Kenapa kedai Shopee anda kena Banned dan Violation?

Persoalan yang sering ditanya oleh subcriber saya ialah kenapa Kedai Shopee mereka sering kena banned dan penalti violation.

Kenapa kedai Shopee anda kena Banned dan Violation?

Persoalan yang sering ditanya oleh subcriber saya ialah kenapa Kedai Shopee mereka sering kena banned dan penalti violation.

Saya sebenarnya ada membuat video berkenaan 2 jenis violation oleh Shopee pada dropship iaitu duplicate dan trademark. Manakala untuk Seller Shopee baru ialah selalu disalah faham sebagai spam. Kedai Shopee Shoppermaniac kami sejak tahun 2023 hingga kini tak lekang di kenakan penalti oleh Shopee dan penalti tertinggi ialah 4. Cuma kedai Shopee kami belum kena banned sahaja. Mungkin rekod kami sebelum ini agak baik dan baru tahun ini agak teruk. Mungkin kami seller Shopee yang lama, ada special kot..hehehehe. Tetapi kalau dibiarkan, kedai Shoppermaniac akan di banned jika kami tidak membuat tindakan pantas. Lalu kami pun membuat analisa dan kesemua ini bukanlah salah kami. Ianya berpunca dari salah dropship.kami atau kami terlupa pandang perkara ni. Untuk pengetahuan dropship Save Value atau Kumoten merupakan sebuah dropship yang popular dan beribu orang menjual produk yang sama dengan anda.
Oleh itu tajuk dan gambar yang dimasukkan ke kedai Shopee anda berpeluang dianggap scam kerana tajuk produk yang anda masukkan ini telah ada di dalam sistem Shopee dan apabila nasib anda tidak baik diketemu enjin carian atau algoritma Shopee maka anda akan dibannedkan.
Manakala lain-lain Seller pula ramai yang kecundang dengan kes trademark iaitu anda menggunakan jenama asli dan kebanyakkan dropship.suka meletakkan brand di depan tajuk produk dan selalunya produk anda akan dianggap violate trademark.
Cara untuk elak kena banned atau penalti ialah menukar tajuk produk sebelum masukkan ke dalam Shopee atau sebaik sahaja masuk ke Shopee anda update tajuk dengan segera.
Teknik ni kita panggil PRODUK LISTING FUNNEL iaitu anda mengemaskini tajuk, gambar, deskripsi dan attribute produk. Dalam hal ini ialah tajuk produk anda mesti diubah. Jika anda berminat untuk ketahui apa itu Produk Listing anda boleh dapatkan di sini:


Dan jika anda berminat untuk memahami teknik memulakan perniagaan di Shopee, maka anda wajib menonton video berdurasi 50 minit ini: 


Catat Ulasan