2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP

 

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP

Salah satu kelemahan terbesar dropship di Shopee ialah kekerapa anda dikenakan penalti oleh Shopee. Dahulu ia tidak sekerap ini tetapi sejak kebelakangan ini penalti yag diterima oleh Shopee Seller sudah menjadi normal.


Setiap QTR anda akan memperolehi 2 penalti minimum, itu adalah perkara biasa jika anda sebagai dropship yang memasukkan beratus produk ke kedai Shopee anda.



TERDAPAT 2 JENIS KEKERAPAN PENALTI OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP


Intellectual Property Rights (IPR).

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP

Trademark adalah kekerapan yang berlaku apabila syarikat dropship anda memasukkan tajuk produk dengan nama branding syarikat dan biasanya memang anda akan selalu kena.

Untuk atasinya ialah buang nama trademark tersebut sebelum publish ke kedai Shopee anda. Sebab tu dalam funnel Produk Listing anda harus melihat kembal tajuk yang diberikan oleh syarikat dropship adakah ia tidak melanggar hakcipta atau trademark,

Berkuatkuasa pada 27 September 2021, mata penalti akan dikenakan kepada penjual yang telah melanggar Intellectual Property Rights (IPR). Penalti yang dikenakan adalah untuk memastikan pengalaman pengguna yang terbaik di Shopee dan untuk meningkatkan kepatuhan pengguna terhadap Syarat Perkhidmatan Shopee.

Contoh pelanggaran umum adalah:

1. Pelanggaran Trademark: Penggunaan trademark, nama dagangan atau pakaian dagangan yang tidak dibenarkan di mana pihak lain mempunyai hak, atau unsur yang sama seperti trademark, nama dagang atau pakaian dagang seperti itu, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, bungkusannya atau senarai produk.


2. Pelanggaran Hak Cipta: Penggunaan isi kandungan yang dilindungi hak cipta tanpa izin, seperti gambar dan keterangan, berkaitan dengan produk yang disenaraikan, kemasannya atau penyenaraian produk.


Untuk mengelakkan daripada sebarang pelanggaran Intellectual Property Rights, penjual harus memastikan butiran listing mereka (termasuk tetapi tidak terhad kepada: gambar dan keterangan produk) adalah kandungan asli dan elak daripada menyalin atau menggunakan bahan pengguna lain.


3. Pelanggaran Reka Bentuk Industri: Penggunaan reka bentuk berdaftar yang tidak dibenarkan, atau reka bentuk yang hampir sama dengan reka bentuk berdaftar, berkaitan dengan produk yang disenaraikan.


4. Pelanggaran Paten: Penggunaan penemuan yang dipatenkan tanpa izin berhubung dengan produk yang disenaraikan.




Duplicate listing 

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP



Duplicate listing atau berulang sekiranya lebih daripada satu listing menampilkan produk yang tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Listing berulang adalah dilarang sama sekali dan akan dipadam.


Anda harus membuat satu listing sahaja untuk setiap produk. Sekiranya produk mempunyai atribut berbeza seperti warna atau saiz, anda harus meletakkan pilihan tersebut sebagai variasi di dalam listing yang sama.


Sebenarnya ia bukan salah anda tetapi ada produk yang hampir serupa seperti kes diatas menjual remote car oleh Save Value ini terdapat lebih kurang 13 produk pelbagai jenis branding syarikat dan tajuk pula hampir sama.


Dan ini boleh dianggap sebagai duplicate listing oleh Shopee


2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP
Tiga produk Save Value kena deleted oleh Shopee disebabkan duplicate listing.

Cara atasinya ialah ubah tajuk anda dan spesifikkan untuk produk mana. Bukannya mengguna tajuk yang sama dan akhirnya kena deleted. Ini boleh dilakukan semasa membuat produk listing.




Listing berulang merangkumi, tetapi tidak terhad kepada:



  1. Listing produk yang sama di bawah ID pengguna yang berbeza

2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP

Dilarang mempunyai listing yang sama di bawah 2 kedai yang berbeza.


Listing produk yang sama di bawah kategori yang berbeza


Pilih kategori yang paling sesuai untuk produk anda dan jangan masukkan ke dalam dua kategori.


Alat elektronik yang boleh dipakai seperti jam tangan pintar harus dikategorikan di bawah Telefon bimbit & Alat dan bukannya Jam Tangan .


2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP


Listing produk yang sama dengan hanya beberapa pengubahsuaian pada butiran listing (contohnya gambar, tajuk, keterangan, harga, variasi, dll.)2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP


IMPAK DARIPADA PELANGGARAN POLISI SHOPEE



2 JENIS PENALTI KERAP DIBERIKAN OLEH SHOPEE KEPADA DROPSHIP


Impaknya ialah anda akan kena penalti oleh Shopee dan setiap kesalahan dianggap satu. Dab beberapa kesalahan akan ditambah jumlah penalti.

Inilah masalah utama sebagai dropship di Shopee dan saya rasa semua pihak telah mengalami maslaah ini berbulan-bulan lamanya.

Ikuti teknik yang saya berikan dan potensi untuk kena penalti mungkin tiada. Mungkin...hehehehe.




Catat Ulasan