MENKAJI ALGORITMA TIK TOK NAIKKAN VIEW

MENKAJI ALGORITMA TIK TOK NAIKKAN VIEW

MENKAJI ALGORITMA TIK TOK

Jika anda ikuti artikel TIK TOK kami yang terbaru anda akan ketahui bahawa kami sedang  membuat eksperimen meningkatkan TIK TOK follower dengan membuat 100 post dalam masa 2 bulan.

Nonton : 100 post dalam 2 Bulan

Menurut pendapat ramai yang ala-ala pakar TIK TOK maka saya harus membuat eksprimen ini dengan memasukkan 100 post ke akaun TIK TOK dan proses ini sedang berjalan pada 29/7/2022 dan dijangka tamat pada 29/9/2022.

Target saya ialah mendapatkan 1000 follower dalam masa terdekat ini. Bukan dalam masa 2 bulan..hahahaha. Tapi kalau teknik ini berjaya mendapatkan saya 1000 follower maka saya akan buat EBook..ahaks.

Teknik di atas adalah mendapatkan follower tetapi jika tiada view atau masuk ke FYP maka pun tiada gunanya. Memang mudah untuk masuk ke FYP kata pakar-pakar TIK TOK dimana anda perlu LIKE, COMMENT AND SHARE.

Tetapi saya mahu menkaji lebih mandalam lagi iaitu dengan 100 post ini saya ingin melihat post manakah yang akan memberi view paling tinggi. Untuk ini saya membuat beberapa kaedah dengan memanipulasi post-post saya ini.

Menurut beberapa pakar TIK TOK salah satu kekuatan TIK TOK untuk manjana algoritma ialah dengan menggunakan 2 perkara ini iaitu hashtag dan muzik popular TIK TOK.

Maka saya akan membuat ekspeimen dengan menggunakan 100 post saya ini untuk melihat prestasi setiap post saya ini.

BAGAIMANA MENKAJI ALGORITMA TIK TOK 

MUZIK DAN HASHTAG TIK TOK 

Post 1- 20 TIK TOK

Saya akan memasukkan video dengan menggunakan hashtag sahaja. Dimana saya tidak memasukkan muzik popular TIK TOK.

Post 21- 40  TIK TOK

Saya akan memasukkan hashtag dan muzik TIK TOK pada post saya. Tetapi tekniknya ialah jika saya memasukkan muzik akan mengganggu ulasan saya maka saya akan masukkan muzik popular TIK TOK tetapi saya kurangkan lagunya hingga 0. Janji ada lagu yang dimasukkan tetapi tak dengar ler.

Post 41- 60 TIK TOK

Saya akan memasukkan post saya tanpa hashtag dan hanya muzik TIK TOK sahaja.Sama seperti perkara diatas saya akan kurangkan lagu hingga 0.

Post 61- 100 TIK TOK 

Lihat mana post yang menjana view paling tinggi dan saya akan ikuti teknik ini untuk konpemkan samada teknik ini berjaya atau tdak.

Ertinya:

POST 1- 20 - Hashtag

POST 21- 40 - Hashtag dan Muzik

POST 41- 60 - Muzik 

Post 61 - 100 - Analisa data


LIKE, KOMEN DAN SHARE TIK TOK 

Saya rasa tidak mampun untuk membuat kesemua ini tetapi mampu untuk like video sahaja. Tetapi melalui pembacaan saya jika anda terlampau banyak like mungkin TIK TOK akan anggap anda spam.

Itu saya kurang pasti tetapi saya akan buat 10 like sahaja sehari. Langkah berhati-hati.


KESIMPULAN TIK TOK 

JUMLAH POST KE SOSIAL MEDIA

Jika anda tanya pada apakah teknik yang terbaik. Saya akan mengatakan post setiap hari dan sekurang-kurangnya 3 post sehari. Ini adalah teknik yang paling kuat dan diakui oleh semua pakar-pakat SocMed didunia ini.

Tak kira anda sebagai blogger pun, anda digalakkan membuat 6 artikel post setiap hari.

Tujuanya untuk menarik perhatian algoritma engagement anda dan jua memberi pilihan antara semua post anda ini, mungkin ada salah satunya akan menjadi viral. 

Berbanding jika anda mempunyai 5 post dengan 100 post. Mana akan menang?

KUALITI KONTEN

Tak guna membuat konten yang banyak tetapi kualiti video atau isi konten mengarut. Pemain-pemain sosial media kini bukannya bodoh hendak melihat konten yang todak memberi pendidikan. 

Kenapa mereka mahu menonton konten anda ialah pertama mahu hilangkan stress dengan melihat konten-konten kelakau dan kedua ialah mendapatkan maklumat yang mahu cari. 

Dalam kes saya ini saya menjual maklumat dan saya kena pastikan dalam durasi 15 saat hingga 40 saat konten saya ini memberi maklumat yang lengkap.

Ini adalah pandangan saya tetapi sama seperti blog juga. JIka semua pihak membuat konten kualiti  dan post yang banyak lalu apa yang membezakan anda dengan mereka.

Bezanya ialah menkaji algoritma mereka agar anda mempunyai kelainan dari kaca mata algoritma atau SEO jika anda blogger. Anda lebih mudah di "boost: ke hadapan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama