CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER 

CARA DAFTAR SHOPEE EXPRESS RIDER


Pekerjaan penunggang / rider untuk penghantaran makanan / barangan sudah menjadi perkara yang bukan asing lagi pada masa kini. Semasa negara kita dilanda pandemic seperti hari ini, berlaku peningkatan permohonan untuk menjadi rider. Selain itu juga,  pekerjaan ini mendapat sambutan kerana rider adalah pekerjaan yang dibenarkan oleh kerajaan sepanjang tempoh PKP tempoh hari.

 

 

SHOPEE EXPRESS RIDER

Shopee menyediakan perkhidmatan logistik yang dinamakan sebagai SHOPEE EXPRESS RIDER . Mereka  bertanggungjawab untuk menghantar barangan yang anda beli di Shopee terus ke rumah anda. Ia merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan kepada pelanggan dan tugas rider ini adalah melakukan penghantaran barang/servis kepada anda dengan menaiki motorsikal.

Perkhidmatan shopee express rider merupakan salah satu servis penghantaran yang disediakan Shopee yang seiring dengan servis lain seperti pihak kurier PosLaju dan J&T Express. Melalui Shopee Express Rider ini, ia membuka peluang untuk orang ramai diluar sana untuk membina kerjaya bersama syarikat yang menyediakan perkhidmatan pembelian secara atas talian ini.

 

 

SYARAT PERMOHONAN SHOPEE EXPRESS RIDER

Jika anda berminat untuk menjadi shopee express rider, sudah pasti anda perlu memenuhi syarat yang telah ditetapkan.  Antara Syarat menjadi seorang Shopee Rider adalah seperti berikut:

1.Anda mestilah seorang warganegara Malaysia

2.Anda mestilah Fasih bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

3.Mempunyai motorsikal sendiri

4.Mempunyai lesen kenderaan dan insurans kenderaan yang sah

5.Mempunyai telefon pintar

6.Mempunyai pengalaman kerja minimum kurang daripada setahun

7.Terbuka bermula daripada peringkat lepasan SPM.

8.Minimum gaji adalah RM2000 sebulan dan boleh mencecah sehingga RM4000 sebulan ( Gaji pokok + EPF dan SOCSO + Insurans + Komisen )

 

 

CARA DAFTAR REGISTER ONLINE

Jika anda memenuhi syarat, anda boleh memohon untuk mendaftar sebagai rider ShopeeAnda boleh mengikuti panduan yang kami kongsikan di bawah.

  1. Anda perlu layari laman web http://careers.shopee.com.my.
  2. Pada paparan seterusnya, tekan pada butang Search Job.
  3. Kemudian, pergi pada ruang Enter keywords
  4. Masukkan Shopee Express pada Enter keywords
  5. Untuk search result, ada perlu lihat sekiranya ada peluang kerja yang tertera berkaitan dengan rider untuk Shopee Express
  6. Jika ada tekan jawatan tersebut.
  7. Anda akan dibawa pada paparan Job Description dan juga Requirements.
  8. Anda perlu baca dan dan fahami maklumat yang diberi
  9. Tekan butang Apply Now.
  10. Anda akan dipaparkan pada halaman Application Form.
  11. Pada ruang Title, masukkan gelaran untuk anda sama ada Mr, Mrs. , Ms atau Others.
  12. Isi nama anda pada bahagian First Name dan  Last Name
  13. Pada ruang My Location, masukkan lokasi anda semasa anda berada.
  14. Pada ruangan Highest Education, masukkan pencapaian akademik anda.
  15. Pada ruangan LinkedIn Profile URL, andaperlu masukkan URL profil LinkedIn anda yang boleh didapati di LinkedIn.
  16. Masukkan alamat emel anda.
  17. Masukkan nombor telefon anda pada bahagian Contact Number
  18. Pada ruangan Comments anda boleh ceritakan sedikit tentang diri anda, serta sebab kenapa anda ingin memohon kerjaya sebagai rider Shopee.
  19. Tekan butang Upload untuk muat naik resume anda dalam application form
  20. Tekan butang Submit.
  21. Permohonan anda telah selesai.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama