SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI DENGAN PERUBAHAN - BLOG SHOPPERMANIAC

SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI DENGAN PERUBAHAN

Dan kekuatan untuk anda terus bersaing dalam dunia yang kejam ini ialah anda harus adaptasi dengan perubahan ini

 SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN

Tahun demi tahun menjadi Shopee Seller semakin mencabar kerana terlalu banyak perubahan berlaku di dalam duni marketpalce ini samada dari perubahan di Shopee atau diluar platform Shopee sendiri.


Saya sendiri telah membuat banyak video berkaitan dengan perubahan marketplace dan perubahan diluar platform Shopee dan anda dapat melihat perubahan-perubahan ini kebanyakan membunuh ramai Shopee Seller .


Perubahan di Shopee pada tahun 2023 melibatkan peningkatan caj transaksi dan komisen, kekerapan perubahan Non SSL, peningkatan kedai Shopee kena banned terutama dropship dan pelbagai lagi.


Manakala di luar platform Shopee pula ialah baru-baru ini penutupan dropship CiCO, sistem pembayaran membership oleh Save Value, perubahan besar dalam AI teknologi dan Facebook Ads pula telah mematikan beberapa fungsi mereka.


Perubahan ini semua membuatkan ramai Shopee Seller banyak kecundang dan kami Shoppermaniac telah banyak membuat pelbagai perubahan untuk memastikan bisnis on line Shopee dropship terus kekal dan bersaing melalui video-video kami ini.


Apa yang dapat kami simpulkan dan kami juga telah beberapa kami ingatkan, bisnis on line ini adalah suatu bisnis yang dinamik dan fleksibel samada perkembangannya memberi kebaikan atau keburukannya pada peniaga on line terutama Shopee Seller.


Dan kekuatan untuk anda terus bersaing dalam dunia yang kejam ini ialah anda harus adaptasi dengan perubahan dan menggunakan setiap perubahan ini dengan menambahbaik sistem atau strategi anda.


Jika anda tidak menambahbaik sistem atau strategi anda maka anda akan kecundang dan untuk menambahbaik anda kena sentiasa menambahbaik ilmu anda dan juga sentiasa membuat eksperimen untuk melihat strategi yang anda gunakan itu berkesan atau tidak.


Dan saya jangkakan tahun demi tahun akan sentiasa berlaku perubahan dalam dunia bisnis on line ini dan adakah anda bersedia dari segi mental dan ilmu menghadapi perkara ini.

SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN


Sebagai contoh apabila berlaku kenaikan dalam caj-caj Shopee maka mahu tak mahu sebagai dropship anda tidak boleh mengambil Program Shopee jika mahu maintain keuntungan 10% keatas. Tetapi sebagai gantinya anda boleh memberikan baucer dan diskaun yang lebih murah berbanding program Shopee yang mengambil lebih dari 7% .

SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN


Peningkatan kedai Shopee kena banned dan penalti semakin meningkat terutama di dropship. Apa yang kami lakukan ialah fokus kepada tajuk produk dengan mengabaikan nama branding yang kerap kena penalti serta meminimumkan upload produk ke Shopee dari 20 ke 10 produk sehari. Dan semenjak 2 bulan ini kami tidak lagi menerima penalti dari Shopee.


SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN


Penutupan CICO yang merupakan salah satu dropship utama selain Save Value kami telah menyebabkan sales kami jatuh menjunam. Apa yang kami akan buat ialah memperkasakan produk listing kami dan memperketatkan mencari produk Winning dengan membuat analisa harga dan tajuk produk. Analisa ini masih lagi dibawah kajian kami.


Banyak lagi perubahan yang kami lakukan dan jika anda pembaca tetap You Tube Channel Shoppermaniac kami anda ketahui setiap perubahan yang kami lakukan.


Bagaimana kami adaptasikan setiap perubahan dalam bisnis on line ini kami sentiasa berpegang pada sistem kami iaitu sistem 5 Funnel Shopee kami dan funnel ini juga boleh di gunakan pada semua produk atau platform yang lain.


Funnel kami yang terdiri dari Funnel Produk Listing, Funnel Produk Winning, Funnel Marketing, Funnel Maintenance dan Funnel Advanced Sales merupakan funnel yang cukup kuat dalam mana-mana bisnis on line.


SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN


Apa yang kami lakukan semuanya mesti berkisar sekitar 5 funnel ini. Sebagai contoh apabila saya melihat caj perkhidmatan oleh Shopee semakin meningkat. Maka saya tahu bahawa program Shopee seperti Free Shipping dan sebagainya tidak boleh digunakan.


Dan Program Shopee ini terletak di dalam funnel Marketing dan saya tahu terdapat lagi 11 jenis marketing yang saya boleh gunakan selain bergantung pada Program Shopee seperti diskaun atau baucer. Malah jika saya gunakan bundle deal saya akan memperolehi keuntungan yang lagi baik.


Contoh yang lain ialah peningkatan banned dan penalti oleh Shopee, Maka saya tahu ia terletak di Funnel Produk Listing. Saya membuat kajian kenapa kerap kena banned dan penalti dan saya mendapati produk listing yang kerap menggunakan jenama produk tidak boleh dimasukkan ke dalam platform Shopee.


Maka saya ubahsuai produk listing supaya lebih mesra dengan Shopee.


Penutupan Cico maka saya tahu ia terletak di Funnel Produk Winning dimana melalui penutupan Cico saya menghadapi 2 masalah iaitu jumlah produk yang berkurangan di Kedai Shopee dan juga pengurangan produk Winning kami.


Apa yang saya boleh lakukan ialah menggunakan Produk Listing dan Produk Winning dalam mencari lebih banyak produk yang boleh jual dengan produk yang sedia ada.


Dan saya juga mempunyai pilihan dengan menggunakan Funnel Advanced Sales mencari dropship lain dan tambahkan produk di kedai Shopee saya. 


Kesimpulannya

SHOPEE SELLER SENTIASA KENA ADAPTASI  DENGAN PERUBAHAN dan apabila membuat sesuatu perubahan itu haruslah berdasarkan data dan strategi anda. 


Dan pada masa yang sama kami juga telah adaptasi dengan fokus apps dan AI untuk membantu peniaga bisnis on line.


Catat Ulasan