FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera Hari ini terdapat persoalan kepada saya adakah iklan Facebook ads sesuai digunakan untuk bisnes dropshipping.

Walaupun iklan Facebook menawarkan kemampuan penargetan yang luar biasa dan dapat mencapai jutaan pengguna aktif setiap hari, kos iklan boleh meningkat dengan cepat jika anda tidak berhati-hati. Ini boleh menjadi cabaran bagi perniagaan dengan margin keuntungan yang kecil kerana kos iklan yang tinggi boleh menjejaskan keuntungan produk anda.


Jika anda seorang dropshipping adalah sukar untuk anda membuat iklan Facebook ads kerana margin untung anda adalah rendah tetapi anda punyai beberapa cara untuk mengatasi masalah ini dengan membuat iklan Facebook ads.


Cara buat facebook ads ini adalah yang terbaik dan termurah melalui beberapa eksperimen yang kami jalan kan.


CARA MEMBUAT IKLAN FB ADS MURAH.


FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

IKLAN BERBENTUK COROSEL


Iklan anda haruslah berbentuk corousell di mana anda memasukkan10 jenis iklan di dalam satu iklan untuk mengurangkan kadar kerugian disebabkan atas margin yang rendah ini.


Anda memberi pilihan meningkatkan jualan di kedai Shopee anda dengan pelbagai produk pilihan. Inilah adalah kebiasaan yang digunakan oleh kami jika membuat iklan di FB Ads.



PRODUK LEBIH MAHAL

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

Kedua anda harus memilih produk yang mempunyai harga yang lebih tinggi dan margin keuntungan melebihi 27 peratus di mana pada pandangan saya ianya boleh dilakukan untuk membuat Facebook ads. Inilah cara promote barang di fb atau syarat iklan fb ads.

Inilah kekangan yang sering dihadapi oleh dropship apabila ingin membuat produk iklan iaitu margin untung tidak berbaloi. 



TARGETTING AUDIEN YANG SPESIFIK

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?


Berikut adalah beberapa kunci yang saya gunakan untuk mendapatkan hasil positif yang anda inginkan dengan iklan Fcebook Ads:

1. Jadilah sangat spesifik dalam menentukan audiens target dan iklan anda. Iklan anda sebaiknya seperti anda berbicara dengan seorang kawan yang telah anda kenal lama. Jadilah personal dan menjadi sangat khusus.

2. Jangan cuba untuk menjual produk anda atau meminta mereka membeli produk anda dalam iklan. Ini adalah cara pasti untuk gagal. Iklan anda seharusnya menarik dan bernilai bagi mereka. Konten yang hebat berfungsi paling baik di sini.

3. Konten berkualiti selalu menang! Pastikan konten anda autentik, relevan, menarik, memikat, dan tentu saja tidak mengganggu. Hindari tajuk klik palsu!

Dengan targeting yang spesifik, anda dapat memaksimumkan "Warm Audien" dengan lebih banyak berbanding dengan "Cool Audien*



LEAD MAGNET 

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

Lead  Magnet ialah istilah pemasaran untuk item atau perkhidmatan percuma yang diberikan untuk tujuan mengumpul butiran anda melalui Email marketing and Phone Marketing 


Caranya ialah setiap kali mereka klik, hantarkan mereka ke halaman landing yang yang sepadan dengan konten dan gambar iklan anda, dengan tawaran bernilai percuma. 

Mereka yang berminat tetapi belum membuat keputusan, pastikan anda mempunyai lead magnet (opt-in) di setiap halaman landing iklan unik ini dan bersambung ke CRM (pengurusan e-mel).

95% orang tidak bersedia untuk membeli apabila mereka melawat laman web anda. Matlamat anda daripada iklan adalah memberikan nilai yang mencukupi sebagai pertukaran bagi maklumat hubungan mereka, supaya anda boleh meneruskan perbualan sehingga mereka bersedia untuk membeli.

Dengan cara ini anda tidak rugi walaupun tiada pembelian tetapi dapat mengumpul data yang untuk membuat targetting yang lebih baik serta menghantar rantaian email untuk menyakinkan pelanggan anda.




Cross Sell / Up Sell

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

Cross Sell  ialah proses menggalakkan pelanggan membeli produk atau perkhidmatan sebagai tambahan kepada item asal yang mereka ingin beli. Selalunya item jualan silang saling melengkapi antara satu sama lain, jadi pelanggan mempunyai lebih banyak sebab untuk membeli kedua-duanya.

Upselling ialah amalan menggalakkan pelanggan untuk membeli produk yang setanding dengan produk yang lebih tinggi daripada yang dipersoalkan, manakala jualan silang menjemput pelanggan untuk membeli barangan berkaitan atau pelengkap.

Berikut adalah tiga contoh yang menunjukkan potensi untuk mendapatkan wang daripada penjualan item berharga rendah menggunakan iklan Facebook:

Contoh 1: Aksesori telefon: Sebuah peniaga yang menjual "case" telefon berharga rendah dan pada masa yang sama menjual pengecas, dan pelindung skrin.
Pengecas telepon dan pelindung screen adalah saling melengkapi antara satu sama lain, jadi pelanggan mempunyai lebih banyak sebab untuk membeli kedua-duanya. Ini adalah cross sell.

Upsell biasanya melibatkan  penjualan kursus dimana jika anda mengambil kursus ini berharga RM100 tetapi jika anda tambah lagi RM50 anda akan memporelehi bonus tambahan kursus lain dan selanjutnya. 



Bundle Deal 

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

Adalah satu lagi bentuk pemasaran yang sering anda lupakan. Jika anda menjual produk yang murah,  anda boleh berikan potongan harga yang baik dengan menggalakkan pelanggan anda daripada membeli satu produk sahaja kepada 3 produk dengan potongan harga 3%.

Dari Shopee Calculator kami anda dapat lihat dengan jelas. Jika saya menjual 1 keping sahaja, saya mendapat margin untung bersih RM4.10 tetapi jika saya menjual secara Bundle maka saya boleh mendapat untung bersih yang lebih baik walaupun saya memberikan diskaun yang lebih tinggi.

Oleh itu semasa membuat Facebook Ads, pastikan anda memberi varian bundle deal pada produk anda terutama produk yang kecil dan jika dimasukkan 3 keping. Kos penghantaran masih sama dengan harga penghantaran satu keping produk.



Mengguna Platform Iklan Lain

FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?

Selain daripada iklan Facebook, terdapat juga platform iklan lain yang mungkin lebih sesuai untuk produk dengan margin untung yang kecil. Misalnya, Google AdWords boleh menjadi alternatif yang baik kerana anda boleh menargetkan kata kunci tertentu dan hanya membayar apabila seseorang mengklik iklan anda.



KESIMPULAN FACEBOOK ADS TIDAK SESUAI UNTUK DROPSHIP?


Inilah kelemahan bila anda membuat pesanan secara dropshipping di mana agak sukar untuk membuat promosi iklan berbayar untuk setiap produk anda terutama untuk produk yang menang atau produk winning


Bisnes yang bergantung semata-mata kepada traffic organik masih lagi releven tetapi anda hars pertingkatkan teknik terbaru. Jika anda mempunyai kedai Shopee dan mahukan trafik organik secara maksimum, kami mempunyai 5 Funnel terbaik kami.


MASTERCLASS SHOPPERMANIAC

Walaupun anda boleh menjana trafik organik yang seperti saya katakan di Ebook Shopee Funnel Sales Meletup tetapi untuk anda maju lebih hadapan dan lebih pantas lebih sukar jika bergantung semata-mata pada trafik organik.


Saya juga ada menjelaskan dengan lengkap di Shopee Funnel Sales Meletup kami dengan menggunakan Funnel teknik advanced Sales kami.


Dimana langkah seterusnya anda harus menggunakan teknik di luar dari platform Shopee dan salah satunya Facebook Ads.


Ebook Funnel Sales Meletup kami adalah asas untuk anda menjana pendapatan secara organik daripada Funnel kami terutama dari Produk Listing, Produk Winning dan Marketing sudah tentu anda boleh gunakan untuk meluaskan lagi bisnes anda.



Tetapi sebagai dropshipping yang mempunyai margin keuntungan yang rendah, realiti untuk anda maju ke hadapan mahu tak mahu anda terpaksa mencari produk-produk dropshipping yang punya harga yang lebih tinggi dengan margin yang lebih tinggi untuk anda menjana pendapatan yang lebih baik serta membuat Facebook yang lebih berkualiti dan tahan lama.


Kesimpulannya bukan semua pemain-pemain dropshipping boleh membuat iklan berbayar terutama facebook ads tapi sebagai seorang pemain bisnes online anda harus mempelajari Facebook ads dengan dengan teliti kerana untuk mengembangkan lagi semangat bisnes online pada masa akan datang.


Saya kerap kali mengatakan setelah kedai Shopee anda konsisten, cari produk lain yang boleh menjana keuntungan berlipat ganda.


Pada masa ni, anda sudah mempunyai kemahiran yang tinggi memahami berniaga di marketplace dan langkah seterusnya ialah menjana lebih banyak pendapatan secara strategi.


cara buat fb ads murah,, 
macam mana nak buat fb ads, cara fb ads murah, cara buat fb ads yang berkesan, iklan fb ads murah,“cara membuat iklan fb ads murah

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama