Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac - BLOG SHOPPERMANIAC

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Pada zaman ini menguruskan sosial media adalah satu kewajipan dan cabaran pengurusan sosial media semakin mencabar apabila ujudnya pelbagai sosial media yang baru.

Dahulu hanya Facebook sahaja sebagai sosial media utama dan kemudian ujudnya Instagram dan kini pelbagai sosial media popular seperti Tik Tok, You Tube, Twitter dan sebagainya menyebabkan anda tidak mampu menguruskan sosial media anda dengan efektif.


Tujuan penglibatan bisnis dalam sosial media untuk saya hanya 2 perkara iaitu mengukuhkan branding dimana apabila seseorang menaip Shopppermaniac , branding shoppermaniac berada disemua tempat dan ini akan memberikan keyakinan kepada pihak lain kekuatan branding anda.


Kedua ialah mendapatkan trafik organik. Ya, saya akui pada masa kini jangan harapkan sosial media untuk mendapatkan trafik organik. Malahan post anda di sosial media untuk "reach" pada pengguna lain juga semakin sukar.  


Namun bukan bermakna anda harus meninggalkan langsung sosial media. Dengan teknik yang tertentu dan konsisten membuat post sosial media, anda pasti akan di kesan oleh algoritma sosial medi aini tetapi sudah tentu ia memakan masa. Yang penting konsisten.

Bagaimana saya menguruskan sosial media Shoppermaniac yang terdiri dari :

  • You Tube Channel Shoppermaniac
  • Facebook Shoppermaniac
  • Instagram Shoppermaniac
  • Blog Shoppermaniac
  • Printerest Shoppemaniac
  • Blog Shopeefunnel.online
  • Podcast Shoppernaniac
  • Linkedin Shoppermaniac
  • Google My Busines Shoppermaniac
  • dll


Saya tahu untuk sesuatu bisnes on line itu berkembang terutama melibatkan edukasi ini, harus mempunyai kekuatan branding dan branding ini harus berkembang. Pengembangan ini b0leh ditunjukkan melalui penglibatan sosial media.


Dan Shoppermaniac juga merupakan bisnes yang mempunyai modal pusingan yang terlalu kecil dan salah satu cara mendapatkan trafik percuma ialah melalui sosial media dan harapan saya ialah melalui sosial media produk kami akan dijumpai.


Setakat ini kami fokus kepada 2 sosial media utama iaitu You Tube Channel dan blog shopeefunnel.online  yang memberikan tunjuk ajar secara agresif melalui video dan penulisan.


You Tube Channel Shoppermaniac kami berjaya menghasilkan beberapa jualan produk dan paling penting konten didalam You Tube Channel ini semakin berkembang.


Manakala Blog shopeefunnel.online kami tidak bernasib baik disebabkan pada tahun 2022 terlalu banyak perubahan dalam Google Algoritma Shopee telah mengekang pertumbuhan blog ini. Namun dari segi konten kami telah berkembang sehingga 500 konten setakat ini.


Melalui kedua-dua sosial media ini iaitu You Tube dan Blog kami menggunakan kedua-dua konten ini untuk dimasukkan ke sosial media yang lain.


Saya menggunaka video konten dan artikel konten yang sedia ada untuk dipost kan ke akaun sosial media lain.


YOU TUBE CHANNEL konten digunakan secara meluas ke akaun sosial media:

1. TIK TOK 

Dimana TIK TOK membenarkan video 10 min dan tiada masalah bagi saya memasukkan semua video You Tube ke Tik Tok , Jika video itu panjang melebihi 10 min maka saya akan pecahkan kepada 2 bahagian.

2. FACEBOK FEED 

Sama seperti Tik Tok saya memasukkan semua video You Tube kami ke  Facebook Feed.

3, Instagram Post 

Sama seperti Tik Tok saya memasukkan semua video You Tube kami ke  Instagarn Post 

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

4.Pinterest

Dimasukkan ke dalam link Pinterest Shoppemaniac. Disebabkan You Tube  ada menawarkan link ke Pinterest maka apa salahnya.

4.Twitter 

Sama seperti Pinterest, saya memasukkan link You Tube ke Twitter.


6. Linkedin 

Sama seperti Twitter, saya memasukkan link You Tube ke Linkedin.

Untuk pengetahuan, Twitter dan Pinterest dan juga Linkedin bukanlah prioriti saya tetapi disebabkan mudah untuk membuat konten ke dua-dua ini melalui link share maka apa salahkan.


5. FACEBOOK DAN  INSTAGRAM REEL SERTA YOU TUBE SHORT

Saya memasukkan sebahagian daripada video pendek ke tiga-tiga Facebook dan Instagram Reel serta You Tube Short.


Untuk Facebook Reel saya akan tulis link di komen untuk lihat video penuh di You Tube. Manakala di Instagram saya terpaksa masukkan komen link tetapi saya tahu ia tak fungsi maka mereka kena klik  ke bio. Itu kelemahan Instagram Reel 


Manakala untuk You Tube tiada masalah kerana You Tube ada aplikasi namanya REMIX yang boleh membuat video pendek dari video panjang dan link akan disediakan kan.


Untuk pengetahuan FB Reel dan You Tube Short dibenarkan 60 saat tetapi Instagra reel 30 saat. Maka video pendek itu harusalah berdurasi 30 saat sahaja jika mahu gunakan satu video untuk kesemua ini.

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Masalah utama dalam membuat reel ini ialah anda kena menulis perkara yang sama dalam video yang sama. Anda boleh sahaja download video dari You Tube Short atau Tik Tok tetapi ia mempunyai water mark yang tidak disukai oleh algoritma sosial media ini.


Oleh yang demikian saya masukkan juga video pendek ini ke TIK TOK dan kemudian saya download video tersebut menggunakan SNAPTIK iaitu aplikasi download video dari TIK TOK tanpa watermark TIK TOK.

Maka dengan itu saya boleh masukkan video ini ke Facebook Reel dan Instagram Reel.


SAYA TIDAK MEMPUNYAI YOU TUBE CHANNEL tetapi saya punyai akaun Tik Tok sahaja. 


Caranya sama seperti di atas, cuma anda menggunakan akaun konten TIK TOK untuk dimasukkan ke dalam sosial media anda. Dan saya sarankan jika anda mempunyai konten TIK TOK masukkan video tersebut ke YOU TUBE Channel dan fokus kepada You Tube Short sahaja.


BLOG ARTIKEL  konten digunakan secara meluas ke akaun sosial media:

1. Pengunaan AI 

Apabila melihatkan artikel sudah tentu saya tidak boleh membuat masukkan artikel saya ke Facebook Reel, Instagram Reel dan You Tube Short.

Ya ker, anda telah silap kerana dengan teknologi terkini saya boleh menukar tulisan kepada video jika saya kehendaki dan saya boleh lakukan ini dengan menggunakkan PICTORY dan D-iD - klik untuk artikel.

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac


Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Maka anda tiada masalah untuk menukarkan skrip kepada video!!!!. Zaman sekarang adalah zaman AI dan jika anda tidak mengikuti perkembangan AI maka anda akan ketinggalan.

Dengan video ini maka anda boleh gunakan dan post mengikut teknik diatas memasukkan video Ai ke FACEBOOK DAN  INSTAGRAM REEL, TIK TOK SERTA YOU TUBE SHORT DAN TAMBAHAN INSTAGRAM FEED.


2. MASUKKAN YOU TUBE CHANNEL KE BLOG 

Salah satu cara untuk memastikan konten blog saya sentiasa berkembang. Saya akan masukkan video You Tube Channel saya ke blog dan mengambil sedikit deskripsi dari You Tube Channel tersebut .

Tetapi kini saya telah mengubah teknik iaitu saya memasukkan artikel saya ke You Tube Channel saya. Saya siapkan artikel ini dahulu dan kemudian saya akan rekod dengan menggunakan artikel ini dan siarkan di You Tube Channel. 

Umpamanya blog ini adalah skrip saya sebelum saya membuat video konten. Pendek kata win-win situation kepada blog dan You Tube Channel ini.


3. Masukkan link ke Twitter, Facebook Feed, Linkedin, Pinterest

Sama seperti teknik tadi iaitu saya masukkan link blog artikel saya kesemua akaun sosial ini. Amat mudah sekali membuat post di sosial media.


3. Masukkan gambar ke Twitter, Facebook Feed, Instagram Linkedin dan Facebook Story

Apabila anda membuat blog sudah tentu anda harus mempunyai gambar. Jangan sia-siakan gambar yang telah anda buat menggunakan Canva atau aplikasi lain.

Masukkan gambar tersebut di semua sosial media yang membenarkan penggunaan gambar.


BAGAIMANA SAYA MENGURUSKAN MASA UPLOAD KESEMUA INI

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac


Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Sudah tentu saya akan membuat scheduling post supaya saya tidak membuang masa setiap hari postkan semua video dan artikel setiap hari. Penat beb!!

Setiap minggu saya akan membuat scheduled post selama seminggu ke semua sosial media yang lain terutama You Tube Channel saya. 


Kerana You Tube Channel memakan masa dan ditambah membuat artikel akan mengambil masa saya yang agak lama. Maka saya akan membuat You Tube Channel video stiap minggu 3 video dan buat schedulling setiap 3 hari, Maka selama 9 hari saya rehat dan saya gunakan untuk ubahsuai video tersebut untuk post ke akaun sosial yang lain.


Facebook dan Instagam telah tersedia dalam platform tersebut untuk membolehkan anda membuat schedule post. 

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Untuk meringan beban saya menggunakan aplikasi buffer yang membenarkan post ke 3 channel serentak.

Kalau anda ada duit ia boleh uruskan 10 akaun sosial media anda - KLIK SINI  jika hendak fahami apa itu buffer .


MASALAH hanyalah akaun TIK TOK yang tidak membenarkan scheduling post. Jika hendak membuat akaun schedule anda boleh lakukan di desktop sahaja.

Tapi seperti saya katakan, saya gunakan video TIK TOK ini untuk post semua video pendek ke akaun sosial lain. Maka TIK TOK adalah salah satu prioriti setiap hari saya. 


KESIMPULAN 

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac adalah melalui perancangan yang teliti. Jika lihat semua akaun sosial media Shoppermaniac ini tidak mempunyai follower yang banyak malah FB Pages serta Linkedin follower adalah kosong ,,hehehehe.


Namun follower itu akan datang tapi dalam jangka masa panjang. Yang penting ialah branding anda berada di setiap platform utama dan sekaligus membina kekuatan dan kepercayaan branding anda.


Cuba anda taip SHOPPERMANIAC , dibawah inilah yang akan berlaku. Ini yang kit amahu iaitu mencapai semua orang melalui semua platfrom tetapi untuk menguruskan platform tersebut agak penat jika anda tidak mempunyai strategi.

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac


Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac

Bagaimana Saya Menguruskan Kesemua Sosial Media Shoppermaniac


Catat Ulasan