ADAKAH DROPSHIP RELEVEN 2024 DAN SETERUSNYA - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

ADAKAH DROPSHIP RELEVEN 2024 DAN SETERUSNYA

Adakah dropship masih lagi sesuai pada tahun 2024 dan seterusnya?

ADAKAH DROPSHIP RELEVEN 2024

Tahun 2024 akan menjelma tidak lama lagi dan persoalan yang sama sering bermain di minda semua bisnis online setiap tahun. Adakah dropship masih lagi sesuai pada tahun 2024 dan seterusnya?


Jawapan saya tetap sama iaitu masih lagi releven dan masih lagi sesuai untuk menjana pendapatan untuk keluarga dan untuk anda. Setelah bertahun-tahun membuat dropship saya merasakan soalan samada dropship masih lagi sesuai bukan itu persoalannya tetapi jenis manakah sistem dropship yang sesuai pada tahun 2024 ini. Ini soalan yang patut anda tanya pada diri anda.


Masalah utama dropship pada semua bisnis online ialah masalah harga dan lambakan produk. Ini masalah yang kami hadapi apabila kami menyertai sistem dropship ini.




PERSAINGAN HARGA

Masalah persaingan harga yang hebat dikalangan dropship merupakan satu masalah yang terbesar. Syarikat dropship tidak peduli samada anda menurunkan harga hingga untung 1%, untuk mereka setiap jualan mereka akan mendapat keuntungan.


Untuk peniaga-peniaga online yang berpengalaman, mereka tetap akan bermain harga tetapi dengan kadar harga yang kompetatif seperti memberi diskaun atau baucer  2% aatau memberi potongan harga 5% jika membeli lebih dari 3 keping. Ini yang kami akan lakukan.


Tetapi ada juga peniaga online dropship yang memberi potongan harga sehingga 70% - 80% dan sanggup mendapat untung bersih RM0.10, janji ada jualan. Inilah masalah yang kami hadapi jika terdapat peniaga online yang tidak mempunyai ilmu dalam bisnis  on line ini. 


Mereka memberi nama buruk kepada dropship dan menyebabkan dropship menjadi semakin sukar dan untuk menjana keuntungan yang selesa tiada lagi dalam kamus dropship ini.


Tindakan Atasi Masalah Persaingan Harga:

Pertama ialah anda harus mencari syarikat dropship yang menjual produk mereka tanpa membenarkan ejen mereka menjual bawah harga pasaran.


Dengan cara ini anda akan bersaing secara sihat dan persaingan anda hanya melibatkan memaksimakan produk listing yang mampu menarik pelangggan membeli produk anda berbanding pesaing anda yang lain.

Tiada lagi pening untuk membuat kajian harga yang memenatkan.


Saya pernah menjual produk sedemikian pada awal-awal sertai bisnis online walaupun harga produk tersebut RM60. Ini kerana persaingan harga tiada dan kemampuan anda ialah memastikan gambar, deskripsi serta judul yang menarik pada kedai Shopee anda.


ADAKAH DROPSHIP RELEVEN 2024

DROPSHIP AUTO SYNC

TETAPI jika anda masih lagi pemula bisnis on line di Shopee, saya galakkan anda sertai dropship auto sync yang menguruskan dari pembelian, inventori serta masukkan produk ke kedai Shopee anda secara automatis.


Walau bagaimana pun, anda akan hadapi masalah persaingan harga yang seperti saya katakan tadi. Kenapa saya galakkan anda sertai dropship auto sync ini, ialah sebagai pemula bisnis online, jualan bukan masalah utama  anda tetapi mempelajari ilmu bisnis on line tersebut dari segi metod jualan, pemasaran, pengekalan serta beberapa teknik yang lain.


Tiada gunanya anda mempunyai produk yang baik tetapi anda tidak mampu menjualnya disebabkan anda tidak mempunyai ilmu memasarkan produk tersebut !!!.


Dropship Auto Sync yang saya galakkan anda sertai di Malaysia ialah Save Value dan Kumoten.  Disebabkan semuanya diuruskan secara automatis maka anda harus pelajari bagaimana :

  • 1. Mengguna Shopee Seller Centre
  • 2. Bagaimana Membuat Marketing ( Di Shopee dan luar platform Shopee) 
  • 3. Bagamana Hasilkan Gambar Produk Kraetiviti Yang Menarik
  • 4. Bagaimana Mengguna Shopee Ads, Facebook Ads
  • 5. Bagaimana Membuat Kiraan Untung Rugi
  • 6. Bagaimana komunikasi Dengan Pelanggan 


Dan dari dropship auto sync anda akan berpindah ke dropship seperti yang saya katakan tadi dan pada masa yang sama memberi keuntungan yang tinggi. Bukan lagi fokus untung RM5 setiap jualan. Bosan weii!!


Daftar Dengan  Save Value atau Kumoten 




LEBIH BAIK MENJUAL PRODUK SENDIRI

Sudah tentu anda boleh sahaja menjual produk sendiri dengan teori anda mahir dalam bisnis online dan memahami selok belok bisnis ini melalui ilmu serta pengalaman yang telah anda lalui.


Untuk saya menjual produk sendiri berbanding dropship melibatkan 2 perkara iaitu kos pembuatan dan kos pemasaran. 


Untuk menghasilkan produk sendiri anda memerlukan kos yang tinggi dan kajian pemasaran yang tepat. Sebaik sahaja anda sudah memperolehi produk yang anda mahu hasilkan maka harus membuat kajian tentang pembungkusan dan inventori produk anda. Pendek kata ia harus melibatkan stok, penghantaran oleh vendor, pembungkusan, kos penghantaran kepada pelanggan dan sebagainya.


Sebaik sahaja anda memperolehi produk anda sendiri, maka anda akan membuat pemasaran yang memerlukan kos yang tinggi juga iaitu dari segi kreativiti gambar produk serta kos iklan yang semakin tinggi dari masa ke semasa.


Jika anda mempunyai pengalaman dan budget yang tinggi untuk menghasilkan produk sendiri. Maka saya amat galakkan anda buat tetapi pastikan ianya tidak berjalan separuh jalan disebabkan kos pula.



KESIMPULAN ADAKAH DROPSHIP RELEVEN 2024

Melalui penjelasan tadi jelas menunjukkan bahawa dropship masih lagi releven. Persoalannya ialah tujuan anda menggunakan dropship tersebut untuk anda mempelajari ilmu bisnis on line atau menjana juaalan tanpa persaingan harga.


Dalam MasterClass Shopppermaniac, kami menggalakkan anda mengguna Dropship Auto Sync hingga anda mendapat jualan yang pertama dan konsisten. Seperi yang saya katakan, dropship dengan persaingan harga ini memang mencabar tetapi tidak mustahil untuk membuat jualan dan kerap kali saya telah buktikan di blog ini dan You Tube Channel kami.


Apabila anda berjaya membuat jualan maka anda telah berjaya memecahkan benteng teknik membuat jualan di Shopee dengan cara yang sukar dan sudah tiba masanya pergi ke dropship yang lebih mahal dan harga yang konsisten.



Catat Ulasan