Download Blog SEO TIPS CHECKLIST
Assalamualaikum sejahtera, Hari ini saya ingin memberikan satu hadiah kepada anda semua yang yang ikuti "challenge" blogging untuk mencapai 15 ribu pageview dalam masa enam bulan menggunakan blog blogspot.
Saya telah memberikan penerangan bagaimana untuk mendapatkan sebuah blog template yang sempurna dan lanjutan bagaimana untuk membuat artikel yang sempurna dengan menggunakan teknik-teknik On Page and Off Page daripada Google supaya anda dapat mencapai capaian yang lebih laju untuk di index oleh Google.
Saya telah membuat satu senarai yang amat panjang apakah teknik SEO yang anda perlukan untuk setiap Artikel dan Blog templates anda agar di sayangi oleh Google membawa maksud ikuti kehendak Google SEO . Ianya dalam bentuk isi pentinng sahaja bukan penerangan yang lengkap.
Apa yang anda perlukan ialah anda boleh download SEO TIPS CHECKLIST kami dengan tekan benda link di bawah ini secara percuma dan anda tidak perlu daftar email, saya berikan percuma download.
Tujuannya adalah supaya anda boleh mempelajari dengan cepat dan jadikan SEO TIPS CHECKLIST dalam bentuk excel ini Jika anda menunggu You Tube Channel saya, mungkin mengambil masa sehingga lebih enam bulan dan saya takut anda ke tertinggal.
Anda jangan risau jika terma atau istilah yang kami tuliskan itu anda tidak fahami, Anda buat sahaja carian di Google atau You Tube berlambak-lambak maklumat yang ada.
Sebab Google SEO ini adalah benda yang sama sejak 10 tahun yang lalu sehingga sekarang cuma perubahan ialah mereka menambahkan lagi macam-macam istilah menyusahkan kita.
Manakala untuk ahli-ahli EBook ShopeeFunnel Sales Meletup kami, kami telah sediakan saty website untuk anda membuat reference semua terma-terma tersebut dan anda hanya perlu baca sahaja artikel tersebut. Ini kelebihan untuk komuniti Shopee Funnel Sales meletup ler...hehehehhe.
Tapi yang bukan komuniti Shopee Funnel Sales Meletup saya akan buat You Tube Video juga. Maka anda jangan risau yek.
Saya berharap dengan checklist ini dapat mengurangkan kerisauan untuk mendapatkan 15000 pageview sebulan untuk blog anda.
Untuk sesiapa yang baru membaca artikel ini, pada awal tahun 2022 ini, Master Class Online di bawah Blogging akan mencabar dan membuktikan bahawa kami boleh membuat sebuah blog Shopee 15000 pageview sebulan dalam masa 6 bulan.
Eksperimen ini sedang berjalan semenjak awal tahun ini ( Januari 2022) dimana kami menggunakan blog Shoppermaniac sebagai bahan eksperimen kami samada kami boleh berjaya atau tidak.