BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.

BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.

BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.

Bisnes Tanpa Modal dan Menjana Jualan Lima Angka.

Ramai yang mempunyai impian untuk maju ke hadapan dan memperbaiki kewangan mereka tetapi tiada modal. Maka inilah masanya....


Namun berita buruknya, ialah semuanya pembohong!!!

Tolong terang pada saya yang manakah bisnes tanpa modal. Untuk saya tiada satu pun merupakan bisnes tanpa modal.


Saya sebenarnya tidak mempercayai BISNES TANPA MODAL DAN JANA JUALAN 5 ANGKA . Prinsip saya ialah tiada benda yang percuma dalam dunia ini. Setiap yang percuma ada maksudnya.


BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.

PERCUMA JIKA ADA IMBUHAN 

Sebagai contoh saya memberikan EBook percuma kepada anda tetapi jika anda hendak mendapatkan EBook percuma ini maka anda kena berikan alamat email atau  no telepon anda.


Dalam terma bisnes online kita panggil lead magnet dimana melalui alamat email anda atau no telepon anda kami boleh menghantar email berantai untuk anda bagi mendapatkan sales.

Ini kita panggil sebagai email marketing atau phone marketing .

Selain daripada itu tiada yang percuma dan kenapa:


BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.

KOS ILMU 

Anda boleh mempertikaikan pada saya sebagai contoh bisnes sebagai pendidik tidak memerlukan modal . Modalnya hanya pada suara sahaja kan. Ia tidak mengeluarkan modal untuk membeli apa-apa produk.


Tetapi sebelum beliau menjadi pendidik atau pakar motivasi atau pakar edukasi dari manakah beliau memperolehi ilmu tersebut.


Ilmu boleh diperolehi melalui pengalaman dan juga melalui pembelajaran khusus. Kedua-duanya sudah tentu meibatkan kos untuk pembelajaran dan juga jatuh bangun melalui pengalaman.


Lalu mana faktanya bisnes tanpa modal yang di war-warkan ini.

Sebagai contoh sebelum  saya membuat EBook MasterClass Shoppermaniac, adakah anda tahu berapa banyak wang yang saya korbankan untuk membuat trial and error setiap eksperimen sales saya di Shopee mahu pun Facebook Ads.


Berapa banyak wang telah saya habiskan membeli buku serta sertai seminar untuk mendalami ilmu bisnes on line ini. 


Melalui pengalaman inilah saya yakin membuat Masterclass Shoppermaniac dan You Tube Channel Shoppermaniac.


BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.


KOS MASA

Adakah bisnes tanpa modal tidak melibatkan masa yang anda luangkan untuk bisnes anda. Ianya semua berkaitan dimana jika anda tiada wang yang mencukupi maka anda harus lebihkan masa untuk bisnes on line anda.


Ini bermaksud wang dan masa adalah sinonim. 


Sebagai contoh yang paling mudah ialah anda membuat konten sosial media dan postkan setiap hari di beberapa social media seperti Instagram, Facebook, Printerest, Tik Tok semuanya memerlukan masa yang spesifik .


Tapi jika ada wang, anda boleh sahaja mengupah creator content untuk membuat konten untuk anda setiap hari atau anda membeli aplikasi yang banyak dijual di luar yang membolehkan anda membuat schedulling atau planning untuk post kan konten anda.


Saya yakin anda mampu mendapatkan jualan secara organik ke sosial media anda tetapi masa yang diperlukan amat tinggi dan paling penting harus konsisten.


BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.


KOS IKLAN 

Anda akan mempertikaikan pada saya iaitu salah satu bisnis tanpa modal ialah affiliate dan ianya tidak memerlukan webste atau modal. 


Hanya postkan konten anda di Facebook dan buat link ke affiliate tersebut maka anda akan dapat untung tanpa modal!!!!


Ayat macam best kan sebenarnya ianya tidak semudah itu. Untuk pengetahuan, trafik organik dari sosial media amatkah susah dan jika anda mahukan trafik organik yang baik maka anda harus korbankan masa dengan membuat konten dan post yang konsisten selama 4- 6 bulan.


Jika anda mempunyai website atau produk, untuk dikenali anda perlu exposekan branding dan produk anda.


Cara paling mudah dan wajib pada zaman ini adalah melalui iklan berbayar. Marketing mengambil 80% dari keseluruhan budget anda.

Ertinya untuk memastikan bisnes on line anda berkembang dengan cepat anda harus membuat marketing. Dan marketing bukan sahaja melibatkan sosial media tetapi iklan berbayar..


BUKTI SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP KAMI BERJAYA 


Kesimpulan BISNES ONLINE TANPA MODAL 2023 DAN JANA JUALAN 5 ANGKA.


Tiada benda yang percuma di dunia ini. Dan kalau anda hendak maju anda kena keluarkan modal untuk ilmu dahulu dan kemudian melalui ilmu tersebut anda boleh percepatkan bisnes online anda dan sekali gus mempratikkan teknologi percepatkan kerja anda atau mengupah pekerja membantu anda. Dan dengan keuntungan yang anda perolehi, anda boleh kembangkan bisnes anda dengan membuat iklan berbayar.




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama