Untuk pengetahuan pada 6/5/2023, saya akan melancong ke Korea, Jeju bersama isteri selama seminggu. Dan selama seminggu kami akan meninggalkan dunia bisnis online ini dan menumpukan pada percutian kami ini.
Namun adakah saya harus sunyi sepi sahaja tanpa membuat posting dan bagaimana saya hendak membuat posting dan pada masa yang sama saya tengah bercuti. Mahu mengamuk isteri saya nanti..hehehehehe.
Mahu tak mahu saya terpaksa membuat jadual posting. Saya sebelum ini telah membuat artikel bagaimana saya menguruskan kesemua media sosial saya dengan membuat jadual posting - KLIK SINI
Disini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana saya membuat jadual posting setiap media sosial saya samada saya menggunakan aplikasi pihak ketiga atau dari platform media sosial tersebut.
Saya membuat jadual post You Tube Shopppermaniac "long content" yang telah disiapkan lebih awal.
Sudah tentu anda mempunyai soalan pada saya iaitu dari mana saya perolehi idea untuk membuat konten-konten yang lebih awal.
Sebagaimana anda ketahui Shoppermaniac telah ujud semenjak 2 tahun yang lalu dan sudah tentu ia mempunyai konten serta gambar yang banyak.
Saya ambil gambar serta konten tersebut ke Podcast, Facebook, Instagram, Twitter, My Goggle Business, Linkeden dan sebagainya.
Cuma masalah ialah konten untuk blog. Saya perlu mencari konten yang segar untuk blog dan kemudian artikel tersebut saya akan jadikan video You Tube "long content" atau "Short".