APA YANG BERLAKU JIKA ANDA KENA SHOPEE PENALTI - BLOG SHOPPERMANIAC

APA YANG BERLAKU JIKA ANDA KENA SHOPEE PENALTI

APA YANG BERLAKU JIKA ANDA KENA SHOPEE PENALTI

 




Salah satu pengalaman pahit menggunakan Shopee ialah anda kena penalti dan ia akan menyebabkan anda kehilangan sales yang tinggi.

Lihat pada gambarajah di atas dimana saya telah kena 4 penalti iaitu penalti yang terbesar setakat ini . 2 penalti ialah kesalahan produk dan 2 penalti lagi ialah kerana chat violation.

Sebenarnya untuk saya penalti oleh Shopee ini bukan penamat untuk anda. Sebelum itu mari kita fahami penalti oleh Shopeee ini.


Berapa lamakah penalti bertahan?


Keistimewaan penjual boleh ditarik buat sementara waktu sekiranya penjual menerima mata penalti dengan kerap.


Semakin tinggi jumlah mata penalti yang diterima, semakin kurang keistimewaan yang akan dinikmati oleh penjual.


Penjual yang dikenakan hukuman akan diberikan keistimewaan mereka semula selepas 28 hari sekiranya mereka mengambil langkah untuk memperbaiki prestasi dan mencapai sasaran.


Walau bagaimanapun, mata penalti yang diterima akan disimpan dalam rekod penjual sehingga suku tahunan berakhir. Mata penalti akan kembali kepada sifar pada permulaan suku tahunan baharu (Isnin pertama Januari, April, Julai, dan Oktober) agar semua penjual dapat memulakan rekod baharu.


Contoh 1: Penjual A memperoleh 3 Mata Penalti pada Minggu 3


  1. Penjual A diberikan 3 mata penalti pada Minggu 3
  2. Penjual tidak dibenarkan menyertai kempen pemasaran selama 28 hari
  3. Penjual mendapat keistimewaan semula pada Minggu 7


Contoh 2: Penjual B memperoleh 3 Mata Penalti pada Minggu 3, yang dikumpulkan sehingga 6 Mata Penalti pada Minggu 5


  1. Penjual B diberikan 3 mata penalti pada Minggu 3
  2. Penjual tidak dibenarkan menyertai kempen pemasaran selama 28 hari
  3. Penjual tidak meningkatkan prestasi dan menerima 6 mata penalti pada Minggu 5
  4. Penjual tidak dibenarkan menyertai kempen pemasaran, tidak akan menerima subsidi penghantaran, dan penyenaraian akan dinyahgalak (deboost) (sederhana) selama 28 hari
  5. Penjual mendapat keistimewaan semula pada Minggu 9


Contoh 3: Penjual C memperoleh 3 Mata Penalti 1 minggu sebelum suku baru bermula


Sekiranya penjual menerima mata penalti kurang daripada 4 minggu sebelum permulaan suku tahunan yang seterusnya, penalti mereka masih akan berlangsung selama 28 hari dan hanya akan berakhir dalam suku seterusnya. Walau bagaimanapun, mata penalti mereka masih akan ditetapkan semula kepada sifar pada permulaan suku baharu ini.




Apakah penalti yang boleh dikenakan?


Keistimewaan penjual akan ditangguhkan berdasarkan jadual di bawah jika penjual mengumpul sejumlah mata penalti yang tinggi:



Had penyenaraian sementara juga akan dikenakan di atas sebarang hukuman yang mempunyai sejumlah mata penalti yang besar terkumpul dari pelanggaran penyenaraian.


 

Pelanggaran penyenaraian Shopee dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu penyenaraian, palsu dan pelanggaran, serta spam. 

Senarai Terlarang Istilah yang dilarang menyenaraikan merujuk kepada penjualan produk yang tidak mematuhi dasar Pembeli

Palsu Ini merujuk kepada penjualan produk dengan jenama berdaftar atau tanda niaga tanpa kebenaran daripada pemilik jenama

Spam Ini merujuk kepada harga, sifat, dan kata kunci penyenaraian yang salah. Spam juga termasuk penyenaraian yang diduplikasi. 



Mana hendak lihat Mata Penalti di Shopee

Sistem mata penalti penjual di mulai untuk mendorong penjual mengekalkan standard perkhidmatan yang tinggi serta memastikan pengalaman membeli-belah yang hebat bagi pembeli. Kegagalan memenuhi sasaran prestasi minimum boleh menyebabkan mata penalti.


Untuk mengesan bidang penambahbaikan, anda boleh menyemak Penalti Saya di bawah halaman Kesihatan Akaun di Pusat Penjual. Anda juga boleh melihat mata ganjaran anda yang telah diterima dan penalti berterusan sekiranya ada.






Apa yang patut anda lakukan jika anda kena Shopee Penalti?

Anda boleh menangis dan putus asa kerana setiap bulan anda kena penalti dan malas hendak berniaga di Shopee.

Atau anda harus cari jalan bagaimana hendak maintain sales anda walau pun anda kena penalti oleh Shopee.

JIka anda lihat jika anda dikenakan penalti oleh Shopee apakah impak terbesar yang anda harus elakkan ialah masalah penyenaraian dimana jumlah produk anda akan dikurangkan dengan drastik oleh Shopee.

Dimana produk anda ditetapkan penyenaraian hingga 100 produk hingga 500 produk.

Namun saya bertanya pada anda, pernahkan anda mendapat penalti sehingga 15 point. Paling tinggi pun 2- 4 point sahaja untuk seller dropship seperti kita kan. Lalu apakah impak yang akan anda terima?

Jika anda terima sehingga 9 hingga15 point sememangnya anda ini bermasalah sangat ler..hehehehehe

Anda akan terima denda 28 hari tanpa boleh sertai kempen-kempen Shopee. Dan saya tanya soalan lagi , adakah anda selalu sertai kempen-kempen Shopee ini?

Lalu sekal lagi saya bertanya, apakah impak sebenar penalti Shopee untuk dropship seperti anda jika difikirkan secara logik.

Logiknya ialah trafik organik anda akan berkurangan, itu sahaja yang mampu dilakukan oleh Shopee.

Jika anda masih kekalkan Shopee Ads, anda masih mempunyai sales yang konsisten dan saya akui akan berlaku sedikit pengurangan sebab trafik organik anda akan menerima impak.

Oleh itu adakah anda patut risau dengan penalti Shopee. Untuk saya anda tidak patut risau apa-apa pun. Jalankan bisnis anda dengan tenang dan jangan terlalu tenang pula sehingga melanggar penyenaraian oleh Shopee. Itu salah anda sendri.


SAYA BUKTIKAN PENALTI TIDAK GANGGU SALES ANDA 



Jika anda lihat saya telah meneriman 4 point penalti iaitu penalti paling tertinggi pernah saya kena, Gara-gara saya terlepas pandang pada polisi Chat Violation Shopee.

Tarikh saya kena penalti ialah selama 28 hari dan saya ambil yang terbaru iaitu bermula 16/1 hingga 13/2/2023.

Sebelum ini saya tiada masalah kerana saya akan tampung masalah ini menggunakan Shopee Ads.

Untuk membuktikan bahawa penalti ini tidak menganggu sales saya walaupun dari keseluruhan jatuh. Saya telah mematikan Shopee Ads pada bulan Februari dan anda boleh lihat pada 1 Feb hingga 6 Feb saya langsung tidak membuat Shopee Ads.

Dan saya ingatkan, tujuan saya mematikan Shopee Ads ialah untuk melihat prestasi trafik organik saya, adakah mampu menjana sales walaupun saya kena penalti.




Dari data 30/1 hingga 5/2/2023 anda dapat melihat saya mampu menjana sales RM138 dalam 7 hari walaupun saya mematikan Shopee ads dan masih kena penalti.

Abaikan jumlah sales saya yang menurun. Tujuan saya ialah membuktikan bahawa jika anda kena Penalti Shopee, anda masih mendapat trafik organik dari Shopee.

Sebab itu dalam artikel atau You Tube Channel Shoppermaniac, salah satu cara untuk mengatasi masalah penalti ialah membuat Shopee Ads.




KESIMPULANNYA ialah sememangnya penalti Shopee akan memberi impak pada sales anda tetapi hanya pada trafik organik walau bagaimana pun ianya tidak sepenuhnya. Anda mampu membuat jualan tanpa Shopee Ads jika anda menerima penalti shopee..


Bagaimana saya mampu mendapat trafik organik walau pun kena penalti. Dapatkan Master Class kami yang memberi tunjuk ajar secara detailed membuat produk listing mengikut kehendak algoritma Shopee dan menjana sales dengan Trafik Organik.




Catat Ulasan