SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER

SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER

SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER

SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER

SAVE VALUE KINI MENGENAKAN BAYARAN UNTUK SELLER


Pada Gambar diatas ialah kadar bayaran yang dikenakan oleh Save Value untuk sesiapa yang mahu menyertai dropship Save Value.


Harga untuk 3 bulan ialah RM62.40 untuk ketiga-tiga marketplace Shopee, Lazada dan Tik Tok. Manakala jika anda ambil untuk 6 bulan ialah RM124.90 tetapi mendapat bonus untuk produk dekorasi serta boost.


Save Value kini telah menjadi seperti Kumoten yang mengenakan pembayaran untuk perkhidmatan dropship mereka. Maka yang tinggal kini hanyalah CICO sahaja yang menawarkan perkhidmatan percuma untuk dropship.


Pada dasarnya saya tidak setuju akan pembayaran ini, sama seperti apa yang saya katakan pada Kumoten ialah kami menjual produk anda. Anda masih dapat lagi keuntungan dan anda mahu lagi keuntungan dengan mengenakan caj perkhidmatan dropship anda.


Namun ini adalah hak Save Value dan jika anda tidak mahu guna perkhidmatan mereka makan anda boleh sahaja ubah kepada alternatif lain seperti CICO.


Kadang kala syarikat dropship ini tidak memahami kesukaran untuk kami menjual produk anda. Dimana persaingan yang hebat sesama sendiri menjual produk Save Value, ramai Seller Shopee terpaksa mengurangkan harga jualan agar dapat terus bersaing dan ini menyebabkan kadar keuntungan bersih jatuh mendadak.

Manakala Seller Shopee juga terpaksa melayan karenah caj Shopee yang semakin meningkat hingga 7% . Ini semua beban yang Seller Shopee kena hadapi.

Belum lagi kos Shopee Ads yang harus digunakan untuk mendapatkan jualan.

Akhirnya kadar keuntungan bersih ialah 10% sahaja jika anda bernasib baik.


Apabila Save Value mengenakan bayaran RM62.40 setiap 3 bulan ini bermakna setiap bulan secara purata ialah RM20, pihak Seller Shopee harus asingkan untuk membayar pada Save Value.


Ini bermakna untuk asingkan RM20 untuk Save Value. Anda terpaksa menjual minimum RM200 jika kadar margin untung anda 10% sahaja selepas ditolak semua marketing kos dan caj Shopee.


Untuk Seller Shopee yang baru, untuk mendapatkan sales RM200 sebulan belum tentu tercapai dan mahu tak mahu anda terpaksa mengeluarkan modal dahulu sehingga anda berjaya mencapai sales yang baik dalam masa 6 bulan. 


Kesimpulannya untuk Seller Shopee anda akan mengalami margin untung yang kurang dimana anda harus asingkan untuk Save Value.


Namun sekali lagi, untuk pendapat saya, Save Value masih merupakan salah satu dropship terbaik dan anda mampu membuat jualan kerana produk yang diberikan pada adalah baru setiap minggu. 


Maka potensi setiap seller Shopee untuk menjual produk melalui Shopee adalah lebih luas dan adil. 



Apakah perubahan lain yang dbuat oleh Save Value; KLIK SINI



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama