BAGAIMANA MENGGUNAKAN FITUR SETTING DI BLOGSPOT

BAGAIMANA MENGGUNAKAN FITUR SETTING DI BLOGSPOT

BAGAIMANA MENGGUNAKAN FITUR SETTING DI BLOGSPOT

Jika Theme adalah jantung di dashboard blogspot maka Setting ini adalah hati dalam dashboard blogspot. Dimana anda mengawal secara tak langsung sistem indexing di dalam bahagian ini. 


Kesalahan dalam setting di bahagian ini boleh menyebabkan, blog anda sukar ditemui oleh enjin carian atau langsung tidak diindeks.


Di dashboard Setting blogspot terbahagi kategori:

  • Basic
  • Privacy
  • Publishing
  • HTTPs
  • Permission
  • Post 
  • Comment
  • Email - tak releven
  • Formatting
  • Meta tags
  • Error and Redirect
  • Crawlers and indexing
  • Manage Blog



Basic


Di kategori basic pula terdiri dari beberapa sub kategori iatu:

  1. Title - Ialah tajuk blog anda dimana dibahagian tab akan keluar tajuk ini
  2. Description - Penjelasan tentang blog anda ini 
  3. Blog language - Bahasa apa yang anda gunakan 
  4. Adult content - Adakah blog anda untuk orang dewasa
  5. Google Analytics Measurement ID - Masukkan no Google ID anda disini


Secara amnya kategori tidak susah dan anda hanya perlu masukkan maklumat blog anda. Cuma yang leceh ialah anda kena daftar dengan Google Analytic dan masukkan ID anda.


Lihat contoh gambar di atas bagaimana kami mengisinya. Dan paling penting ialah jangan "enable"  Adult Content.



Privacy Dan Publishing 

Di bahagian Privacy hanya satu butang sahaja iaitu "Visible to search engines". Jika ya anda akan enablekan seperti gambar di bawah ini .


Dan saya rasa siapa tak mahu "enable" , jika tidak blog anda tidak akan termasuk dalam enjin carian. Periksa dahulu jangan sampai tertutup.

Bahagian publishing ada maklumat tambahan jika anda masukkan domain.



Bahagian publishing tanpa menggunakan domain sendiri . Maka anda biarkan sahaja ia default

Manakala di bahagian publishing ialah jika anda mahu menggunakan domain anda sendiri maka anda harus mengsi ruangan ini dan jika tidak biarkan sahaja,


Saya mencadangkan anda mengguna Name Cheap jika mau membuat domain di blogspot. Ianya murah dan aplikasinya senang digunakan.

Lihat video bagaimana memasukkan Domain menggunakan Name Cheap dan sync dengan blogspot.






HTTPS 

HTTP ni merujuk kepada HyperText transfer Protocol. HTTP ni secara default akan digunakan oleh website kita. HTTPS pula Secure HyperText Transfer Protocol. Kata kunci dia adalah SECURE iaitu selamat.


Dengan HTTPS, website kita lebih selamat.  Selamat dari segi connection dari web browser kita ke server.  Macam ni.. Bila kita access website dari browser,  komputer kita akan buat sambungan dari network kat rumah kita, masuk ke Internet Service Provider, network provider lain, sehinggalah ke website kita.

Di dalam blogspot tersedia butang HTTPS dan anda hanya perlu "enable" kan sahaja. Amat mudah

Jika anda  mengunakan domain, maka interface anda seperti diatas 


Jika anda menggunakan blogspot, maka anda hanya perlu enable kan sahaja



Permission

Dimana anda membenrarkan pihak lain untuk mebuat artikel di blog anda bersama-sama dengan anda dimana anda memberi kelulusan pada mereka.


Untuk saya tak payah ler anda nak kongsi idea-idea ini dengan rakan-rakan lain semata-mata nak dapatkan jumlah post yang tinggi.





Post 

Fungsi bahagian ini ialah anda memberi arahan berapa banyak post atau artikel boleh diletakkan di home page. Dalam contoh dibawah saya memilih 8 post dalam homepage.

Manakala fungsi-fungsi yang lain tidak begitu penting dan anda boleh abaikan. Dan dalam bahagian post  ini kebanyakan arahan boleh dilakukan secara terus di bahagian dashboard layout. 




Comment

Untuk setting bahagian komen di blog anda, ialah anda harus lakukan di sini . Dimana terdapat beberapa item yang penting :

Comment location: Anda boleh memilih jenis layout komen yang anda mahukan.
Comment moderation: Anda boleh approve atau tidak setiap komen.
Who Can Comment : Ialah siapa yag boleh komen 

Anda boleh lihat sahaja, gambar di bawah ini dan beberapa sub-kategori yang boleh anda pilih untuk customize komen anda.

Tetapi bila anda guna pihak ketiga templates, ada antara setting di bawah ini tidak boleh digunakan.











Formatting 

Pada gambar di bawah jelas menunjukkan untuk setting masa zon anda serta beberapa pilihan yang anda boleh pilih.




Meta tag  dan error and redirect

Di bahagian meta tag sudah tentu anda akn enable kan meta tag


Manakala dibahagian error and redirect adalah anda membuat redirect link ke homepage utama jika carian URL tidak dijumpai. Anda harus masukkan kod ke dalam "custom 404"
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan
Catat Ulasan (0)