PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP

PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP ( JIKA MARGIN UNTUNG BAWAH 30%)

PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP ( JIKA MARGIN UNTUNG BAWAH 30%)

Ramai yang bertanya pada saya, adakah sesuai sebagai dropship untuk mengambil Program Shopee  yang mempunyai pelbagai pilihan kepada seller Shopee. 

Saya tak mahu menerangkan jenis-jenis Program Shopee yang ada dan jika anda mahu tahu jenis Program Shopee anda boleh tonton di You Tube Video saya yang terdahulu.

Dimana dengan setiap pengambilan Program Shopee ini anda akan dikenakan caj dari 4%  hingga 7%. Ini bermaksud anda harus bersiap sedia menolak peratusan untung anda untuk diberikan kepada Shopee jika anda mengambil Program ini.

Ini belum lagi caj wajib yang terpaksa anda bayar iaiatu transaction dan commision fee dengan total 4%.

PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP ( JIKA MARGIN UNTUNG BAWAH 30%)
PROGRAM SHOPEE MERUGIKAN SELLER DROPSHIP ( JIKA MARGIN UNTUNG BAWAH 30%)


Katakan anda mengambil program Shopee dengan caj 7% dan dicampur dengan caj wajib, total pembayaran anda kepada Shopee ialah 11% ( belum di campur dengan SST). 

Anda awal-awal  kena tolak 11% dari margin untung anda kepada Shopee.

Maka wajarkah anda mengambil Program Shopee ini hingga sanggup mengorbankan margin keuntungan anda.

Sebelum itu kita lihat apakah kebaikan Porgram Shopee ini khususnya Free Shipping Program.

Apakah kebaikan Program Shopee ini:

Semakin banyak penjual yang menjual barang di Shopee, semakin tinggi persaingan kedai atau produk anda di pasaran. Pembeli masa kini sangat bijak dalam membeli dan memilih produk di atas talian. 

Mereka inginkan sesuatu yang memberi manfaat dan kelebihan bukan sahaja dari segi kualiti, dan harga, tetapi juga nilai tambah yang berbeza dan unik, dan ianya berani diberikan penjual kepada pembeli. 

Anda dikenakan zero kos untuk mendaftar (percuma)

Anda dan pelanggan tidak perlu menganggung kos penghantaran

Anda boleh drop barang di mana-mana cawangan kurier yang anda mahukan

Anda tidak perlu menunggu giliran, beratur dan mengambil nombor di kaunter pejabat pos. Sebaliknya anda boleh terus ke kaunter serahan barang (express counter).

Diatas ini adalah sebahagian daripada kelebihan jika anda menyertai Program Free Shipping Shopee.


Patutkah Saya Sertai Program Shopee?

Saya akui dan saya galakkan anda untuk sertai Program Shopee ini dimana lelebihan anda sertai program ini ialah anda sebagai penjual berbanding dengan penjual lain di Shopee akan lebih menonjol. Yalah, pembeli dapat membeli barangan anda dengan dengan kos shipping percuma!!!

Malah pihak Shopee akan tempelkan badge program ini semua produk anda. Keyakinan pembeli untuk mendapatkan harga yang lebih murah di kedai anda.

Anda boleh baca kelebihan -kelebihan jika sertai program ini. Namun sebagai seller dropship saya tak galakkan anda join program ini jika anda adalah dropshiping sebab sebaik sahaja anda sertai program ini anda akan dikenakan bayaran perkhidmatan.

Kenapa Seller Shopee Dropship Tidak DiGalakkan?

Sebelum saya membuat kenyataan ini, saya ingin katakan bukan semua dropship tidak boleh menyertai program Shopee ini.

Tetapi ada syaratnya dimana syarat yang paling utama dan ini satu-satunya syarat yang perlu anda ikuti ialah jika margin untung anda bawah 30% jangan sertai mana-mana Program Shopee.

Ini adalah standard saya bila menjalankan bisnis on line di Shopee jika margin untung saya bawah 30%, saya tidak akan mengguna Program Shopee walaupun Program Shopee yang menolak serendah 4%,

Tapi terpulang pada pendapat masing-masing kerana anda boleh setuju atau tidak setuju akan penyataan ini.

Tapi saya mempunyai alasan saya sendiri dan alasannya ialah :

Kenapa Margin Untung Bawah 30% Tidak Digalakkan?

1. Memastikan harga yang kompetatif

Di Shopee harga memainkan peranan yang penting Siapa jual paling murah mereka akan memenangi persaingan ini. 

Dan sebagai Dropship sekali lagi saya katakan, bukan anda seorang sahaja yang menjual produk yang sama di Shopee tetapi beribu-ribu seller yang lain.
Maka persaingan harga amatlah tinggi!!!! 

Katakan anda mempunyai produk yang memberi margin untung 20% dan anda membuat analisa di Shopee dan anda mendapati pihak lawan anda menurunkan harga sehingga 10% dan anda mahu tak mahu kena turunkan sedikit atau menjual dengan harga yang sama. 

Tetapi anda tidak boleh turunkan harga sehingga 10% kerana anda telah mengambil program Shopee 7% / caj wajib 4% dan jika anda ikuti sehingga 10% maka anda akan kerugian!!

Anda tidak mempunyai margin untung yang besar untuk membuat permainan harga di Shopee. Maksimum anda boleh kurangkan harga ialah 9% tetapi anda menjual tiada untung. Margin untung anda hanyalah 9% sahaja!!!

Jika margin untung anda 30% maka anda mempunyai 19% margin keuntungan anda. Dan persaingan harga beberapa produk boleh dilakukan kerana margin anda agak besar.

2. Tiada budget untuk Shopee Ads

Shopee Ads merupakan salah satu metod yang digunakan oleh Seller Shopee untuk menjana trafik ke kedai mereka.

Dan pembayaran Shopee Ads ialah perklik dan setiap klik anda harus membuat pembayaran. 

Katakan produk yang anda jual buat Shopee Ads dengan margin untung hanyalah 9% sahaja. Anda boleh membuat Shopee Ads tetapi mengubah jumlah Bid kepada lebih kecil.

Bid yang kecil bermakna potensi produk anda untuk bersaing amatlah rendah. Anda terpaksa membuat bid yang rendah kerana margin untung anda rendah.

Dan kadangkala anda tidak mampu membuat Shopee Ads kerana margin untung anda yang terlalu rendah akibat Program Shopee dan produk anda produk murah bawah RM2 dan jika diklik 4 kali oleh buyer dan tiada pembelian anda akan kerugian.

Jika margin untung anda 30% maka anda mempunyai 19% margin keuntungan anda. Maka anda boleh membuat bid dengan harga yang tinggi.

3. Tiada budget untuk sertai kempen atau voucher.

Dengan kadar margin 9% potensi anda untuk sertai kempen-kempen Shopee agak mustahil terutama kempen-kempen yang memerlukan anda membuat potongan harga sehingga 10% ( Pay Day Sale) 

Tetapi dengan margin untung 30%, anda masih mampu membuat kempen-kempen di Shopee atau sertai kempen-kempen Shopee.

Kesimpulan
Saya berikan 3 sebab kenapa dropship yang mempunyai margin untung bawah 30% tidak digalakkan sertai Program Shopee.

Di Shopee jika anda kata margin keuntungan itu hanya digunakan untuk mengurangkan harga maka telahan anda salah.

Margin untung anda terpaksa dibahagi kepada beberapa bahagian seperti Program Shopee, Caj wajib Shopee, Shopee Ads, voucher tambahan dan beberapa perkara lain.

Jika margin untung anda rendah mampuah anda membuat marketing yang efisien di Shopee,?

Dapatkan Shopee Calculation untuk mengira keuntungan bersih anda. Anda memerlukan calculator khas untuk memastikan anda tidak rugi dengan menolok kos-kos di Shopee.

Catat Ulasan