PROGRAM SHOPEE BERBALOI TAK UNTUK SELLER SHOPEE? - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

PROGRAM SHOPEE BERBALOI TAK UNTUK SELLER SHOPEE?

PROGRAM SHOPEE BERBALOI TAK UNTUK SELLER SHOPEE?
PROGRAM SHOPEE BERBALOI TAK?

 

Program Shopee adalah satu program yang dijalankan oleh Shopee dimana anda boleh memberi Free Shipping RM15/ RM40 dan 10% cashback dan tetbaru rebat program.

Namun ada harga yang terpaksa anda bayar iaitu service caj setiap program yang anda ambil setiap jualan yang dilakukan.
Paling tinggi ialah RM15 dan 10% cashback dimana anda kena bayar 7.42% setiap jualan belum lagi termasuk pembayaran wajib transcation fee.
Namun Shopee kata ianya satu pelaburan terbaik dimana ia kan menarik perhatian buyer untuk membeli produk anda jika anda memberi free shipping dan sekaligus 10% cashback.
Malah Shopee ada kata, pendedahan yang lebih akan diberikan pada kedai Shopee yang sertai program Shopee ini.

Saya sudah lama tak sertai program Shopee ni kerana sebagai dropship yang mempunyai margin untung yang kecil adalah tak relevan untuk saya sertai dengan margin untung hanya 16% sahaja.
Namun baru-baru ini saya telah membuka sebuah kedai Shopee baru iaitu Homemaniac dan untuk pengetahuan ianya merupakan kedai Shopee recycle atau lama yang saya tinggalkan.
Di kedai Shopee Homemaniac ini memang sudah tersedia Program Shopee iaitu RM15 Free Shipping dan 10% Cashback. Saya hendak membuat eksperimen dimana saya kekalkan program Shopee ini dan tidak membuat Shopee Ads.
Selama 5 bulan saya tinggalkan kedai ini dan hasilnya saya mendapat 2 jualan sahaja dan view saya memang teruk iaitu 2- 10 orang seminggu.
Nak buat Shopee Ads memang tak boleh sebab margin untung dah kena kaut dengan program Shopee. Potensi rugi memang cukup besar sekali kalau buat Shopee Ads.
Ini bermakna Program Shopee ini tidak memberi apa-apa kelebihan pada seller. Dan pada pendapat saya kos 7.42% itu adalah lebih diguna untuk buat diskaun atau baucer.
Anda dapat kurangkan harga dan melalui philological pengguna dan pengalaman saya. Perkara pertama yang mereka lihat ialah harga dan kemudian baru mereka lihat Free Shipping atau free gift.
Saya dah buang program Shopee tersebut dan akan lihat apa yang berlaku. Mungkin saya akan ubahsuai mengikut startegi asal kedai Shopee Shoppermaniac saya yang jana RM3000 sebulan itu.
Saya suka buat eksperimen dan melalui data Program Shopee tak membantu sangat dalam jualan. That fakta bro.




Catat Ulasan