CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023 - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023

CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023

CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023

Updated 2023

Bagaimana CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023 pada 10 Januari 2023 ini.  Kecoh satu Malaysia dalam satu minggu mengenai kenaikan komisen fee Shopee pada tahun hadapan .


Dan terbaru pada Oct 2023 seller baru dahulunya akan dikenakan commission fee selepas menjual 100 produk kini ditukar kepada 120 hari sahaja.


Kecoh pun tak guna sebab ia tetap akan naik juga dan anda tidak boleh buat apa-apa pun. Sekali lagi saya mengulang perkara yang sama iaitu anda meminjam platform Shopee dan apa-apa perubahan yang berlaku di Shopee anda harus patuhi. 


Nasib baik hanya komisen fee sahaja naik tak termasuk Transacation fee. Kalau naik juga mahu berpeluh juga dropship-dropship di Malaysia.


Tetapi sebagai peniaga bisnes on line ini adalah perkara biasa yang harus kita hadapi dan paling penting bagaimana anda hendak menghadapinya terutama jika anda sebagai dropship dengan margin untung yang kecil sahaja.


Sebelum itu mari kita lihat perubahan Shopee Commission Fee 2023 berbanding 2022. Dan apakah perubahan yang dilakukan oleh Shopee.


PERBEZAAN KOMISEN FEE SHOPEE 2022/2023


Perubahannya sebelumnya ialah Commission Fee untuk seller baru akan dikenakan selepas mereka membuat jualan 100 produk.


Tetapi yang terbaru ialah Seller baru akan dikenakan bayaran Commission Fee sebaik sahaja mereka mula masukkan produk di Shopee selepas 120 hari 



Pada tahun 2022 Shopee Commission Fee adalah 2% dan jika termasuk 6% SST ialah 2.12% yang harus dibayar oleh Shopee Seller.

Pada tahun 2023 Shopee telah pecahkan komisen fee kepada beberapa kategori seperti gambar diatas. Lihat kategori detia cluster

Kenaikan dari 2.5% hingga 4% dan yang tertinggi terletak pada kategori fesyen dan lifestyle.


Bagaimana Bayaran Komisen Dikira?


Bayaran komisen akan dikenakan kepada harga produk anda, selepas semua Baucar Penjual dan Promosi Penghantaran Penjual ditolak. 



Sila rujuk contoh di bawah untuk penerangan terperinci tentang cara bayaran komisen dikenakan.


Senario:

  1. Produk Penjual Pilihan berharga RM100 selepas promosi diskaun sebanyak RM10 (harga asal RM110).
  2. Pembeli menebus Baucar Penjual bernilai RM30.


Bayaran komisen dikenakan SST sebanyak 6%.

CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023


⚠️ Catatan

Bayaran komisen yang dikenakan akan ditolak secara terus daripada hasil bayaran penjual.


Jadual berikut menunjukkan bagaimana komisen dikenakan kepada mekanisme promosi di Shopee:


CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023


Ini adalah pengiraan contoh Commission Fee pada tahun 2022 dan ianya sama sahaja pada tahun 2023 dimana anda kena ubah peratusannya mengikut kategori.



CARA HADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023 SEBAGAI DROPSHIP 

Saya membuat analisa berdasarkanmargin keuntungan saya sebagai dropship iaitu 16% agar senang untuk kita membuat pengiraan nanti . 


Jangan Sertai Program Shopee

CARA MENGHADAPI KENAIKAN COMMISSION FEE SHOPEE 2023

JIka anda sertai Program Shopee pada tahun 2023, saya cadangkan anda jangan ambil dan opt out sahaja.


Pada saya Program Shopee ini tidak banyak membantu kepada seller malah boleh membuat Shopee Seller rugi besar nanti.


Bayangkan anda mengambil RM15 Free Shipping + 10% Cashback maka anda akan dikenakan 7% dan kos wajib transaksi fee 2% dan terkini komisen fee 4%.


Maka anda kena bayar pada Shopee ialah 13% dan margin untung anda tinggal 3% sahaja.  Jika anda buat marketng seperti voucher dan diskon, past akan rugi !!!!!.


Saya telah lama opt out program Shopee dan saya gunakan lebihan wang itu kepada diskon dan baucer. Dan saya tetap jika berikan baucer 2% dan kos wajib transaksi fee 2% dan terkini komisen fee 4%. Maka margin untung saya ialah 8% dan saya masih boleh buat "offer" diskon kalau saya mahu.


Dalam kelas MasterClass Shopppermaniac saya kerap katakan jangan ambil program Shopee ini. Anda tidak layak jika anda sebagai dropship..



Jangan Salah Kategori 

Kesalahan memasukkan kategori produk boleh menyebabkan anda mengalami kerugian yang teruk.


Kerana caj Shopee Commision Fee berdasarkan kategori produk dan pastikan kategori produk anda adalah betul walaupun anda seorang dropship.


Maka kalau saya nak rendahkan Commission fee maka saya pilihlah kategori yang murah. Saya dah buat dahulu dan Shopee boleh kesan kalau anda menipu apatah  lagi kini kategori Shopee memainkan peranan penting untuk keuntungan mereka.


Bundalkan semua kepada 4% 

Ini adalah jalan selamat untuk anda membuat pengiraan commission fee jika anda mempunyai beribu produk dropship.


Dimana anda tidak mampu untuk membuat pengiraan setiap produk kerana anda pun tak kenal produk tersebut dalam kategori mana kan. Maka bundalkan sahaja paling tertinggi. Ianya lagi selamat.


Gunakan Shopee Kalkulator kami supaya anda tidak kerugian apabila membuat "offer"



KESIMPULAN 

Kenaikan Shopee Commission Fee ini bukanlah pertama kali. Ianya setiap tahun naik dan ianya perkara biasa.


Jangan panik dan ubah strategi perniagaan anda mengikut kehendak Shopee bukan kehendak anda...


Sedihkan.. saya dah kata jangan bergantung pada Shopee semata-mata...




Catat Ulasan