TEKNIK KAPAL PERANG MENUJU 15k PAGEVIEW BLOG shoppermaniac.com

TEKNIK KAPAL PERANG MENUJU 15k PAGEVIEW BLOG shoppermaniac.com

 

TEKNIK KAPAL PERANG

Ini merupkan salah satu teknik terakhir untuk konten anda. Sebelum itu saya telah terangkan untuk mencapai 15K pageview sebulan di blog anda dalam masa 6 bulan . Anda harus patuhi syarat dibawah ini:

1. Pastikan mempunyai 200 konten pamahaman dan utama.- gagal 
2. Pastikan buat konten setiap hari dan ianya boleh dilakukan dengan post konten informasi kedai Shopee anda.
3. On dan Off page SEO harus dilakukan dengan baik.
4. Daftar dengan Google Search Console, Google Analytic,  Bing,

Namun saya mengalami masalah tidak mampu membuat 200 post dan hanya mampu membuat 90 post sahaja dan ianya jauh dari target yang kita mahu. 

Dengan jumlah post utama dan pemahaman yang kurang, untuk Google indek artikel anda agak tipis kerana konten Pemahaman dan Utama yang kita anggap artikel yang berkualiti adalah merupakan sebahagian dari 200 post bukannya konten Informasi.

JENIS -JENIS KONTEN DALAM BLOGGING 

Dan syaratnya ialah 200 post dalam masa 3 bulan dan saya gagal mematuhi syarat ini. Dan saya jangkakan untuk mendapat 15K pageview dalam masa 6 bulan mungkin tidak akan tercapai.  Dan saya harus bekerja kera smendapatkan 200 post ini secepat mungkin.

Namun untuk item 2 hingga 4 saya masih lagi kekalkan momentumnya.

Katakan anda telah mencapai 200 post dan sudah tiba masanya untuk menggunakan teknik ini iaitu teknik "kapal perang" iaitu anda harus analisa kembali semua 200 post anda dengan memasukkan eleman SEO yang lebih mantap.

Tujuan teknik "kapal perang" ini adalah memastikan artikel anda ini disedari oleh enjin carian dan menjadi pilihan dlam enjin carian pertama. 

Apa yang perlu anda buat ialah mengupas kembali artikel lama anda dan membuat beberapa penambahan.

KEYWORD 

TEKNIK KAPAL PERANG

Pertama anda harus menambahkan keyword tak kiralah long tail keyword atau sebagainya. Mungkin pada artikel lama anda, jumlah keyword anda dalam 4 sahaja dan melalui teknik "kapal perang" anda akan menambahkan jumlah keyword anda dengan lebih banyak lagi.

Jangan kata artikel anda mempunayi keyword yang mencukupi, ianya sentiasa tidak cukup dan anda sentiasa mempunyai peluang untuk menambahbaik keyword anda.

Penggunaan 'bold" yang menekan keyword tersebut dan juga heading yang menekan keyword tersebut dan pastikan tajuk artikel berada dalam  jarak 100 patah perkataan yag pertama.

ALT IMAGE DAN TITLE

TEKNIK KAPAL PERANG

Kemungkinan gambar atau "image" anda tidak mencukupi dan harus menambahkan gambar agar ianya menarik perhatian pembaca.

Selain itu pastikan Alt image dan Title Test dimasukkan tajuk artikel anda. Kemungkinan pencarian melalui gambar membolehkan artikel anda di tolak ke hadapan sebagai pencarian utama. 

Mungkin ketika ini anda hanya mempunyai 2 gambar dan melalui teknik "kapal perang" anda boleh menambahkan 3 gambar lagi menjadi 5 gambar.


SUB HEADING

TEKNIK KAPAL PERANG

Sub Heading atau tajuk kecil ialah satu cara membahagikan artikel anda kepada beberapa kategori suapaya mudah untuk pembaca melihat sequen yang teratur pada artikel anda.

Dan sudah tentu ianya juga mempunayi nilai SEO yang kuat dalam menarik perhatian indek carian melalui penggunaan kata kunci atau keyword di sub heading.

Untuk penjelasan secara ringkas heading tag terbahagi kepada h1 hingga h6 tetapi di dalam blogspot memang dah tersedia tapi ia tidak diberikan h1 hingga h6 tetapi heading , sub heading dan minor heading.  

EJAAN YANG BETUL 

TEKNIK KAPAL PERANG


Ejaan juga harus di teliti semula di artikel lama anda dan pastikan semua artikel anda mempunyai ejaan yang betul agar Google faham setiap maksud yang ditulis di artikel anda.

Google kerap kali mengatakan mereka lebih mudah memahami konten sesuatu artikel jika ejaan itu betul. Bayangkan anda menulis tetapi Google tak faham maksud artikel anda yang sebenarnya.

Ejaan yang betul juga memberi keyakinan kepada pembaca anda. Pembaca memahami apa yang anda maksudkan dalam artikel anda itu . 


PELBAGAI SPESIFIK KONTEN 

TEKNIK KAPAL PERANG


Melalui teknik "kapal perang" anda kemungkinan besar akan membuat lebih banyak konten yang berkaitan . Sememangnya dalam dunia blogging "content is king" Tetapi apa yang dimaksudkan oleh perumpamaan ini ialah anda membuat konten yang saling berkait dengan tajuk yang spesifik.

Ini telah saya terangkan dengan jelas dalam You Tube Channel saya dan juga artikel di blog ini.

1 TAJUK DENGAN PELBAGAI JENIS KONTE

Sebagai contoh jika anda membuat artikel tentang Pizza. Maka anda boleh membuat artikel jenis-jenis pizza, kebaikan pizza, keburukan pizza, ramuan pizza dan alat memasak pizza.

Dengan cara ini anda memberitahu Google bahawa artikel Pizza ini mempunyai autoriti dan potensi ranking oleh Google di enjin carian pertama. dimana Google melihat di blog tersebut meliputi semua aspek tentang 1 tajuk utama.

Perkara ini telah saya jelaskan dahulu dan saya yakin semasa anda membuat teknik "kapal perang" anda akan melihat beberapa aspek lain yang boleh dimasukkan. 


JUMLAH PATAH PERKATAAN 

Semasa anda membuat eknik "kapal perang" ini nanti anda juga akan memasukkan beberapa data atau maklumat tambahan dan secara tak langsung anda boleh memastikan artikel anda mencapai 1200 patah perkataan ke atas.

Ini amat penting kerana untuk memastikan Google indexing artikel anda, ia harus mengetahui apa cerita tentang artikel ini dan jumlah patah perkataan yang panjang memudahkan Google memahami isi artikel anda.

Ini telah saya jelaskan dalam You Tube Channel saya Bagaimana membuat  Konten Yang Sempurna.


KESIMPULAN 

Ada beberapa teknik yang lain anda boleh lakukan tetapi perkara diatas adalah amat penting  Buat teknik "kapal perang" yang telah saya terangkan di atas dahulu . Kite lihat perkembangan blog anda.


Download Blog SEO TIPS CHECKLIST

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama