APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE

APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE

Dalam MasterClass Shoppermaniac, salah satu faedah yang kami berikan ialah menyediakan anda sumber dropship auto sync. Ramai yang bertanya apa itu dropship auto sync.

Sebelum itu kita fahami dahulu apa itu dropship. 

APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE


Dropship ni dalam bahasa mudah satu model bisnes yang mana kita tak perlu memegang produk dan uruskan penghantaran. Semuanya dilakukan oleh pembekal kita.


Tugas kita hanyalah tukang promosi saja dan bila ada jualan berlaku, kita akan hubungi pembekal kita tersebut untuk dihantar pada client kita.


Dalam sistem tradisional dropship bagaimana anda hubungi pembekal anda ialah anda menghantar what apps kepada pembekal anda dan bank in kan duit harga dropship yang diminta oleh pelanggan anda serta alamat penghantaran. Maka dropship tersebut akan menghantarnya.


Cara kedua sistem tradisional dropship ialah anda pergi ke website dropship yang disediakan dan anda membuat pembayaran melalui website tersebut dengan harga dropship serta masukkan alamat pelanggan anda.  Sebaik sahaja dropship anda menerima maklumat tersebut maka penghantaran akan dilakukan.


Jika anda menjual di Shopee dan mempunyai jualan, maka anda akan membuat kerja tambahan dengan menghantar salinan AWB Shopee anda kepada pembekal anda dan kemudian pembekal anda akan print out AWB dan hantar ke pelanggan anda.


Dalam kedua-dua kaedah ini anda memerlukan sedikit penggerakan dalam menghubungi pembekal anda serta membuat pembayaran secara manual kepada pembekal anda jika mempunyai pesanan dan mengirim AWB secara manual kepada pelanggan anda.


APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE

APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE

Di atas adalah contoh bagaimana anda membuat pembayaran melalui website kepada sebuah syarikat dropship dan jika anda mempunyai AWB anda kena masukkan salinan tersebut.

Bayangkan jika anda mempunyai oderan yang tinggi dan anda harus lakukan satu persatu. Anda akan membuang masa dengan membuat pekerjaan yang saya katakan sebagai NON VALUE ADDED.


APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE



APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE


Dalam sistem dropship auto sync ialah semua sistem ini bergerak secara auto. Daripada anda masukkan produk ke kedai Shopee anda secara auto hingga anda mempunyai oderan di Shopee dan pembekal dropship anda menghantar produk tersebut ke pelanggan anda. Semuanya auto dan anda tidak perlu lakukan apa-apa pun . 

APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE
ODERAN DARI SHOPEE ( HARGA JUALAN RM13.90) 



APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE
SECARA AUTO AKAN DIMASUKKAN DI PEMBEKAL DROPSHIP TERMASUK AWB DAN HARGA



CONTOH HARGA DROPSHIP YANG ANDA PERLU BAYAR UNTUK PRODUK TERSEBUT (HARGA DROPSHIP RM7.50) 


Inilah SISTEM DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE yang terkini dan ianya amat memudahkan anda membuat jualan. Anda hanya perlu fokus untuk menjual sahaja.


Tetapi kelemahan SISTEM DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE ialah anda kena top up duit dahulu di website dropship pembekal anda. Ini disebabkan disebabkan sistem ini adalah auto maka pihak pembekal sebelum menghantar produk yang diorder dari kedai anda mereka harus menerima bayaran terlebih dahulu.


Sistem ini sama sahaja sistem tradisional yang saya terangkan dimana anda perlu memasukkan wang kalau ada oderan. Tetapi dalam sistem auto ini, jumlah top up yang dikenakan serendah RM50 hingga RM10000.


Jika anda malas nak top up banyak kali, masukkan sekali jumlah wang dan baru top up jika ia semakin berkurangan.


APA ITU DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE
INI ADALAH CONTOH BALANCE TOP UP SAYA RM100


KESIMPULAN DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE


Melalui DROPSHIP AUTO SYNC SHOPEE ini, tekanan untuk anda mengendalikan Kedai Shope anda akan berkurangan sehingga 70% dan anda boleh gunakan lebihan masa tersebut membuat perancangan pemasaran untuk produk di Kedai Shopee anda serta mempelajari ilmu-ilmu baru Bisnis On Line.


Masterclass Shoppermaniac kami sentiasa mencari jalan bagaimana untuk memaksimakan sistem auto dala bidang bisnis online anda .


Catat Ulasan