ANALISA SHOPPERMANIAC.COM GAGAL MENCAPAI 15K PAGEVIEW

ANALISA SHOPPERMANIAC.COM GAGAL MENCAPAI 15K PAGEVIEW

Komuniti You Tube Shoppermaniac tentu sudah memahami bahawa perancangan mendapatkan 15K pageview Shoppermaniac.com sebulan. Perancangan ini dijangkakan tamat pada akhir bulan June ini namun sehingga  pada pertengahan bulan May ini kadar pageview kami agak teruk.


ANALISA SHOPPERMANIAC.COM

ANALISA SHOPPERMANIAC.COM

ANALISA SHOPPERMANIAC.COM

ANALISA SHOPPERMANIAC.COM



NALISA SHOPPERMANIAC.COM GAGAL MENCAPAI 15K PAGEVIEW
Data bulan May sehingga 14hb May sahaja

Jika dilihat melalui 4 bulan data Shoppermaniac ( January hingga Appril) memang berlaku peningkatan pageview 100% setiap bulan. Data ini saya ambil dari Google Search Console. 

Tetapi ianya tidak mencapai 1K langsung dan jauh menuju ke arah 15K pageview sebulan atau 1 hari 500 pageview  dalam masa 4 bulan!!!!

KENAPA BERLAKU:

1. TIDAK MENCAPAI 200 POST DALAM MASA 3 BULAN.

Kegagalan utama ialah tidak mencapai 200 post/artikel/ konten pemahaman/ utama dalam masa 3 bulan. Ini adalah akar umbi yang pautu dicapai oleh shoppermaniac.com tetapi setakat bulan March kami hanya mencapai dalam 93 post sahaja.

Melalui jumlah post yang kurang secara tak langsung akan menyebabkan indexing website ini akan terganggu. 

2. POST YANG TIDAK KONSISTEN

Kegagalan membuat post secara konsisten telah membuat website ini semakin jauh diindexing oleh Google. 

Google menganggap website ini kurang aktif dan potensi untuk di percayai oleh Google amat lemah sekali,

3. TIADA NICHE YANG SPESIFIK

Kebolehpercayaan Google terhadap website ini sebagai niche yang spesifik agak kabur. Kerana di website ini kami membuat pelbagai jenis artikel yang meliputi pelbagai niche dan Google tidak suka website yang tidak mempunyai niche.

Google melihat website ini tidak mempunyai autoriti dalam bidang yang tertentu dan memang sukar untuk anda mendapat indexing jika mengamalkan teknik sedemikian. 

Tetapi website ini adalah website E-commerce yang sememangnya tidak boleh membuat niche yang spesifik.

4. TIADA DISIPLIN 

Ini merupakan titik tolak kegagalan shoppermaniac.com mencapai pageview yang baik. Banyak kali saya mengatakan untuk mencapai sesuatu target ialah disiplin dan kegagalan pertama mencapai 200 post dalam masa 3 bulan sudah menandakan shoppermaniac ini gagal.

Tidak konsisten dalam post juga merupakan kegagalan yang seterusnya dan menjunamkan shoppermaniac.com  ini. 

Perkembangan shoppermaniac dalam masa 3 bulan


APA PATUT SAYA BUAT?

1. JALANKAN TEKNIK KAPAL PERANG .

Teknik ini saya masih belum lakukan di website ini dimana saya menganalisa kembali semua artikel pemahaman/utama dan perbaiki semula mengikut kehendak Google.

Anda boleh baca lebih lanjut TEKNIK KAPAL PERANG disini

2. MEMBUAT ROAD MAP BLOG 

Mahu tak mahu saya terpaksa membuat jadual atau road map perjalanan website ini dan apakah yang harus saya capai mengikut jadual yang telah ditetapkan. \

Jika tidak saya akan sambil lewa dan menyebabkan gagal mencapai target yang diinginkan. Jadual ini adalah jadual mingguan.

Bagaimana Link Kedai Shopee Ke Website

KESIMPULAN

Cukuplah 2 perkara ini. Membuat post konsisten serta artikel termasuk sekali dalam road map saya ini. "Perkembangan shoppermaniac ini mungkin akan dilanjutkan hingga ke bukan Septenber pula,

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama