Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024 - BLOG SHOPPERMANIAC

Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

Hari ini saya akan berkongsi Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024 dan pada tahun-tahun mendatang anda tetap boleh menggunakan strategi ini

Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

Saya pernah mengatakan sejak kebelakangan ini Shopee akan membunuh Dropship dengan polisi dan kenaikan fee mereka. Malah saya pernah membuat penyataan DROPSHIP AKAN MATI di Shopee. 

Namun saya yakin dropship akan kekal rekeven di Shopee dengan syarat Shopee Seller jangan mengeluh dan mencari teknik terbaru menjual di Shopee. Ya, perubahan polisi dan kenaikan fee ada memberi impak pada Seller Shopee tapi ia TIDAK MEMBUNUH DROPSHIPPER di Shopee,

Hari ini saya akan berkongsi Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024 dan pada tahun-tahun  mendatang anda tetap boleh menggunakan strategi ini.

Berikut adalah beberapa strategi yang boleh digunakan untuk menjual produk dropship di Shopee saya pecahkan 3 bahagian:

  • 1. PEMILIHAN SYARIKAT DROPSHIP
  • 2. STRATEGI PEMASARAN DROPSHIP DI SHOPEE
  • 3. STRATEGI TAMBAHAN MENJUAL PRODUK DROPSHIP DI SHOPEE


Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

PEMILIHAN SYARIKAT DROPSHIP 

  1. Pilih Dropship Yang Berkembang
  2. Pilih Dropship yang Stok Tinggi 
  3. Pilih Dropship Penghantaran Cepat / Guna Semua SSL
  4. Pilih Dropship Yang Mempunyai Banyak Produk
  5. Pilih Dropship Auto Sync
  6. Pastikan Kadar Margin Untung Anda 20% keatas

Pilih Dropship Yang Berkembang

Ini bermaksud pilih syarikat dropship yang sentiasa mengeluarkan produk terbaru.Jangan memilih dropship yang jarang kemas kini produk terkini. 

Ini kerana produk-produk lama yang masih boleh dijual di Shopee semuanya telah mempunyai review yang banyak dan untuk anda bersaing dengan mereka memang susah.

Jika dropship ini mengeluarkan produk baru anda boleh bersaing dengan mudah dengan syarat kena cepat dan buat promosi. Tapi pastikan produk ini adalah produk winning.

Pilih Dropship yang Stok Tinggi 

Ini juga merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh semua Shopee Seller dimaana syarikat dropship lambat menambah stok produk mereka terutama produk winning milik anda.

Apabila pihak dropship menambahkan stok tapi telah terlambat kerana algoritma Shopee telah "reset" produk anda kerana stok kosong dan algoritma Shopee akan boostkan produk anda kepada seller lain. Anda harus bermula semula menjual tetapi biasanya mdah diatasi kerana anda mempunyai review sebelumnya yang boleh menarik semula buyer.

Pilih Dropship Penghantaran Cepat / Guna Semua SSL 

Kebanyakan dropship kini tidak mempunyai masalah memebuat penghantaran cepat tapi pastikan dahulu dengan membaca Shipping Pages mereka. Selain itu pastikan juga syarikat dropship yang boleh menggunakan semua SSL Shopee kerana saya mempunyai pengalaman ada beberapa syarikat dropship yang tidak mengguna beberapa syarikat kurier yang ditentukan oleh Shopee untuk anda.

Pilih Dropship Yang Mempunyai Banyak Produk 

Sebaiknya pilih dropship yang mempunyai melebihi 400 produk ke atas agar mudah untuk anda mencari produk winning jika kadar kemasukan produk baru oleh syarikat dropship itu lambat.

Ini salah satu strategi yang boleh anda gunakan. Pada pendapat dan pengalaman saya, lagi banyak produk lagi baik kerana potensi produk anda untuk dijual amat tinggi.

Pilih Dropship Auto Sync

Saya sering galakkan anda menjual produk dropship Auto Sync

Sistem dropship auto sync ialah semua sistem ini bergerak secara auto. Daripada anda masukkan produk ke kedai Shopee anda secara auto hingga anda mempunyai oderan di Shopee dan pembekal dropship anda menghantar produk tersebut ke pelanggan anda. Semuanya auto dan anda tidak perlu lakukan apa-apa pun.

Ini kerana menguruskan produk dropship yang banyak memerlukan masa anda yang tinggi terutama jika anda sebagai seller baru dan pada masa yang sama anda mempunyai masa untuk mempelajsri sistem Shopee itu sendiri.

Namun ianya adalah opsyen, jika anda mempunyai produk yang memberi 50% margin untung dan anda kena membuat penghantaran sendiri dan paling penting ia produ winning maka teruskan sahaja.

AT THE END profit adalah tujuan kita..

Dropship Auto Sync Terbaik 2024

Pastikan Kadar Margin Untung Anda 20% keatas

Dengan kadar kenaikan komisen dan transaksi fee Shopee yang kerap naik adalah wajar anda meningkat harga dropship anda ke 20%-25% . Pedulikan pesaing anda yang memberi harga yang lebih rendah kerana jika anda memilih menjual produk bawah 20% maka anda akan rugi dan sukar membuat jualan.

Jika nasib baik menjumpai syarikat dropship yang memang memberi margin untung 20% keatas maka anda bernasib baik tetapi jika tidak maka anda kena ubah harga tersebut.

Ini ciri-ciri Dropship yang wajar anda pertimbangkan sebelum anda menceburkan diri dalam bidang dropship ke Shopee. Dan saya kerap kali memberi saranan mengguna Save Value atau Kumoten sebagai platform dropship kedai Shopee anda.

Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

STRATEGI PEMASARAN DROPSHIP DI SHOPEE

  1. Kajian Pasaran / Produk Winning
  2. Optimasi Senarai Produk / Produk Listing 
  3. Promosi dan Diskaun/ Marketing
  4. Pantau Persaingan / Maintenance
  5. Gunakan Media Sosial / Advanced Sales

Strategi pemasaran dropship pada tahun 2024 kali agak berlainan dan memerlukan anda memahami beberapa perubahan yang akan saya kongsikan disini..

Kajian Pasaran / Produk Winning

Saya telah menyebut perkara ini beberapa kali dalam artikel ini. Kenali tren dan keperluan pengguna di platform Shopee. Lakukan kajian tentang produk yang banyak dicari dan mempunyai permintaan tinggi.

Winning product merupakan sebuah produk yang memiliki potensi atau nilai jual yang tinggi dan mudah untuk menghasilkan keuntungan atau profit. Dalam artian lain, winning product merupakan produk yang laris di pasaran

Pelbagai cara boleh digunakan untuk mencari produk winning dropship yang sedang meningkat di Shopee. Anda boleh membuat kajian produk winning di platform Shopee itu sendiri yang menyediakan analisa produk di Shopee Seller Centre mereka atau anda boleh menggunakan platform luar dari Shopee.

Optimasi Senarai Produk / Produk Listing 

Pastikan tajuk, deskripsi, dan gambar produk dan video menarik serta informatif. Gunakan kata kunci yang relevan untuk memudahkan pencarian. Saya sering menggunakan ayat optimasi ini sebagai Produk Listing.

Agar pembeli memahami secara visual dengan tepat produk ini kerana anda tidak menjual produk ini secara ini fizikal.  Manakala Algoritma Shopee diberikan maklumat lengkap produk melaui kata lunci yang spesifik

Sebenarnya Produk Listing merupakan akar dalam strategi penjualan di Shopee. Anda harus memahirkan diri anda dengan memastikan semua syarat Produk Listing dipenuhi untu semua produk terutama produk winning.

Promosi dan Diskaun/ Marketing

Manfaatkan ciri promosi Shopee seperti flash sale, kupon, atau diskaun untuk menarik perhatian pembeli. Ini adalah kekuatan psikologi marketing yang wajib anda gunakan.

Dalam bisnis online anda akan sering mendengar ayat "OFFER" dimana pelanggan suka membeli produk yang memberi tawaran menarik. Anda mampu lakukan "offer: ini kerana margin untung anda 20% - 25%.

Shopee ada memberi 11 jenis marketing "offer" untuk anda dan sebagai dropship tidak semua boleh anda gunakan. Saya galakkan anda guna Diskaun, Baucer dan Bundle Deal.

Pantau Persaingan / Maintenance
Sentiasa amati dan analisis strategi pesaing untuk menyesuaikan taktik penjualan anda agar tetap relevan. Curi strategi mereka dan amalkan di Kedai Shopee anda.

Namun itu sahaja tidak mencukupi dan dalam perkara ini saya lebih gemar untuk gunakan ayat "Maintenance" iaitu anda bukan sahaja melihat pesaing anda tetapi mengekalkan kedai Shopee anda.

Produk Dropship sentiasa cepat berubah dan anda harus pantas untuk membuat penyelenggaraan / maintenance di Shopee anda dengan memasukkan lebih banyak Produk Winning. Lebih banyak produk Winning maka lebih tinggi jualan!!

Selain itu anda harus memastikan harga jualan anda kompetatif iaitu tidak terlalu mahal atau terlalu murah. Dalam soal harga ini anda tidak mempunyai kebebasan kerana ramai yang produk yang sama dengan anda mengguna dropship yang sama. Tapi seprti saya katakan, jangan menjual sampai rugi atau menjual untung 1% , baik jangan berniaga.

Gunakan Media Sosial / Advanced Sales

Promosikan produk melalui media sosial untuk menjangkau lebih ramai audiens. Gunakan kandungan menarik dan interaktif untuk menarik perhatian secara organik.

Sekali lagi saya lebih suka menggunakan Advanced Sales dari Media Sosial kerana mengembangkan trafik Kedai Shopee anda bukan sahaja boleh menggunakan Sosial Media tetapi anda juga boleh menggunakan blog atau website untuk mendapat Trafik Organik SEO.

Meningkatkan jualan produk anda dengan mengguna platform luardari Shopee untuk menarik tarfik ke kedai anda seperti membuat Facebook Ads, aktif di social media dan membuat blog.

Dan jika produk anda mampu menjana keuntungan melebihi 50% maka anda boleh menggunakan Facebook Ads dan Shopee sendiri ada memberi perkhidmatan dengan mengabungkan produk anda ke Bisnis Manager Meta melalui Katalog dipanggil Facebook CPAS.

Inilah strategi pemasaran di Shopee dan jika anda hendak ketahui Produk Listing, Produk Winning, Marketing, Maintenance dan Advansed Sales merupakan 5 funnel Shopee kami berikan tunjuk ajar untuk anda menjual di Shopee. 



Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

STRATEGI TAMBAHAN MENJUAL PRODUK DROPSHIP DI SHOPEE

  1. Membina Reputasi / Branding
  2. Tetapkan Margin Untung Anda
  3. Cari Produk Back Up

Membina Reputasi / Branding

Berikan perkhidmatan terbaik untuk mendapatkan ulasan positif daripada pelanggan. Reputasi yang baik akan meningkatkan kepercayaan bakal pembeli.

Selain itu penjenamaan Kedai Shopee anda juga harus dikembangkan agar lebuh mudah dikenali dan pada masa kini branding memainkan peranan penting dalam menjual sesuatu produk.

Tetapkan Margin Untung Anda

Dahulu saya katakan untuk berniaga di Shopee pastikan untung bersih 10% dan nampaknya ia semakin sukar dan kita sebagai Shopee Seller Dropship harus menerima kenyataan. Tapi pandangan saya jangan kurang dari 5%... ini pun rasanya agaj terkilan..

Anda harus menetapkan semula struktur semua harga produk anda semula.

Cari Produk Back Up

Satu lagi realiti yang harus anda telan iaitu kadar margin untung anda rendah dengan menjual produk dropship yang memberi margin untung 20%  ini. Katakan anda bayar fee pada Shopee 13% , buat diskaun 2% maka untung anda 5% sahaja.

Anda mampu membuat jualan RM6000 sebulan  tetapi untung bersih anda hanya RM300 sebulan!!!

Anda harus mencari produk yang memberi keuntungan yang lebih besar dan meningkat jualan berish anda. Saya pernah ingatkan beberapa kali, tujuan dropship terutama Dropship Auto Sync adalah:
  • 1, Anda hendak pelajari sistem bisnis online
  • 2. Anda tidak mempunyai modal
  • 3. Anda hendak belajar urus kewangan
  • 4. Pelajari pelbagai ilmu online yang lain.

Jika anda sudah mahir kenapa harus bergantung pada Dropship lagi? Dan salah satu tujuan utama MasterClass Shopee kami ialah anda harus kembangkan bisnis on line menggunakan 5 funnel ini dimana-mana sahaja bukan untuk Shopee sahaja.

Tahukah anda!!! Jika anda mahir menggunakan 5 funnel ini maka anda boleh menjual apa jua produk di mana-mana platform. Tetapi saya ingatkan anda juga memerlukan strategi tambahan seprti mana saya terangkan di atas ini berdasarkan situasi bisnis anda alami,

Shopee Funnel kami ini membantu anda secara sistematik menjual di Shopee. Dapatkan SEKARANG - https://shopeefunnel.com/

Jika anda mahu mempelajari koleksi Master Classs kami - Shopee, Blogging dan Facebook Ads dan dapat konsultan  kami : KLIK SINI

Strategi Menjual Produk Dropship di Shopee 2024

TAMBAHAN: PILIHAN JENIS DROPSHIP UNTUK ANDA


Dropship Fizikal: Melibatkan produk fizikal yang dihantar dari pembekal kepada pelanggan. Contohnya termasuk pakaian, aksesori, dan barang elektronik.

Dropship Digital: Merujuk kepada produk digital seperti e-book, kursus dalam talian, atau perisian. Pembeli menerima produk secara dalam talian tanpa penghantaran fizikal.

Print on Demand: Jenis dropship di mana produk seperti t-shirt, mug, atau barang bercetak lain dihasilkan hanya setelah ada pesanan. Ini membolehkan personalisasi pada setiap item.

Katalog Dropship: Pembekal menyediakan katalog produk yang boleh dipilih oleh penjual untuk dijual di kedai mereka. Penjual akan menerima komisen berdasarkan jualan.

Wholesale Dropshipping: Dalam model ini, penjual membeli produk dalam kuantiti besar dari pembekal dan menghantarnya kepada pelanggan satu persatu. Ini membolehkan margin keuntungan yang lebih tinggi.


Niche Dropshipping: Fokus pada segmen tertentu dalam pasaran dengan menjual produk yang spesifik kepada audiens tertentu. Ini membantu membina komuniti pelanggan setia.

Automated Dropshipping: Menggunakan perisian atau platform untuk mengautomasi proses pengurusan inventori, pesanan, dan penghantaran. Ini menjimatkan masa dan meningkatkan efisiensi.

Dengan memahami jenis-jenis dropship ini, anda dapat memilih model yang paling sesuai dengan perniagaan dan strategi pemasaran anda.

Catat Ulasan