ialah ilmu. Sebagai contoh untuk saya membuat Masterclass Shopee ini saya perhabiskan banyak wang membuat eksperimen untuk Shopee Ads dan mencuba semua fungsi di Shopee Seller dalam mencari teknik terbaik.
Sampai kena penalti dan 2 kali kena banned oleh Shopee disebabkan saya mahu mencuba eksperimen ini. Dan yang terbaru kedai contoh kami SHOPPERMANIAC disbanded sebab menjual produk mainan dianggap senjata.
Kami harus mulakan semula dengan kedai baru dengan nama Homemaniac.
Dalam Facebook Ads jangan cerita berapa belas ribu ringgit saya habiskan untuk pelajari Facebook Ads dari mula hingga kini.
Bermula dari objektif trafik ke sales dan kemudian belajar guna Bisnis Manager semuanya memerlukan eksperimen dan wang.
Manakala saya pernah mempunyai ECommerce Drosphip guna wordpress, pernah ada Ecommerce guna Easy Store semuanya saya belajar untuk fahami dunia bisnis online dan disebabkan kos nak tampung pemasaran ECommerce terlalu tinggi maka ia gagal.
Dan pelbagai lagi kejayaan dan kegagalan yang kami lakukan untuk menimba ilmu.
Untuk ilmu bisnis online anda harus lalui baru anda faham selok beloknya tetapi adakala berjaya atau rugi. Untuk saya tiada masalah kerana ia adalah learning curve yang harus dilalui oleh semua owner bisnis.
CABARAN PERALATAN DAN SOFTWARE
KEDUA ialah peralatan dan software. Sudah tentu kami memerlukan laptop dan juga untuk You Tube Channel kami mendapatkan set untuk buat video. Ini semua duit dan skill untuk anda fahami guna software dan bercakap di depan kamera.
Manakala untuk software, disebabkan kami membuat sistem pembelajaran maka kami terpaksa mendapatkan software untuk membership untuk kursus kami. Ini juga duit..
Baru-baru ini AI pula muncul. Satu lagi ilmu yang kami terpaksa pelajari dan kami dapatkan software serta custom gpt untuk mudahkan kami. Ini juga duit.
Belum lagi termasuk Canva, domain-domain dan lain yang dikenakan bayaran bulanan dan tahunan. Lagi duit..
Kos-kos diatas belum lagi menjual tetapi persediaan untuk setup bisnis anda.
KEDAI FIZIKAL VS ONLINE
Dalam hal ni ianya sama sahaja samada anda mempunyai kedai fizikal atau online.
Untuk berniaga anda memerlukan ilmu samada anda ada kedai fizikal atau online. Online lagi memerlukan kos selain ilmu produk, anda kena ketahui pelbagai aplikasi sokongan yang lain.
Kedai Fizikal anda harus membayar sewa premis, pekerja dan produk anda.
Untuk online, kos kami ialah website atau platform marketplace kami. Kami bayar juga sebagai contoh berniaga di Shopee kena bayar komisen fee/ transaksi fee dan sebagainya.
Lalu apa yang free berniaga online
Pada dasarnya saya akui kedai fizikal kos adalah lebih tinggi berbanding online dari segi setup bisnis anda.
Namun kedua-duanya masih memerlukan kos untuk setup.
MARKETING/ PEMASARAN
Dalam semua perniagaan samada online atau fizikal untuk saya pemasaran amat penting. Untuk online, kos pemasaran adalah paling tinggi dan mencapai 80% dari budget anda.
Ini kerana kami tidak mempunyai kedai fizikal dan semua teknik pemasaran harus dilakukan secara online samada secara organik dan berbayar.
Inilah masalah utama dalam bisnis online. Tidak semestinya dengan sekali buat pemasaran ianya akan berjaya.
Kami harus dapatkan engagement terlebih dahulu dengan mengambil data dan membuat iklan berbayar hanya untuk proses ni tanpa jualan terlebih dahulu.
Sama seperti kedai fizikal, adakah anda buka kedai, esok ramai yang datang. Tidak kan.
Sama seperti kami. Proses engagement dan ulasan pembeli harus dikumpulkan untuk dapatkan kepercayaan pembeli ianya memakan masa.
Dan untuk pengetahuan, setiap pelaburan dalam iklan berbayar sekarang amat mahal. Minimum RM100 sehari jika mahu cepat dapatkan data pembeli.
Sebulan sudah mencecah RM3000 dan biasanya permulaan keuntungan dalam RM1000. Itupun jika anda sudah menjalankan proses split test, engagement dan lain-lain membakar duit anda terlebih dahulu.
Sama sahaja seperti kedai fizikal dimana anda ambil masa untuk dapatkan modal pusingan anda.
Maka apa yang free nya menjual produk online. Kami juga perlukan modal pusingan untuk promosikan produk kami. Bukannya buat iklan terus untung 5 angka.
Inilah penjelasan yang saya mahu berikan pada anda yang fikir buat bisnis online ini tiada modal.
Ramai kata 5 angka dan saya percayai anda boleh membuat 5 angka tetapi modal harus besar dan berani.
Pastikan software anda semua yang terkini dan lengkap. Dan modal iklan bukan main ratus-ratus sehari tetapi ribu-ribu sehari.
Ya anda mampu buat 5 angka. Berani ker, buatnya 2 hari iklan anda tak convert dan anda kena tutup dan buat iklan lain. Berapa ribu dah anda rugi?
ADA BERANI...ingat berniaga ni bukan fikir untung sahaja. Ada rugi dan untung. Sama seperti online bisnis terutama bila buat marketing.