BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN

BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN

BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN


Table Of Content:
1.Pengalaman Kena Scammer Part Time Job ( 2 Kes)
2. Jenis -Jeni s Scammer Oleh MKN
3. Cara Mengatasi Scammer
4. Laman Web Periksa Scammer

APA YANG PATUT ANDA LAKUKAN HADAPI SCAMMER

KES PERTAMA

Hari ini mendapat whatsapp dari mana punya orang yang menawarkan part time job sebagai on line digital untuk sebuah syarikat bernama  Shock Media Digital Marketing.


Mungkin dia dapat maklumat ini melalui no telepon Facebook Pages kot..

Dia menawarkan part time job dengan dapatkan like atau follower akaun Instagram dan setiap like /follower yang saya berjaya hasilkan akan memperolehi RM50 - RM150 sehari.


Tapi saya perlu melalui 3 task utama dan akan memperolehi RM12 setiap task dan kemudian jika berjaya maka saya akan dimasukkan ke dalam work group mereka.

Task ini mudah sahaja dimana saya kena follow instagram nama yang diberikan..


Ini adakah modus operandi yang biasa saya dengar ini. Buat task itu begini dan kemudian dapat duit dan kalau nak tambahkan pendapatan maka kena bayar mereka dan mereka akan erikan lagi instagram akaun untuk anda follow. Lebih kurang macam tu.


Dah ler tawarkan part time, lepas tu mahu kita buat sekarang. Lagi buat saya pelik dan sebelum ini pun aku dah pelik ..hehehehehe.


Tak sabar-sabar nak kasi saya wang dengan follow akaun instagram nama yang diberikan itu, Wow!!! bestnya. 

Setakat ini saya akan layan juga ler dengan guna akaun Instagram saya yang lapuk dannak tengok apa terjadi dan anda pun dah ketahui ini semua tipukan.

It for fun sebab profil gambar awek ini macam lawa jer,..hahahahaha.
Saya akan report pada Shock Media Digital juga nanti.


Bawah ini adakah perbualan saya dengan dia dan saya periksa website tersebut dan melihat syarikat tersebut telah mengeluarkan penyataan bahawa banyak spammer tengah menggunakan laman web mereka untuk buat penipuan.


Sentiasa periksa dahulu dan jika boleh telepon syarikat berkenaan adakah tawaran tersebut adalah valid dari pihak mereka. 


BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN

BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN

BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN

BERHATI -HATI DENGAN SPAMMER TAWAR PART TIME LUMAYAN



Scam yang saya terangkan tadi ialah kerja part time. Sebenarnya terdapat banyak scam yang berlainan kategori.


KES KEDUA


SHOPEE SCAMMER WHATSAPP MAKIN MENJADI-JADI


Menerima what apss dari no telepon yang tidak dikenali menawarkan peluang pekerjaan atau peluang menjana pendapatan melalui Shopee. Ini adalah kes kedua scam Part Time Job.

Saya rasa sesiapa yang berniaga bisnis on line memang selalu kena scam macam ni ker.


WOW!!! Shopee pun dah mula mengenali saya dan menawarkan peluang  pekerjaan pada saya. Padahal mereka baru-baru ini telah berhentikan ribuan pekerja mereka. Ini kes rare ini.... 


Mungkin kerana sistem Shopee Funnel atau Master Class Shoppermaniac saya telah menarik perhatian Shopee dan mereka nak berkoberasi dengan Shopppermaniac team.


Angan-angan tahi kucing ler..hahahhahaha.
Ini adalah scam yang tak patut anda layani dan tak perlu anda nak uji atau test. Biarkan sahaja dan fokus pada apa yang anda lakukan sekarang.



Jenis-jenis Scammer

Melalui laman web Majlis Keselamatan Negara terdapat beberapa scam yang perlu anda ketahui berlaku di Malaysia.

1. Scam Cinta

Scammer ini agak popular juga di negara kita. Wanita terutamanya selalu menjadi mangsa. Dorang ni aktif di media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Pandai tau dorang ni, ada yang menggunakan gambar profile menampakkan muka yang agak berpotensi untuk wanita mula jatuh cinta (kacaklah kiranya).

Tetapi bila mula chat, memang keluar habis ayat ‘google translate’ dorang tu gais.Kelakar pula tapi jangan tak tahu, ramai yang ‘termakan’ dengan ayat dorang ni tau. Kalau dorang ni jumpa mangsa yang tepat, memang habislah! Nak pula kalau terjumpa wanita yang kesepian dan terdesak mencari cinta.

Taktik dorang ni, pada mulanya mencuri hati, lepastu dorang mula lah mencuri wang anda. Mereka kemudian akan memperdaya anda dengan kata-kata manis mereka dan berharap anda akan jatuh cinta dengan mereka. Kemudian, untuk menunjukkan cinta mereka kepada anda, scammer ini akan cakap dorang nak hantar hadiah mahal kepada anda. Fuh, bukan main yer.

Tapi awas! Hadiah yang dorang nak hantar tu tadi kononnya tersekat di kastam di lapangan terbang. Jadi, dorang akan meminta anda memindahkan sejumlah wang untuk mendapatkan hadiah tersebut. Kalau anda nak tahu, ada juga sesetengah scammer yang mewujudkan dokumen palsu lagi bagi memperdaya mangsa untuk mempercayai scammer ini. Hebat kan permainan dorang?

Jangan sesekali kongsikan maklumat peribadi dengan orang yang tidak dikenali seperti nama penuh anda, alamat tempat tinggal ataupun tarikh lahir anda okay? Ini antara kes yang membuatkan seorang wanita kehilangan RM500,000!

Anda beringatlah bahawa jangan memindahkan wang kepada orang yang anda tidak kenali atau tidak pernah berjumpa dengannya. Jangan dedahkan nombor akaun bank anda, nombor kad kredit/debit anda. Kalau anda berasa ada sesuatu yang tidak betul atau mencurigakan, lebih baik laporkan kepada pihak berkuasa.


2. Macau Scam

Sebut jer Macau Scam ni ramai yang tahu kerana ramai mangsa yang terkena. Selalunya dalam kes Macau Scam, ia bermula dengan panggilan telefon. Scammer akan menyamar sebagai pegawai dari Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) atau lain-lain agensi berkaitan contohnya pengutip hutang.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) antara pihak yang memperhebatkan usaha memerangi sindiket penipuan melalui pengenalan halangan teknikal (technical barriers) yang berhasil menghalang hampir 1.6billion panggilan.

Walau bagaimanapun, jangan sesekali anda dedahkan sebarang maklumat peribadi anda kepada mana-mana individu yang tidak dikenali iaitu nombor kad pengenalan, nombor akaun bank atau nombor kad kredit yer.


3. Scam Kerja Part Time

Anda selalu tak dapat mesej dengan ayat seperti ini? “Kerja Mudah Dari Rumah!” “RMXXX-RMXXX Seminggu”. Haa, kalau anda nak tahu ini antara scammer skim kerja dari rumah yang menjanjikan pendapatan yang besar untuk kerja yang mudah.

Ramai yang terjebak kerana sekarang ni memang ramai yang cari kerja part time untuk mendapatkan ‘side income’. Bayangkan anda mendapat pekerjaan tetapi sebenarnya ia hanyalah satu taktik penipuan, pasti anda kecewa kan? Jangan mudah tertipu dengan taktik scammer ini yer!

Anda boleh baca salah seorang mangsa yang tertipu dengan scammer ini.


4. Scam Pinjaman Online

Bila duit gaji dah mula surut, mula lah nak cari duit lebih. Dengar pula ada pinjaman tanpa kadar faedah 0% atau kelulusan pinjaman yang dijamin, mula lah mata tu bersinar-sinar.

Kalau dah mula rasa terdesak, scammer ini pun dah dapat hidu dah ‘bau’ anda. Dorang akan mula mencari mangsa. Mereka akan menyamar sebagai salah seorang daripada institusi kewangan atau platform pinjaman kewangan peribadi.

Selalunya mangsa scam pinjaman online ini daripada anda yang mempunyai rekod CCRIS atau CTOS yang tidak baik dan yang terdesak memerlukan wang tunai. Anda jangan tertipu okay!


5. Scam Parcel

Pelik tak kalau tiba-tiba ada orang call dan memberitahu bahawa ada parcel untuk anda sedangkan anda tidak membeli apa-apa barangan pun? Haa, scam macam ni wujud yer. Mereka akan membuat panggilan, e-mel atau SMS anda kononnya abang-abang yang menghantar barang ni tidak dapat menghantar barangan ke rumah anda.

Scammer ini kemudiannya akan meminta maklumat peribadi anda seperti info mengenai kad kredit/debit untuk meneruskan penghantaran. Jika melalui e-mel, mereka dapat memuat turun ‘malware’ ke dalam komputer anda sekiranya anda klik link yang mereka berikan.

Natijahnya, scammer ini berjaya mengakses maklumat peribadi anda serta kata laluan dan memberikan mereka peluang untuk menggodam akaun perbankan Internet anda. Bahaya betul! Jadi sentiasalah berhati-hati.


6 Cara Untuk Mengelakkan Scammer

1. Jangan Dedahkan Maklumat Peribadi Anda

Cara untuk mengelakkan scammer yang paling asas dan mudah adalah dengan tidak mendedahkan maklumat peribadi anda di internet. Ini termasuk di laman sosial, forum, ruangan komen, aplikasi perbualan (chat messenger) dan lain-lain.

Antara maklumat peribadi yang tidak seharusnya dikongsikan adalah nama penuh, alamat kediaman, nombor kad pengenalan, nombor telefon atau plat kenderaan dan lain-lain. Ini membolehkan penipu mencuri identiti anda dan menyamar untuk melakukan perbuatan yang tidak bermoral seperti memohon pinjaman atau sebarang aktiviti jenayah.

Sekiranya anda adalah seorang peniaga online dan harus berkongsi nombor telefon untuk tujuan perniagaan, sila gunakan nombor telefon yang berasingan. Dan untuk tujuan keselamatan, sila pastikan nombor tersebut didaftakan menggunakan nama perniagaan anda berbanding nama peribadi anda.

Selain itu, jika anda seorang yang aktif di internet, sila elakkan dari mendaftar di laman web menggunakan maklumat peribadi anda. Sila gunakan email yang berasingan dari email utama anda dan letakkan maklumat peribadi anda sekurang yang mungkin.


2. Gunakan Aplikasi Untuk Mengesan Scammer

Walaupun kewujudan internet sedikit sebanyak telah menyumbang kepada peningkatan kes penipuan atau scam, namun, ia juga dapat membantu anda. Salah satu cara untuk mengelakkan scammer dengan mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan aplikasi telefon.

Terdapat pelbagai aplikasi yang dapat membantu anda mengesan scammer secara real-time. Di mana anda akan mendapat butiran mengenai pemanggil setiap kali anda menerima panggilan dari nombor yang tidak dikenali.

Butiran pemanggil ini adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh jutaan pengguna melalui aplikasi berkenaan. Anda juga boleh membuat laporan dan menyumbang kepada komuniti untuk membantu pengguna lain jika anda pernah dihubungi oleh scammer sebelum ini.

Antara aplikasi yang paling popular untuk mengesan scammer adalah TruecallerWhoscallCallAppEyeconHiya, dan CallerID. Selain itu, anda juga boleh menggunakan aplikasi Check Scammers CCID yang dibangunkan oleh Polis Diraja Malaysia.


3. Jangan Klik Pautan Pada Email Yang Mencurigakan

Salah satu cara tertua dan paling klasik yang digunakan oleh scammer untuk menipu adalah melalui pautan email. Di mana scammer menghantar email menggunakan subjek yang boleh menarik perhatian mangsa dengan mudah.

Sebagai contoh, menyatakan mangsa telah memenangi hadiah, atau menyamar sebagai pegawai kerajaan, agen kutipan hutang dan lain-lain. Mangsa yang teruja dengan hadiah yang dimenangi atau yang ditakutkan dengan tindakan mahkamah kemudiannya menghubungi penipu terbabit.

Dan tanpa sedar mangsa mendedahkan butiran peribadi seperti maklumat perbankan, PIN, kad kredit dan lain-lain kepada scammer sehingga mengakibatkan kerugian mencecah ribuan ringgit.

Selain itu, pautan di email juga boleh menghantar mangsa ke laman web palsu yang menyerupai laman web rasmi seperti Facebook atau perbankan atas talian seperti Maybank2u dan sebagainya. Mangsa kemudiannya tanpa sedar memasukkan butiran di laman web palsu tersebut dan seterusnya sampai ke tangan scammer terbabit.

Teknik popular ini dikenali sebagai teknik phishing. Ia merupakan teknik yang efisyen, mudah untuk dilaksanakan serta memerlukan kos yang sangat rendah.

Oleh itu, anda dinasihatkan supaya sentiasa memastikan anda berada di laman web yang sebenar dengan melihat nama domain di bar URL sebelum anda log masuk.


4. Semak Review Sebelum Membeli Secara Online

Dengan adanya platfom membeli-belah atas talian seperti Shopee, Lazada dan lain-lain amat membantu jika anda mempunyai gaya hidup yang sibuk. Pelbagai barangan keperluan boleh dibeli dengan mudah pada bila-bila masa tanpa perlu keluar dari rumah.

Namun, platform ini juga tidak terlepas daripada menjadi sasaran untuk para penipu mencari mangsa. Sebagai contoh, kerap terjadi barangan yang dibeli dan diterima ternyata berlainan dari yang diiklankan. Atau penjual menghilangkan diri selepas bayaran dibuat.

Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, anda dinasihatkan supaya menyemak review terlebih dahulu. Dengan membuat perbandingan rating dan semakan review, memudahkan anda untuk membuat pilihan yang lebih bijak berdasarkan pengalaman pembeli terdahulu.

Anda juga dapat membantu komuniti dengan meninggalkan maklum balas mengenai pengalaman pembelian anda. Ini dapat membantu pembeli lain untuk berurusan dengan penjual yang lebih baik dan sesuai dan mengelakkan mereka dari ditipu.

Namun harus diingat bahawa bukan semua review itu adalah 100% asli dan ditulis oleh pembeli yang sebenar. Sesetengah review itu berkemungkinan adalah palsu dan ditulis oleh penjual terbabit menggunakan nama yang berlainan untuk menaikkan rating mereka.


5. Dapatkan Maklumat Sebanyak Mungkin

Sebelum anda membuat pembayaran, dapatkan maklumat sebanyak mungkin mengenai penjual. Kerana seorang penjual yang baik akan bersikap telus dan tidak akan menyembunyikan sebarang maklumat perniagaan dari pelanggan mereka.

Ketahui mengenai reputasi penjual anda sebelum ini dengan lebih lanjut melalui media sosial atau platform yang lain. Dapatkan maklumat seperti nama dan nombor pendaftaran syarikat atau perniagaan, alamat dan nombor telefon pejabat, serta maklumat penting yang lain.

Cuba elakkan dari membuat pembayaran ke atas nama individu berbanding nama syarikat atau perniagaan. Dan jika anda mendapati sesuatu yang mencurigakan, hentikan dari membuat bayaran serta-merta!

Selepas anda membuat bayaran, sila simpan resit dan juga tangkapan skrin perbualan anda dengan penjual sepanjang urusan sebagai langkah berjaga-jaga. Dan jangan lupa untuk menyemak status penghantaran barangan pembelian anda dari masa ke semasa.


6. Semak Maklumat Mengenai Penjual Secara Online

Selain daripada cara-cara di atas, anda juga boleh menyemak terus secara online untuk mengetahui sama ada penjual yang anda berurusan pernah memiliki sejarah atau tidak. Berikut adalah 3 laman web yang anda boleh gunakan untuk membuat semakan.

1. ccid.rmp.gov.my

ccid.rmp.gov.my merupakan laman web rasmi yang dibangunkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia. Ia bertujuan untuk memberi akses mudah kepada rakyat sebagai cara untuk mengelakkan scammer.

Melalui laman web ini, anda boleh menyemak sama ada nombor akaun bank atau nombor telefon penjual pernah wujud di dalam pengkalan data pihak polis. Anda juga akan dimaklumkan sama ada laporan polis pernah dibuat ke atas carian berkenaan atau tidak.

2. scam.my

scam.my pula adalah laman web pihak ketiga yang turut sama menyediakan perkhidmatan membuat semakan senarai scammer. Selain dari nombor telefon dan akaun bank, laman web ini juga membenarkan carian dibuat menggunakan nama penjual.

3. scamadviser.com

Tidak seperti laman web sebelum ini, scamadviser.com pula hanya membenarkan semakan dibuat menggunakan URL sahaja. Ini sangat berguna jika anda ingin membuat semakan ke atas penjual yang memiliki laman web e-commerce sendiri.

Dengan memasukkan URL, anda akan mendapat pelbagai maklumat berkaitan laman web tersebut termasuk Markah kepercayaan (Trustscore), Indeks Risiko (Risk Index), Analisis terperinci, review pengguna dan lain-lain.


KESIMPULAN

Jangan terpedaya dengan dakwaan mencari wang dengan mudah. Saya baru sahaja membuat artikel mengenai BISNES TANPA MODAL DAN JANA 5 ANGKA - kLIK SINI

Dimana tiada apa yang percuma di dunia ini dan jika mengharapkan pulangan wang tanpa usaha maka anda berada di landasan yang salah .


Baik anda bekerja makan gaji dan jangan mengharapkan membuat bisnes tanpa modal, tanpa ilmu dan tanpa mengerah masa dan tenaga.


Nak mulakan perniagaan dan mahu ikuti struktur sistem bisnes on line kami.

Dapatkan MasterClass Shoppermaniac kami dan kami akan guide anda.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama