Rugi Sertai Program Shopee Free Shipping Dan Cash Back - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Rugi Sertai Program Shopee Free Shipping Dan Cash Back

Salah satu sebab saya mengambil keputusan ini ialah margin untung saya semakin lama semakin kecil.

Rugi Sertai Program Shopee  FRee Shipping Dan Cash Back


Shoppermaniac mengambil keputusan untuk keluar dari Free Shipping RM15 Shopee untuk sebahagian eksperimen hendak  melihat kesannya. Apakah impak terbesar Shoppermaniac akan alami jika keluar dari Free Shipping RM15 Shopee.

Salah satu sebab saya mengambil keputusan ini ialah margin untung saya semakin lama semakin kecil. Terutama dari dropship sebagai contoh Save Value dahulu berikan margin untung hingga 20% tetapi sejak kebelakangan ini semua produk baru mereka dalam anggaran margin untung 16% sahaja.

Ini amat tidak berbaloi untuk saya kerana dengan Free Shipping kena bayar 5%, Transcation Fee 2% dan semua produk saya kasi 2% voucher maka total hilang margin ialah 9% dan baki keuntungan hanya 7 % sahaja.

Dengan keuntungan hanya 7% rasanya macam tak berbaloi ler. Sekurang-kurangnya mesti atas 10% barulah berbalpi. Oleh itu dengan memansuhkan Free Shipping RM15 maka margin keuntungan saya akan meningkat kepada 12% jika margin untung bersih saya 16% !!!

Kedua kos program Shopee saya boleh gunakan untuk membuat diskaun yang lebih baik kepada produk dan boleh bersaing dengan lebih mampan di dunia Shopee ini. Semua pihak tahu, persaingan harga di Shopee memang cukup terik.

Cuma di marketplace sahaja harga barangan yang turun selain daripada itu semua harga naik mencanak hingga 200%. Hebatkan Shopee ...



KEPUTUSAN YANG BIJAK  ( updated 2023) 

Rugi Sertai Program Shopee  Free Shipping Dan Cash Back


Keputusan Shoppermaniac keluar dari program Shopee adalaj keputusan yang tepat dan secara keseluruhan ia tidak memberi impak negatif pada keseuruhan jualan kami 

Malah saya boleh katakan, Shopppermaniac Shopee tetap bekembang dan menjana sales yang konsisten dan meningkat.


Selain itu juga peningkatan Commission Fee dari 2.12 ke 4,24% mengikut produk tertentu akan menambahkan stress pada seller Shopee yang masih kekal dengan Program Shopee ini . Tah-tah tiada untung langsung !!


Kenapa?

Rugi Sertai Program Shopee  Free Shipping Dan Cash Back


Dengan hanya pembayaran tetap kepada Shopee iaitu Transcation dan Commission Fee sahaja dengan kadar tertinggi ( 6.36%) maka saya boleh menumpukan perhatian membuat "offer" kepada buyer .

Jika setiap produk saya mempunyai keuntungan 16% dan selepas di tolak 6.36% pembayaran tetap kepada Shopee.  Katakan saya mempunyai lebihan 10% untuk marketing.

Jika saya sertai Program Shopee adakah saya mampu  membuat marketing. Dan mampukah saya memberi harga yang kompetatif dengan menawarkan diskaun/voucher. Sudah tentu tidak  dan harga produk dropship saya tetap mahal !!!!



Di bawah ini adalah link bagaimana untuk OPT OUT Free Shipping RM15 dan juga RM40.


Bagaimana Cara Untuk Keluar Dari Program FREE SHIPPING RM15 SHOPEE

KLIK SINI : OPT OUT FREE SHIPPING RM15 /40

Jika anda pernah sertai Program FREE SHIPPING RM15 SHOPEE maka anda sudah sedia maklum akan kelebihan dan kelemahannya. JIka anda belum tahu lagi baca artikel ini 




Catat Ulasan