ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024?

ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024?

 ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024

ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024?

Table Of Content :

  • APA ITU SEO
  • KENAPA SEO AKAN MATI?
  • APAKAH LANGKAH ATASI SEO AKAN MATI?

Jika bertanya pada pendapat saya adakah SEO akan mati pada tahun 2024 ini. Jawapan saya ialah Ya walaupun saya rasa berat hendak mengakui nya. Walaupun ia tidak mati secara terang-terangan tetapi fungsinya akan menjadi kurang penting dalam dunia blogging.


APA ITU SEO 

SEO atau Search Engine Optimization. Cara mudah penerangannya ialah katakan  zaman sekolah dulu, bila kita nak jawab soalan peperiksaan, kita kena faham soalan tu dulu, barulah kita boleh beri jawapan yang terbaik. Dalam dunia internet pun sama, SEO ini ibarat cara kita memberitahu mesin pencari, seperti Google, apa jawapan yang terbaik untuk diberikan kepada pengguna yang sedang mencari sesuatu.


SEO ini bukan sekadar satu, tapi gabungan pelbagai taktik dan strategi yang kita gunakan untuk pastikan laman web kita menonjol dalam hasil carian. Bayangkan kamu ada kedai online yang jual kasut. Mesti kamu nak orang jumpa kedai kamu dulu sebelum kedai lain, kan? Nah, itulah gunanya SEO!


Kebanyakan orang sekarang ni 'google' dulu sebelum mereka buat apa-apa keputusan. Kalau laman web kamu tidak muncul dalam carian, ia ibarat kedai kamu terletak di hujung lorong gelap yang susah orang nak jumpa.


Dan bukan setakat itu, SEO juga penting kerana ia membantu dalam membina kepercayaan dan kredibiliti. Laman web yang berada di atas hasil carian sering kali dilihat sebagai lebih dipercayai.


SEO ini berfungsi melalui dua komponen utama: on-page dan off-page. On-page SEO ini adalah segala yang kita buat dalam laman web kita sendiri untuk meningkatkan kedudukan carian. Ini termasuklah kata kunci, kualiti kandungan, kelajuan laman web, dan pengoptimuman tajuk.


Pula, off-page SEO berkaitan dengan aktiviti di luar laman web yang boleh memberi kesan kepada ranking. Ini termasuk pautan dari laman web lain, sosial media, dan sebagainya.


Dan melalui SEO Yang mantap, hadiah yang menanti anda ialah trafik organik ke blog anda.


KENAPA SEO AKAN MATI?


ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024


Keujudan Chat GPT atau AI 

SEO telah mula mendapat kesan negatif semenjak keujudan Chat GPT iaitu enjin pencarian AI ( Kecerdasan Buatan) dengan hanya satu soalan, ia akan memberikan dengan pantas tanpa anda perlu mencari di Google.


Chat GPT atau 'Generative Pre-trained Transformer' adalah sebuah teknologi pintar yang boleh bersembang dengan anda, macam anda sembang dengan kawan sebenar.


Ia menggunakan kekuatan A.I, atau kecerdasan buatan, untuk faham apa yang anda tanya, dan kemudian ia menjawab dalam cara yang masuk akal dan seringkali, menarik. Bukan setakat jawab soalan sahaja, tapi Chat GPT boleh tulis cerita, buat puisi, atau bantu anda dengan kerja sekolah.


Ia seperti mempunyai pembantu peribadi yang tahu tentang pelbagai topik, dari sains hingga ke seni, dan daripada matematik hingga ke masakan. Maka anda tidak perlu pergi ke Google lagi untuk mencari jawapan.



ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024

SGE (Search Generative Experience) Google

Apabila kita mendengar tentang 'SGE' atau 'Search Generative Experience', kita sebenarnya melihat satu babak baru dalam dunia teknologi carian. 


Ia merupakan pengalaman carian percubaan yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) generatif untuk memberikan pengguna gambaran keseluruhan topik carian yang cepat dan jelas, anpa perlu mengklik pada halaman web individu.

Jika anda berpuas hati, anda boleh ler klik laman web tersebut.



ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024

Jumlah blogger bertambah

Keujudan AI akan menyebabkan lambakan artikel yang akan menganggu sistem Algoritma Google untuk mengenal pasti maklumat maka yang baik atau AI.


Begitu mudah sekarang hendak membuat sebuah blogger dengan bantuan Chat GPT amnya, anda hanya memasukkan tajuk dan Chat GPT akan membuat sebuah artikel bawah 5 minit.


Dahulu kalau hendak membuat artikel ia kan memkan masa sehingga 2 - 4 jam. Dan sebagai contoh ialah artikel ini saya membuat kajian dan perbandingan dan kemudian baru menulisnya dan hingga kini saya masih menulis setelah 1 jam.


Persaingan antara blogger akan menjadi semakin hebat disebabkan lambakan blogger-blogger yang mampu membuat 20 artikel sehari dengan 5 ribu patah perkataan.



ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024

Google Menyokong AI Dengan Kemaskini Google Helpful Content

The original guidance:

“Google Search’s helpful content system generates a signal used by our automated ranking systems to better ensure people see original, helpful content written by people, for people, in search results.”

The updated guidance:

“Google Search’s helpful content system generates a signal used by our automated ranking systems to better ensure people see original, helpful content created for people in search results.”

Google Helpful Content  ialah mengutamakan kandungan bermaklumat yang berkualiti tinggi. Ia memberi ganjaran kepada kandungan yang sahih dan ditulis oleh pakar subjek, dan kandungan yang nampaknya dicipta khusus untuk enjin carian.


Sistem kandungan membantu Google menjana isyarat yang membantu memastikan orang melihat kandungan asli dan berguna dalam hasil carian.


Anda lihat perubahan Algoritma Google tentang Google Helpful Content  dahulunya ia berkata konten yang membantu manusia ialah konten yang ditulis oleh manusia dan pada tahun 2023 ia telah kemaskini dengan mengatakan konten yang dibuat untuk membantu manusia.


Ini bermaksud jika anda menggunakan AI dan ia membantu manusia maka ia dianggap sebagai Google Helpful Content


Kesimpulan SEO Akan Mati Pada Tahun 2024

ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024


Pendek kata keujudan AI akan membunuh SEO dan jumlah trafik akan semakin menurun disebabkan kurang pergantungan pada blog atau website.


Tindakan Google menubuhkan SGE dalam enjin carian serta lambakan aplikasi AI selain Chat GPT akan membunuh SEO. Blogger di anggap tidak releven serta susah.


Atas sebab ini saya katakan SEO akan mati dan trafik secara organik melalui blogging akan semakin sukar.


Ramai yang akan menyangkal pendapat saya ini.


Ini adalah pendapat saya berdasarkan perkembangan AI yang semakin lama semakin maju. Walau pun ia belum cukup bijak kerana baru setahun tetapi lagi 10 tahun, apakah yang akan berlaku pada SEO atau blogger. 



ADAKAH SEO AKAN MATI PADA TAHUN 2024

APAKAH LANGKAH ATASI SEO AKAN MATI?

Berkongsi Pengalaman Pakar

Pertama, beberapa rakan sekerja menumpukan kepada pengalaman pakar yang sukar untuk ditiru oleh AI. Contohnya, AI mungkin tidak dapat menjalankan survey atau temu bual dengan orang sebenar dengan mudah, atau membina hubungan dengan sumber pakar secara peribadi. Ini adalah jenis kandungan yang sangat diinginkan oleh pembaca.


AI boleh menjadi alat yang hebat untuk membantu dalam penciptaan kandungan, tetapi ia tidak sepatutnya menjadi pendorong utama. Pasukan pemasaran wujud untuk berkongsi idea kreatif dan bernas bagi melayan pembaca. AI mungkin menghasilkan idea lama yang tidak lagi relevan dengan pembaca masa kini sebaik yang kita fahami.


Menawarkan Data yang Sahih dan Dipercayai

Selain itu, data otentik dan dipercayai adalah penting. Anda sentiasa melabur dalam penyelidikan yang sebenar, yang mencerminkan realiti dan tidak pernah menerbitkan statistik palsu. Syarikat lain juga perlu melakukan perkara yang sama untuk melayan pembaca dan SERP dengan lebih baik.


Menggabungkan AI dalam Aliran Kerja

Adalah penting untuk biasa dengan AI dalam pekerjaan harian. Ini termasuklah penggunaan alat seperti Content Assistant untuk idea, draf, dan kerangka yang dioptimumkan SEO, serta eksperimen dengan pembuatan imej. Semakin kita mengenali teknologi baru dan menggunakannya untuk memperbaiki kerja seharian, semakin berharga ia bagi kita.


Sebuah tinjauan 2023 mendapati kira-kira 58% profesional telah menggabungkan alat AI ke dalam aliran kerja mereka. Kedua-duanya, profesional dalam pasukan kami dan luar, melihat pentingnya belajar menggunakan teknologi baru yang muncul.


Video Semakin Penting 

Manusia tetap mahukan manusia dalam menjamin carian mereka adalah tetap. Maka penggunaan video adalah satu langkah yang harus anda lakukan dan masukkan ke dlaam setiap blog anda.


Kepercayaan terhadap data anda akan lebih diyakini jika anda membuat artikel dan dibantu oleh video. Maka anda harus pertajamkan skil percakapan anda.


EEAT Semakin Penting 

EEAT bukan dari SEO tetapi dari masyarakat yang mengiktiraf blog anda adalah sebuah blog yang dibuat oleh pakar yang berpengalaman serta mempunyai autiritu yang boleh dpercayai.


Apabila anda dipercayai oleh masyarakat maka blog anda akan terus bekembang dan menjadi rujukan ramai


Iklan Berbayar 

Ini sahaja yang boleh anda lakukkan, iaitu membuat iklan berbayar.


Anda kena anggap blog anda sebuah produk yang dan melalui iklan berbayar maka blog anda akan mula dikenali ramai serta meningkatkan branding blog anda.


Trafik organik bukanlah lagi satu pilihan yang anda akan perolehi secara mudah pada masa akan datang. Teknik e-mail marketing melalui iklan "lead" harus diperhebatkan pada tahun 2024 ii.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama