Cabaran sebagai bisnis online pada masa kini amat mencabar terutama pada tahun 2025.
Perkembangan teknologi yang pesat berkembang membuat anda tidak menang tangan mempelajari ilmu-ilmu baru ini.
Ini tidak termasuk keringat dan masa yang harus anda korbankan untuk berjaya dalam bidang bisnis online ini.
Dan paling penting kesabaran yang tinggi kerana bisnis on line adalah satu perjalanan yang jauh bukannya 2 atau 3 bulan tetapi makan tahun.
Apakah yang anda patut buat jika mahu memulakan bisnis online pada tahun 2022.
Pada pendapat saya, memulakan bisnis on line bukan semua orang mempunyai bakat dalam bidang ini.
Anda harus menguji diri anda tetapi pada masa yang sama tidak mengeluarkan modal yang terlalu banyak.
Yalah, anda sedang berekperimen dengan diri anda takkan mahu melaburkan wang yang terlalu banyak tetapi mesti ada modal sedikit. Nak berniaga tapi semua nak free. Mana ada.
MARKETPLACE
Atas sebab itu saya menggalakkan anda sertai marketplace dan saya suka Shopee dan produk adalah dropship.
Marketplace seperti Shopee adalah sebuah platform ECommerce yang boleh anda pelajari teknik terkini.
Yang paling penting bagaimana anda berurusan dengan pelanggan serta bagaimana mengatasi pihak saingan menjual produk yang sama.
Di marketplace adalah sebuah zon perang harga dan zon produk yang sama dijual oleh beribu seller.
Disinilah anda akan mengasah ilmu bisnis online anda dan pada masa ini, adalah titik tolak hidup atau mati impian anda.
Katakan anda telah berjaya membuat jualan yang konsisten di Shopee atau marketplace yang lain.
CARI PRODUK HIGH PRICE
Tiba masanya anda memasukkan produk anda sendiri atau mencari produk winning yang memberi margin untung yang cukup tinggi.
Ini kerana anda akan mengembangkan bisnis anda dan mengelakkan pergantungan pada platform Shopee.
Buat masa sekarang anda sudah mempunyai produk sendiri dan menjual di Shopee.
IKLAN BERBAYAR
Tetapi anda sudah mula beralih mencari trafik ke kedai Shopee anda menggunakan platform luar dari Shopee.
Anda sudah mula mempelajari teknik membuat iklan berbayar menggunakan Facebook Ads, Google Ads dan sebagainya.
Jika anda promosi produk di Shopee anda akan menggunakan FB CPAS Shopee dimana anda akan membuat iklan katalog. Ini satu lagi ilmu yang akan anda kuasai apabila anda mempunyai website anda sendiri pada masa akan datang.
Dengan produk sendiri atau produk yang mempunyai keuntungan margin yang tinggi.
Anda mampu untuk membuat iklan berbayar. Kenapa anda mesti mempelajari iklan berbayar walaupun Shopee telah menyediakan 5 juta buyer untuk anda.
Ini akan saya terangkan logiknyanya nanti.
MEMBUAT WEBSITE
Sesudah anda memahami bagaimana menggunakan salah satu atau lebih dari satu Iklan berbayar maka anda akan mula mempelajari membuat website/blogging/Ecommerce.
Jika anda lihat tatakerja saya ialah memberi tunjuk ajar menggunakan blogspot kerana ianya percuma dan murah . Tapi boleh sahaja anda menggunakan wordpress atau Shopify jika anda mahu. Semuanya terpulang pada anda.
Dari situ anda akan mula menjual produk Shopee anda menggunakan website. Tidak kira samada link ke kedai Shopee anda atau menjual melalui sistem gateaway payment menggunakan Toyyibpay atau Billpay.
Anda akan mempelajari gateaway payment, atau lebih advance mengguna Woo-Ecommerce jika mengguna wordpress dan sistemnya seakan-akan Shopee.
APA YANG AKAN TERJADI
Anda akan mula beransur-ansur fokus ke website anda samada membuat ECOMMERCE dengan menjadi dropship di Ali Express atau membuat landing pages menjual spesifik produk atau mula menjual produk anda sendiri.
Untuk memastikan trafik ada ke website anda maka anda akan membuat iklan berbayar. Anda sudah mempunyai pengalaman bagaimana menggunakan FB ADS maka ianya bukan masalah lagi.
Dan untuk memastikan produk anda terjual anda akan gunakan marketing seakan-akan sistem Shopee.
Jika anda mempunyai Website ECommerce dan menjadi dropship Ali Express anda kena mencari produk Winning yang laku keras di pasaran.
Malah pada ketika itu anda harus memilih samada hendak menjual di pasaran Malaysia atau US.
Dan pada masa yang sama anda akan membuat blog dan artikel untuk memastikan website anda berada di ranking pertama melalui kaedah SEO yang jitu.
KESIMPULAN
Teknik yang saya berikan ialah bermula di Shopee kemudian membuat iklan berbayar melalui FB ADS CPAS Shopee dan kemudian melalui website berbentuk blogging.
Usaha seterusnya ialah harus mengembangkan bisnis on line anda dengan membuat YOU TUBE CHANNEL atau sertai TIK TOK SHOP.
Dan perkembangan bisnis on line anda tidak terputus begitu sahaja. Ia akan berkembang dan saya sarankan jadikan website anda sebagai platform utama dan Shopee sebagai platform kedua.
