KHAS KWSP UNTUK SELLER SHOPEE BERTINDAK

KHAS KWSP UNTUK SELLER SHOPEE BERTINDAK


Pengeluaran Khas KWSP dengan one off RM10K sebenarnya adalah peluang yang terbuka luas unuk seller Shopee mengembangkan bisnis onlien anda dengan lebih cepat dan mampan.

Sebagai seorang peniaga online, apa yang menyekat perkembangan anda hanya ada dua iaitu ilmu dan wang. Ada ilmu tapi tiada wang pun tiada gunanya. Dan lagi teruk ada wang tiada ilmu pun susah juga.

Katakan anda telah berniaga di Shopee selama setahun dan mempunyai pengalaman mencuba FB Ads serta boleh berblogging. Dan dengan limpahan rezeki pengeluaran Khas KWSP ini adalah satu durian runtuh untuk anda memecutkan impian perniagaan on line anda,

Ada tiga cara yang boleh saya berikan jika anda mahu kembangkan perniagaan on line anda.


BINA ILMU ANDA DARI BUDGET KHAS KWSP

Inilah peluang yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan ilmu yag berkualiti dengan menghadiri seminar ilmu seperti teknik berniaga di Shopee, buat FB ADS serta membuat blog. Kerana intipati perniagaan onlien berkisar kepada 3 bahagian ini .

Dan yang penting anda mesti mantapkan ilmu anda sebelum mengembangkan bisnis online anda. Saya kerap katakan kalau nak ilmu jangan kedekut duit. Mana ada ilmu yang percuma dan jika yang percuma tidak cukup untuk anda kembangkan ilmu anda.

DAPATKAN EBOOK ULTIMATE KAMI - SHOPEE/FBADS/BLOG DALAM SATU HARGA


BINA ECOMMERCE WEBSITE DARI BUDGET KHAS KWSP

Inilah peluang untuk anda membina eCommerce Website anda jika benar-benar telah komited untuk luaskan jaringan bisnis on line anda.

Ianya bukan mudah dan memerlukan pengorbanan masa dan wang untuk anda berjaya. ECommerce website anda boleh gunakan platform Shopify atau Wordpress terpulang pada anda.

Namun sekali lagi saya ingatkan, anda meeti mempunyai ilmu yang benar-benar mantap jika mahu terjun ke ECommerce.

ECommerce untuk saya ada dua secar aamnya dimana anda menjual ratusan produk yang anda boleh ambil dari Ali Dropship, CJ Dropship yang menjalan sistem sync auto ke ECommerce website anda dan anda boleh menjual secara internasional,

Atau anda membuat sebuah landing pages untuk menjual satu produk yang spesifik sahaja. Di mana landing pages ini hanya berkisar tentang satu produk. Lagi mudah.

BINA PRODUK SENDIRI  DARI BUDGET KHAS KWSP

Inilah impian semua pihak kan? Hendak mengeluarkan produk dengan jenama anda sendiri dan menjual di Shopee atau website anda. Dalam kes ini website yang saya maksudkan ialah landing pages.

Tentu sahaja anda sudah mempunyai idea apakah produk yang anda mahu. Samada produk yang anda hasilkan sendiri atau membeli produk di China dengan harga yang murah dan menjenamakan nama anda dan jual  di Malaysia. 

Itu semua  memerlukan wang dan inilah masanya untuk anda realisasikan impian anda.

Namun anda kena ingat, adakah impian anda untuk membuat produk sendiri atau menjadi founder bernilai kurang dari RM10K. Jika kurang teruskan impian anda dan jika ia memerlukan modal lebih dari RM10K maka simpan dahulu wang tersebut dan bila mencukupi teruskan impian anda.


KESIMPULAN DARI BUDGET KHAS KWSP

Ini adalah sebahagian nasihat saya jika anda anggap Khas KWSP RM10K ini adalah wang lebihan dan anda  mahu menggunakan secara maksima maka anda boleh pertimbangkan cadangan kami ini.

Namun jika Khas KWSP ini mahu meneruskan kehidupan gunakannya dulu dan selesaikan masalah anda ini.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama