Sekarang ini tengah trend di Tik Tik dan Facebook ada kes seorang pakar motivasi kena kutuk sebab jual air liur. Ini terjadi apabila ada seorang pengomen bertanya pada beliau apakah portfolio beliau yang menunjukkan beliau adalah seoarng uasahawan yang berjaya sehingga mampu memberi tunjuk ajar kepada founder-founder untuk menjana sales hingga berjuta ringgit.
Beliau tidak menjawab marah plak orang yang bertanya tu bodoh dan kalau dilihat banyak juga dia cakap bodoh ini...hehehehhee. Saya tak mahu campur tangan masalah pakar motivas ini yang tengah viral kena kutuk dengan orang ramai especially orang melayu kita ler.
Saya amat kenali populariti pakar motivasi ini malah saya ada membeli buku beliau pada mula-mula menceburi bidang on line ini untuk ketahui apakah teknik-teknik pemasaran serta copywriting beliau. Buku murah sudah tentu tak banyak maklumat yang anda boleh belajarkan...hahahaha.
Agak lama juga saya ikut dan pelajari teknik beliau ini melalui You Tube Channel. Tetapi saya bernasib baik sebab tak sertai kelas-kelas beliau sebab pada masa itu saya anggap kelas beliau adalah untuk founder-founder bukan untuk kaki affiliate atau kaki dropship yang tidak mempunyai produk spesifik serta fokus dalam bidang blog marketing khususnya.
Dan saya bukannya founder atau punyai produk sendiri maka saya tak join ler kelasnya. Saya lebih fokus pada Sales Funnel dengan guru-guru seperti Neal Patel, Peng Joon seta Jason Gan dalam menajamkan ilmu tentang sales funnel dan iklan berbayar seperti Google Ads dan You Tube Ads.
Tapi sebelum itu saya telah memulakan bisnis online E Commmerce dan telah membuka website E-Commerce sendiri kononnya nak pelajari dari pengalaman dan akhirnya website ECommerce yang bernama Linda Beauties kami tutup setelah setahun kerana terlalu banyak kerja yang harus dilakukan dan paling penting kurang ilmu.
Kalau awak scroll Facebook Pages saya mungkin awak akan dapat lihat post tentang Linda Beauties ini kot. Atas sebab kegagalan ini saya tidak berputus asa dan mencuba dari bawah dengan join marketplace especially Shopee dengan menjual produk dropship.
Tujuan saya masuki marketplace ini bukannya hendak menjana keuntungan semata-mata tetapi nak belajar bagaimana sistem ECommerce ini berjalan dan bagaimana nak satukan semua produk dalam satu platform terutama di website.
Dan nak pendekkan cerita, akhirnya kita semua bertemu disini dalam You Tube Channel kami iaitu Shoppermaniac yang menerangkan bisnis online bermula dari Shopee hingga anda mengembangkan bisnis anda melalaui website dan pelajari ilmu FB Ads.
Dan kini You Tube Channel Shoppermaniac tengah pelajari tentang TIK TOK dan sedang membuat eksperimen bagaimana menaikkan follower dan view di TIK TOK. Buat masa sekarang akaun TIK TOK Shoppermaniac yang bertarikh 12/8/2022 telah mempunyai 62 follower!!!!
SEJARAH YOU TUBE SHOPPERMANIAC
Penubuhan You Tube Channel Shopermaniac ini adalah salah satu legasi saya dan rakan-rakan untuk membantu sesiapa yang mahu memulakan bisnis on line dari kosong dan melalui peta perjalanan bisnis kami atau workfrome kami ialah bermula dengan Shopee atau marketplace agar anda pelajari dahulu asas bidang bisnis on line ini .
Kami ketahui apabila kami membuat niche ini memang kami akan alami banyak dugaan kerana niche ini bukannya niche yang popular dan diluar sana mempunyai ramai guru-guru yang lebih hebat. Tetapi apa kata kami mencubanya dan lihat bagaimana perkembangan You Tube Channel ini.
Kami berikan masa setahun untuk You Tube Channel ini untuk berkembang dengan KPI 1000 subcriber. Dan syukur alhamdililah atas sokongan ramai You Tube Shoppermaniac telah berjaya mencapai KPI yang kami sasarkan.
BERAPA SALES DAN KEJAYAAN KAMI UNTUK MEMBUKTIKAN YOU TUBE SHOPPERMANIAC INI TULEN.
Seperti yang saya katakan workframe kami ini bermula dengan Shopee. Dan main stream kami adalah blogging marketing dan jika anda nak lihat sales kami, adalah tidak sesuai.
Manakala kami tidak boleh mempromosikan kedai Shopee utama kami di You Tube Channel ini kerana ianya adalah rahsia syarikat dan mengelakkan campur aduk kedai Shopee kami dengan kelas You Tube adalah satu risiko yang kami tidak mahu hadapi ketika itu.
Dan jika anda lihat mana-mana tutorial bisnis on line tidak akan memaparkan sepenuhnya data jualan mereka.
TETAPI jika anda membuat tutorial tentang bisnis on line anda harus mempunyai data agar pembaca percaya akan ketulenan serta nasihat anda. Jika tidak anda hanya menjual air liur sahaja.
REAL DATA EKSPERIMEN
Untuk menyelesaikan masalah ini kami membuat beberapa eksperimen dengan membuka kedai Shopee Shoppermaniac dan blog Shoppermaniac dan yang terbaru TIK TOK Shoppermaniac.
SHOPEE real data eksperimen
Untuk kedai Shopee ekspeimen kami telah tamat dan berjaya menjana RM1000 dalam masa 6 bulan sebagai dropship auto sync dan kini telah mencapai RM3000 sebulan sales.
Anda boleh sahaja lihat kejayaan kami dengan menonton video-video kami di You Tube serta artikel kami di blog kami
Baca artikel ini:
Kedai Shoppermaniac dituduh tiada sales
https://www.shopeefunnel.online/2022/06/kedai-shopee-shoppermaniac-dituduh.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/01/5-cara-capai-shopee-sales-rm3000-sebulan.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/01/tutorial-ultimate-seller-shopee-jana-4.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/01/bukti-shopee-funnel-sales-meletup-kami.html
BLOGGING real data eksperimen
Manakala untuk blogging pula kami sedang membuat eksprimen mendapatkan 15000 pageview sebulan ke kedai Shoppermaniac.
Dan eksperimen ini sepatutnya tamat pada bulan Jun yang lalu tetapi kami terpaksa anjak ke 6 bulan lagi kerana kami tak jangka Google sekarang ini memang agak susah nak indek. Dan kami telah tunda 6 bulan lagi hingga ujung tahun ini.
Dan anda boleh mendapatkan maklumat ekperimen kami ini di You Tube dan artikel kami ini:
https://www.shopeefunnel.online/2022/04/perkembangan-shoppermaniccom-dalam-3.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/05/analisa-shoppermaniaccom-gagal-mencapai.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/07/pencapaian-shoppermaniac-setelah-6.html
Pada bulan lepas, Shoopermaniac berjaya mencapai 13001 pageview sebulan. masih jauh lagi untuk mencapai 15K.
LAIN-LAIN Real Data Eksperimen
TIK -TOK data eksperimen . Untuk pengetahuan akuan TIK TOK Shoppermaniac kami baru dibuka dan kami sedang membuat eksperimen dengan KPI tahun ini 1000 follower.
Anda boleh membaca dan menonton video kami tentang ekperimen ini:
https://www.shopeefunnel.online/2022/07/eksperimen-naikkan-folower-tik-tok.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/07/menkaji-algoritma-tik-tok.html
Manakala untuk Facebook saya menunjukkan beberapa teknik membuat Facebook Ads Manager serta tutorial penuh menggunakan Facebook Ads Manager dengan cara yang betul dan melalui Shopee kami memberi tunjuk ajar bagaimana menggunakan CPAS Facebook.
https://www.shopeefunnel.online/2022/05/facebooks-ads-untuk-homestay.html
https://www.shopeefunnel.online/2022/02/iklan-kedai-burger-guna-fb-ads-dengan.html
