Apabila anda telah lama menjadi seller di Marketplace maka anda akan mempunyai skill untuk upgrade sales anda di Shopee amnya. Tetapi kadangkala skill yang ada kita gunakan untuk upgrade skill blackhat atau underground yang kurang elok di pandangan mata..hehehhe. Namun itu terpulang pada perception masing-masing asalkan jangan aniaya orang dah ler. Terdapat 2 cara yang digunakan oleh seller untuk Hack Shopee algoritma serta menjual produk tanpa mengguna dropshipping. 1. DUPLICATE PRODUK 2. DROPSHIPPING SELLER
DUPLICATE PRODUK SENDIRI
Dimana dalam kedai Shopee anda, untuk mewujudkan saingan produk yang sama. Anda akan menggunakan produk yang sama tetapi tajuk atau judul produk yang berlainan unuk memastikan segala keyword anda telah ada.
Tak kira samada anda duplicate atau tiru produk yang sama 2 atau lebih 3 kali tapi anda kena pastikan semua tajuk produk adalah dalam carian Shopee.
Pada dasarnya jika anda tanya pada saya adakah teknik ini berguna. Ya, saya akan jawab teknik ini bagus kerana anda memaksimakan semua kata kunci yang anda perlukan dengan membahagikan kepada beberapa kedai.
Malahan potensi untuk di tracking oleh Shopee agak sukar kecuali AI atau alogritma Shopee makin bijak hingga boleh membaca gambar yang serupa di kedai anda maka anda boleh di anggap scam ler.
Selain itu anda boleh mengambil kesempatan selain membuat kajian mana keyword yang baik. Anda boleh juga boleh juga membuat kajian dari segi gambar yang berlainan. Anda boleh kaji mana gambar yang terbaik serta keyword yang terbaik.
DROPSHIPPING SELLER SHOPEE
Ini pun agak jahat juga di mana anda menjadi dropship tidak rasmi. Apa itu dropship tidak rasmi atau dropshipip Seller Shopee.
Dimana anda menggunakan kedai Seller yang menjual produk yang murah yang terdapat di Shopee dan kemudian anda mencuri gambar dan semua deskripsi produk dan anda masukkan ke kedai anda.
Lalu anda pun menjual di kedai Shopee anda menggunakan produk dari kedai Seller yang anda curi tadi.
Katakan tiba-tiba ada jualan, anda akan uruskan order yang terjadi di kedai anda dengan oder melalui kedai Produk Seller yang anda curi tadi.
Pendek kata anda menjadi orang tengah atau ranadropship ler tetapi secara tidak rasmi.
Untuk menjayakan teknik ini, anda harus memohon Non SSL sebagai setting shipping anda kerana hendak mengelakkan AWB dihasilkan jika mengguna Standard Delivery.
Cara mendapatkan sedikit keuntungan ialah anda menaikkan shipping kos anda lebih sedikit dari Standard Delivery yang digunakan oleh kedai Seller yang anda curi itu.
KESIMPULAN HACK SHOPEE JANA SALES
Sebenarnya terdapat banyak teknik hack yang boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan tambahan di Shopee. Namun bagi saya kenapa perlu menyusahkan diri anda.
Apa kata anda mencabar diri anda dengan melawan saingan dengan cara yang betul .
Jika anda benar-benar hendak menggunakannya hack ini seperti Dropshipping Seller Shopee apa salahnya kalau anda meminta kebenaran mereka.
Kalau saya, saya takkan marah pun kerana ia akan meningkatkan sales saya dan jika ada apa-apa masalah saya tidak terbabit secara langsung. Saya pasti akan benarkan.
Anda tentu menanti artikel hack sistem Shopee kan..hahahahaha. Rupanya hack dari segi pemasaran...uisshhhhh..
KEDAI SHOPEE KAMI: https://shp.ee/bf3ddkb ---------------------------------------------------------------------------------------------
WEBSITE BLOG SHOPEE KAMI: https://shoppermaniac.com
--------------------------------------------------------------------------------------------- KOLEKSI SHOPEE TIPS YOU TUBE CHANNEL: Senarai Penuh Shopee Tips: https://youtu.be/OQLTeNS0ytU ------------------------------------------------------------------------------------------------
TEKNIK MENJUAL DI SHOPEE MENGGUNA SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP
Jualan di Shopee tidak berhenti di sini sahaja sebaik sahaja anda mendaftar dengan Shopee. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan kedai Shopee anda berjaya serta melawan beratus ribu seller Shopee yang berada diluar sana.
Anda memerlukan strategi yang unik dan berlainan untuk melawan mereka.Metod yang sama tidak boleh digunapakai lagi jika anda mahu berjaya di Shopee.
Anda memerlukan Sales Funnel Shopee yang efektif serta sistematik membawa perjalanan kedai Shopee anda ke arah yang betul. Iaitu menjana sales semaksimum yang mungkin.
Dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Shopee Funnel Sales Meletup kami