CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA


Salah satu kekangan mendapat jualan di Shopee ialah produk anda tidak mempunyai review shopee  atau rating. Bagaimana nak dapat review kalau langsung tiada jualan.


Ini adalah lumrah dalam duni bisnis online, salah satu justifikasi oleh pelanggan bahawa kedai Shopee anda boleh dipercayai adalah melallui review pelanggan.

Dari situ mereka akan menilai samada produk yang anda jual ini mendapat rating atau review yang baik dari pelanggan lain. JIka baik , maka produk anda akan dibeli oleh pelanggan tersebut.

Dalam artikel ini saya ada menerangkan teknik yang jujur dan tidak jujur bagaimana memperolehi review kedai Shopee anda. Tidak jujur bukan menipu tetapi teknik pemasaran: 

✅CONTOH KELEBIHAN PRODUK REVIEW BAIK
✅CARA MENDAPATKAN REVIEW PRODUK YANG BAIK
✅PRODUK WINNING / POTONGAN HARGA MELAMPAU
✅REVIEW KASIH SAYANG / BELI REVIEW SHOPEE
Cara Pertama Beli Review Shopee Kasih Sayang
Cara Kedua Beli Review Shopee Kasih Sayang
✅VOUCHER KASIH SAYANG 
✅PERKARA PENTNG PERLU ANDA AMBIL TAHU BILA BELI REVIEW SHOPEE
Jangan guna alamat IP yang sama
Jangan guna alamat rumah Kedai Shopee anda
✅KESIMPULAN REVIEW KEDAI SHOPEE


CONTOH KELEBIHAN PRODUK REVIEW BAIK


CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA


Contoh diatas produk Save Value yang dijual oleh kami  iaitu Hanger Storage Organizer  setakat ini mendapat 20 jualan untuk bulan September 2023.

Pembelian yang konsisten pada produk ini adalah disebabkan review yang baik oleh pembeli dan ia menjamin produk ini adalah Produk Winning bagi Kedai Shopee Shoppermaniac kami.



CARA MENDAPATKAN REVIEW PRODUK YANG BAIK 

Terdapat beberapa teknik untuk memastikan produk yang anda jual mendapat review yang baik dari pelanggan 


CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA


PRODUK WINNING / POTONGAN HARGA MELAMPAU

Pastikan produk yang anda jual adalah produk winning iaitu produk yang mempunyai saingan harga yang kompetatif, deskripsi yang baik dan gambar yang baik.

Pastikan tajuk produk mengikuti algoritma Shopee agar mudah ditemui oleh buyer. Malah jika produk tersebut mempunyai margin untung yang tinggi, anda bolehlah membuat iklan berbayar mengguna Shopee Ads, Facebook Ads dan sebagainya.

Walau bagaimana pun, strategi pemasaran yang lebih efektif ialah memberi potongan harga yang cukup tinggi bebanding dengan penjual yang lain. Sebagai contoh potongan harga sehingga 20%. Ini akan lebih menjamin jualan produk anda.

Secara relatifnya, pelanggan di Shopee akan lebih tertarik membeli produk yang murah walaupun belum anda review atau ulasan. Mahu tak mahu buat permulaan anda kena bakar margin untung anda dan berikan potongan harga untuk menjamin jualan.

Setelah mendapat review yang baik, anda boleh naikkan semula harga produk anda ke harga yang kompetatif. Target anda ialah hendakkkan rating dan review kan.

Melalui strategi pemasaran dan produk yang baik sudah tentu dan pastikan anda mendapat jualan dan melalui jualan tersebut anda boleh meminta pembeli tersebut review produk anda. 

Itulah cara yang biasa yang membolehkan anda mendapat review serta rating kepada produk anda.

Bagaimana hendak mendapatkan strategi ini anda boleh sahaja dapatkan EBook Shopee Funnel Sales Meletup kami yang menerangkan teknik ini dengan terperinci.




CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

REVIEW KASIH SAYANG / BELI REVIEW SHOPEE

Review ini adalah review yang dilakukan oleh sahabat atau sanak saudara anda atau secara kasar ialah beli review untuk kedai shopee.

Sebab itu saya panggil review kasih sayang...hahahaha. Mereka sayang awak lah mereka beli produk anda.
 
Teknik ini adalah teknik yang tidak di galakkan tetapi situasi pemasaran sekarang untuk mendapatkan jualan dan apatah lagi produk anda yang mempunyai saingan yang tinggi maka agak sukar jika produk anda tidak mempunyai review.

Apatah lagi jika anda adalah dropship yang mempunyai margin untung yang kecil dan mahu main harga seperti memberi potongan harga melampau sementara mendapatkan review memang tidak boleh sama sekali.

Anda tidak mempunyai kelebihan berbanding dengan seller lain. Lainlah jika harga anda lebih baik dari semua seller yang lain. Mungkin teknik pertama boleh dilakukan.

Apa maksud Review Kasih Sayang adalah anda meminta keluarga atau sahabat anda membeli produk tersebut dan kemudian membuat review kaw-kaw pada produk tersebut.



Cara Pertama Beli Review Shopee Kasih Sayang

Untuk melaksanakan teknik ini ada 2 cara boleh dilakukan iaitu  produk anda harus tukar setting kepada Non SSL. Kalau anda guna Shopee Standard Shipping anda kena poskan produk tersebut.

Jika anda guna NON SSL anda tidak perlu pos produk tersebut kerana secara automatik selepas beberapa hari sistem Shopee akan updated produk telah dihantar kepada pembeli anda walau pun anda tidak hantar produk tersebut.

Namun anda sedia maklum bahawa NON SSL produk memang cukup sukar sekali nak dapat kelulusan dan jika anda mempunyai NON SSL maka mudah untuk anda lakukan teknik ini,


Cara Kedua Beli Review Shopee Kasih Sayang

Cara Kedua ialah rakan-rakan atau keluarga anda membeli seperti biasa menggunakan SSL AWB Shopee seperti biasa dan anda terpaksa pos produk anda atau dropship ikut saluran shipping yang standard jika tiada  Non SSL.

Cuma kerja tambahan terpaksa buat shipping dan pos produk anda. Tetapi jika anda adalah dropship auto sync, mahu tak mahu terpaksa guna cara ini kerana pihak dropship yang mengepos produk anda.



CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA


VOUCHER KASIH SAYANG 

Tapi masalahnya adakah anda hendak memaksa mereka membeli produk anda dan kemudian membuat review. Katakan produk anda berharga RM60 takkan semata-mata mereka hendak membeli produk anda hanya untuk membantu anda. 

Perkara pertama ialah anda boleh ikuti strategi yag pertama iaitu memberi potongan harga sehingga 20% - 25% sebagai contoh yang telah saya jelaskan jika margin keuntungan anda membolehkan anda memberi caj yang sedemikian.

Kedua ialah anda pinjam telefon mereka dan anda beli produk anda melalui kedai Shopee kumpulan Kasih Sayang anda ini. Sebagai contoh pinjam handphone adik awak dan beli produk itu sendiri. Maka adik awak tak perlu keluarkan wang. Ini cara paling cepat.


Ketiga ialah buat voucher istimewa yang memberi potongan 99% khas untuk ahli keluarga anda  hingga jadi RM1 sebagai contoh  untuk kumpulan KASIH SAYANG anda dan suruh mereka membelinya menggunakan voucher ini.




Bagaimana membuat voucher ini anda boleh tonton video kami ini.

Oleh yang demikian tekanan untuk rakan-rakan anda membeli produk anda telah berkurangan. Takkan nak beli produk RM1 pun tak boleh kan. Cuma kena keluar duit shipping dalam RM4.60 kalau ikut average terkini. 

Review Kasih Sayang ini anggap anda sedekah atau memperkenalkan produk anda pada ahli keluarga dengan imbuhan mendapatkan review untuk kedai Shopee anda. Biasanya sesuai untuk founder yang mempunyai produk sendiri,

Jangan kedekut sangat kalau nak berniaga ini yek. Kalau tak anda takkan maju ke mana-mana. Saya akui teknik review Shopee Kasih Sayang ini merugikan tetapi jika anda nak pantas inilah caranya.

Itulah teknik yang selamat untuk anda gunakan jika anda mahukan review untuk produk anda.



CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

PERKARA PENTNG PERLU ANDA AMBIL TAHU BILA BELI REVIEW SHOPEE 

CARA MENDAPATKAN REVIEW KEDAI SHOPEE ANDA

Nasihat ini adalah untuk kumpulan review kasih sayang yang melibatkan ahli keluarga.


Jangan guna alamat IP yang sama

Pastikan bila mereka membeli produk anda di kedai Shopee mereka dan jika mereka menggunakan IP yang sama atau WIFI yang sama. Potensi untuk Shopee kenalpasti anda membuat scam ini akan melalui IP anda.

Saya kurang pasti tentang penyataan ini tetapi saya pernah dengar tentang ini terutama Shopee Seller yang mempunyai 2 kedai Shopee dan beliau menggunakan kedai Shopee satu lagi untuk membeli produk beliau walaupun no telepon dan email berlainan. Terus kena banned.

Untuk atasi masalah ini, pergi keluar ke mana-mana WIFI selain IP yang sama dengan kedai Shopee anda. Dan suruh adik awak order melalui IP address tersebut.


Jangan guna alamat rumah Kedai Shopee anda

Ini pun kadangkala Shopee Seller terlupa bahawa alamat yang diguna untuk hantar produk anda adalah sama yang anda guna untuk kedai Shopee anda.

Sebagai contoh anda tinggal serumah dengan adik awak dan alamat penghantaran sama. Jangan buat perkara ini dan ubah alamat ke alamat jiran anda atau rakan anda.


KESIMPULAN REVIEW KEDAI SHOPEE

Bila ada review barulah pembeli yakin nak beli produk anda. ..Saya bukan mengajar teknik menipu.

Teknik ini adalah bantuan saya memastikan anda sebagai seller yang yakin produk anda yang terbaik tetapi tiada jualan, apa salahnya membuat teknik Kasih sayang ini sesekali.

Saya anggap ini sebagai teknik pemasaran. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama