Patutkah sertai free shipping Shopee atau tidak?

Patutkah sertai free shipping Shopee atau tidak?

 Patutkah sertai free shipping Shopee atau tidak?

Patutkah sertai free shipping Shopee atau tidak?

Adakah berbaloi mengambil program Free Shipping RM15 atau RM40. Dimana melalui program ni anda akan ditolak 5% hingga 7% caj perkhidmatan dari harga jualan anda. Bukan sedikit jumlah yang ditolak dan ini belum dikira 2% caj transaksi oeh Shopee. Kalau untung anda bawah 9% maka anda berhadapan masalah kerugian yang konpem... Sebab itu saya kerap katakan, cari dropship melebihi 15% ke atas supaya anda tidak rugi. Shopee ni tidak dijangka dia punya perangai. Dalam setahun macam-macam dia ubah dan paling menakutkan kalau perubahan kenaikan kos ..... Namun anda tidak punyai hak untuk pertikaikan platform Shopee kerana anda hanya meminjam platform mereka untuk menjual produk anda. Berbalik pada topic Free Shipping Shopee. Adakah saya wajar sertai nya. Pendapat saya ialah Ya... Kerana ia merupakan salah satu marketing utama yang digunakan oleh semua seller Shopee. Dan seolah-olah satu kewajipan yang harus anda sertai dimana Shopee juga memberi Free Shipping voucher pada buyer. Dan buyer yang mempunyai Voucher Free Shipping pasti akan mencari produk yang memberi Free Shipping. Jika anda tidak sertai maka anda berpotensi kehilangan pelanggan yang berpotensi. Selain itu melalui pengamatan saya, jika anda sertai.semua kempen, program dan aktiviti Shopee maka kedai anda akan di bump kan oleh Shopee.. Kita kan hanya meminjam platform Shopee maka kena ikut rentaknya. ATAS SEBAB itu saya kerap katakan, anggap Shopee sebagai batu loncatan untuk anda pelajari selok belok sistem bisnis online. Jangan terlalu bergantung pada Shopee kerana setiap tahun ia akan buat perubahan. Kalau perubahan yang baik dan menguntungkan maka baguslah. Kalau perubahan yang meningkatkan kos maka sakit kepala anda dan anda tak mampu buat apa-apa pun.. Jangan pening dan terima perubahan Shopee.



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama