Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023 - BLOG SHOPPERMANIAC

Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

Cara Menaikkan Trafik Blog Pada tahun 2023 terutama untuk blogger baru harus berubah seiring dengan kematangan algoritma Google serta  menggunakan teknik terbaru.


Dunia blogging semakin sukar dari masa ke semasa. Apatah lagi dengan kekerapan perubahan Google Algoritma menyukarkan lagi kenaikan trafik blog anda.


Google menumpukan perhatian keras kepada EEAT dimana kepakaran anda menulis dengan lengkap dan memuaskan pembaca. Kedua ialah keyword yang berciri "Search Intent" memudahkan pencarian oleh pengguna di enjin carian.


Dan shopeefunnel.online masih lagi terkial-kial mencari trafik ke blog kami dan nampaknya usaha kami ini belum lagi memberi hasil yang baik.


JIka anda lihat pada graf di atas, anda dapat melihat penurunan yang ketara pageview shopeefunnel.online. Dan saya akui, blog ini adalah blog yang baru dan sudah tentu ia akan mengambil masa yang agak lama. Tetapi menurun sehingga 243 pageview sebulan  memang melampau ler...!!!!


Apakah yang telah kami buat untuk persediaan meningkatkan kadar trafik blog kami.Kami sedia maklum setiap perubahan yang dibuat di blog, hasilnya anda akan perolehi 4 bulan hingga 6 bulan bergantung pada indek ke blog anda.



MENAMBAHKAN KONTEN

Perkara utama yang kami buat ialah menambhkan konten di blog kami dari 300 konten ke 516 konten hingga awal April 2023 ini.


Penambahan konten ada menunjukkan peningkatan yang baik tetapi ianya masih  amat rendah sekali iaiau dalam 120 pageview sehari !!!!


Setiap konten yang kami buat, kami menumpukan juga "topikal autoriti" dimana jika saya bercerita tentang Affiliate maka saya akan membuat beberapa konten tentang affiliate agar Google memaham bahawa saya mempunyai kepakaran dalam perbualan tersebut.


Dan kesemua  konten tersebut saya akan buat internal link ke satu artikel yang saya rasa cukup kuat memberi informasi kepada pembaca saya.



TEKNIK KAPAL PERANG 

Iaitu teknik shoppermaniac yang saya amalkan sejak dahulu lagi dimana saya membaca semula semua post yang ada dan kemudian membuat penambaikan semua artikel terdahulu dengan memasukkan maklumat terbaru.

Anda boleh baca disini: KLIK SINI 



Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

PENAMBAHAN KEYWORD ( UBERSUGGSET)

Penambahan keyword pada semua konten terdahulu dllakukan semula berdasarkan mengguna cara yang lebih mudah dan  teknologi iaitu saya menggunakan aplikasi  UberSuggest.

Cara tradisional mungkin tidak sesuai lagi dengan hampir semua pihak mengejar kata kunci atau keyword. Dan anda memerlukan cara yang pantas dalam mendapatkan keyword yang sesuai.



Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

MEMBUAT SCHEMA PADA SEMUA ARTIKEL 

chema adalah struktur data yang menentukan bagaimana informasi disimpan dan diorganisasikan dalam database. Ini mencakup informasi seperti nama tabel, kolom, tipe data, dan relasi antar tabel. Schema membantu untuk memastikan integritas data dan mempermudah proses query dan manipulasi data.

Untuk membuat shema saya lebih pantas dan akurat, saya menggunakan schema markup generator aplikasi iaitu Merkle


Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023


MEMBUAT PUSH NOTIFIKASI 

Push notification merupakan teknologi yang membolehkan pengguna untuk menerima maklumat dari aplikasi atau laman web tanpa perlu membukanya secara aktif. Ini bermaksud bahawa pengguna dapat menerima maklumat terkini mengenai sesuatu topik tanpa perlu melawat laman web atau aplikasi yang berkaitan secara langsung.


Saya menggunakan PUSH ENGAGE yang memberi perkhidmatan push notifikasi yang agak baik.


Dan kini hanya menanti bagaimana perkembangan blog ini dalam mencapai trafik  yang baik namun saya tidak begitu yakin dengan On Page dan Off Page SEO yang saya buat ini kerana gusar dengan perubahan Algoritma Google sekali lagi .

Saya ken amencuba teknik lain tanpa bergantung penuh pada SEO semata-mata dan jika dan perubahan dalam algoritma Google ia tidak akan menyebabkan kejatuhan teruk blog ini.


POST SECARA DRASTIK KE SEMUA SOSIAL MEDIA

Saya menggunakan sosial media secara drastik untuk mempromosikan blog shopeefunnel.online.


Harapan ia menambahkan backlink dan juga trafik ke blog ini. Namun saya ketahui tafik organik dari sosial media ini tidaklah kuat dan mampu memberi trafik yang tinggi ke blog saya. 

Tapi hanya memasukkan URL kesetiap sosial media, saya rasa tidak salahkan.

Saya menggunakan teknik You Tube dan Blog ini untuk menghantar post keer semua sosal media ini. Anda hendak ketahui caranya ; KLIK SINI



Teknik diluar kebiasaan yang akan dan telah digunakan ialah:


Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023


FACEBOOK ADS

Membuat Facebook Ads agar lebih trafik ke blog shopeefunnel.online. INI adalah salah satu teknik berbayar yang saya gunakan untuk mempromosikan blog saya ini.


Cara Menaikkan Trafik Blog Anda 2023

BERI APLIKASI PERCUMA DI DALAM BLOG PAGES

Saya merancang memasukkan Chat GPT ke dalam blog saya ini dan menjadi AI dan perkhidmatan ini saya berikan percuma.

Selain itu saya dalam perbincangan untuk menukar Shopee Kalkulator excel kepada Web Aplkasi,


Dengan value added aplikasi untuk sesiapa mahu mencari maklumat melalui AI boleh menggunakan aplikasi kami ini. dan sekaligus saya akan menarik trafik ke blog saya.


Saya menggunakan FIVER untuk mencari developer yang boleh membuat AI serta excel web untuk saya. Kena bayar ler.


Dan mengikut Neal Patel ,iaitu salah seorang pakar SEO dan trafik dunia. Memasukkan aplikasi percuma dan membantu pengguna dalam niche anda merupakan salah satu teknik yang harus digunakan apatah lagi dengan SEO yang semakin mencabar.



KESIMPULAN

Cabaran mendapatkan 15K kami dalam tahun 2022 hanya bertahan selama 2 bulan dan kemudian dengan perubahan Algoritma Google  hingga kini 2 blog utama kami hancur lebur.


Dan kami ketahui bahawa kami tidak boleh bergantung pada SEO semata-mata untuk mendapatkan EEAT dari Google, kami harus mencari jalan singkat tetapi halal yek, untuk memastikan Google iktiraf blog ini adalah EEAT dan sekaligus SEO kami akan bertambah kuat seiring dengan  kenaikan backlink dan sebagainya.


Bila melibatkan teknik tambahan seperti Facebook Ads serta aplikasi web dimasukkan ke dalam blog, sudah ia melibatkan pelaburan kewangan. Dan untuk memastikan teknik ini berjaya atau tidak maka suak tak suka saya terpaksa melabur dan nanti saya akan berikan keputusannya.



Catat Ulasan