CARA DAFTAR SHOPEEFOOD RIDER DAN KELEBIHANNYA

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD RIDER DAN KELEBIHANNYA

 CARA DAFTAR SHOPEEFOOD RIDER

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD RIDER


Siapa tidak kenal dengan aplikasi Shopee yang merupakan aplikasi membeli belah nombor satu di Malaysia. Terbaharu Shopee telah memperluaskan lagi pasaran mereka di Malaysia di dalam perkhidmatan pesanan makanan di Malaysia dengan memperkenalkan ShopeeFood.

Langkah ini bakal memperlihatkan pertambahan persaingan di dalam industri ini yang sebelum ini kebanyakannya di pelopori oleh GrabFood, FoodPanda. Antara dua lokasi terawal yang akan disokong adalah Kuala Lumpur dan juga Selangor. Seperti juga aplikasi perkhidmatan pesanan makanan yang lain, ShopeeFood akan membolehkan penggunakan membuat pesanan makanan untuk dihantar terus ke rumah.

 

SYARAT KELAYAKAN JADI RIDER

  • Warganegara Malaysia (Kad Pengenalan Biru)
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai lesen motosikal (Sekurang-kurangnya mempunyai Lesen P dan ke atas)
  • Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
  • Tiada rekod jenayah lampau PDRM
  • Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee

 

CARA DAFTAR RIDER ShopeeFood

  • Sila klik borang ShopeeFood
  • Sila pilih negeri anda.
  • Sila pilih kawasan anda
  • Sila masukkan nama penuh anda pada ruang yang disediakan
  • Sila masukkan nombor telefon anda.(Sila guna format ini: 6019xxxx) Nombor ini perlu ada akaun Whatsapp
  • Nyatakan adakah anda Warganegara Malaysia ataupun tidak
  • Nyatakan anda berumur 18 tahun ke atas ataupun tidak
  • Nyatakan adakah anda mempunyai lesen motosikal yang sah?
  • Nyatakan adakah anda pernah bekerja sebagai rakan-penghantar untuk syarikat lain di Malaysia
  • Jika dirujuk oleh rakan panghantar lain, sila masukan nombor telefon mereka. (Sila guna format ini: 6019xxxx)
  • Sahkan maklumat anda
  • Tekan butang submit

KELEBIHAN SHOPEEFOOD RIDER

CARA DAFTAR SHOPEEFOOD RIDER DAN KELEBIHANNYA


Jom Sertai Kami Sebagai Rakan Penghantar Makanan ShopeeFood di Malaysia!

Sejak kebelakangan ini, ramai orang suka memesan hantaran makanan dari rumah masing-masing. Mungkin mereka tidak mempunyai masa untuk memasak atau menghadapi kesukaran untuk pergi ke pasar raya membeli belah barangan runcit. Oleh kerana itu, penghantaran makanan adalah solusi yang terbaik untuk orang-orang yang sibuk.


Tapi, kemudahan hantaran makanan adalah mustahil untuk dinikmati ramai tanpa adanya para penghantar. Anda boleh sertai kami untuk menjadi rakan penghantar ShopeeFood bukan sahaja untuk mempermudahkan proses penghantaran makanan kepada seluruh rakyat Klang Valley tetapi juga untuk memperolehi pendapatan sampingan atau kerja baharu!

Syarat Kelayakan Untuk Menjadi Rakan Penghantar Makanan ShopeeFood

Anda boleh menjadi seorang rakan penghantar ShopeeFood sekarang juga jika anda memenuhi syarat-syarat kelayakan ini:


Warganegara Malaysia di Lembah Klang atau Johor yang berumur 18 tahun dan ke atas Mempunyai motorsikal dan lesen yang sah Mempunyai telefon bimbit Tiada rekod jenayah lampau dengan PDRM Tiada rekod penggantungan atau larangan di Shopee

Apakah Insentif Yang Boleh Didapati Sebagai Rakan Penghantar ShopeeFood?

Sebagai rakan penghantar ShopeeFood, anda layak menikmati insentif-insentif yang menarik selain daripada bayaran asas setiap penghantaran.


Insentif-insentif yang lumayan termasuk bonus waktu puncak (tanpa sebarang syarat), dan jikalau anda berjaya mencapai takat minima Kadar Penyiapan (Completion Rate) yang ditetapkan, anda juga layak untuk menikmati bonus harian!

Dapatkan Pendapatan Sampingan Dengan ShopeeFood Malaysia!

Ingin sertai kami sebagai seorang penghantar ShopeeFood? Pendaftaran amatlah mudah, asalkan anda memenuhi kesemua syarat kelayakan. Jika anda sedang mencari pekerjaan baru atau ingin memperoleh pendapatan sampingan pada masa lapang anda, daftarlah sekarang untuk menjadi seorang rakan penghantar ShopeeFood!




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama