Salam sejahtera, selain saya memberi TIPS SHOPEE, FB ADS , BLOG DI You Tube Channel Shoppermaniac saya. Saya juga ada membuat artikel atau konten di blog ini iaitu shopeefunnel.online.
shopeefunnel.online ini merupakan sebuah blog rasmi kami menjual produk EBOOK kami dan pada masa kini EBook yang dijual adalah Shopee Funnel Sales Meletup, Facebook Ads dan Blogging serta tambahan Shopee Kalkulator.
Dapatkan Kesemua Ebook Dengan Harga Pukal
Pada masa akan datang kami akan mengembangkan blog ini untuk membuat kursus atau Ebook seperti Canva, Google Ads, You Tube dan sebagainya melalui kolibrasi dengan beberapa pakar dalam bidang mereka.
Buat masa sekarang kami menumpukan kepada 3 produk utama kami seiring dengan tutorial kami di You Tube Channel kami.
Melalui tip artikel ini kami memberi penjelasan yang lebih lengkap dengan data yang lebih detail supaya anda lebih memahami setiap tutorial yang kami berikan.
Walau pun blog shopeefunnel.online ini menjual produk EBook kami tetapi anda diberikan pengetahuan secara percuma melalui artikel kami.
KENAPA KAMI MEMBUAT ARTIKEL DI shopeefunnel.online.
Sudah tentu kami ingin membuktikan bahawa setiap EBook kami ini bukanlah sebuah EBook picisan dimana kami membuktikan kekuatan EBook kami melalui eksperimen secara realiti dan terbukti melalui perjalanan yang panjang dan menarik menggunakan EBook Shopee Funne Sales Meletup kami.
Kami berjaya menjana 4 angka jualan di kedai Shopee ekesperiman kami Shoppermaniac dan ianya semakin meningkat.
Malah pada tahun yang akan mendatang ini kami merancang untuk mendapatkan RM3000 keatas dalam meneruskan eksperimen realiti kami di kedai Shopee Shopppermaniac ini.
Segalanya kami dokumentasikan di sini dan di You Tube Channel kami dan anda boleh membuat rujukan sejarah perjalanan kedai Shopee Shoppermaniac.
BUKTI FUNNEL SHOPEE KAMI BERJAYA
Ini merupakan salah satu teknik kami untuk mendapatkan kepercayaan anda dengan teknik pembelajaran kami. Dan testimoni secara "live" adalah lebih padu berbanding menyuruh orang lain membuat testimoni. Biar kami tunjukkan, itu lagi best dan power.
Selain itu kami juga ingin mendapatkan trafik organik ke blog ini. Kami kena akui bahawa kami adalah peniaga on line dan kami ingin memaksimakan penjualan EBook kami dengan membuat artikel dan sekaligus meningkatkan autoriti blog ini dikaca mata Google.
Apabila bercerita tentang blogging, pada tahun 2023 ini kami sedang membuat eksperimen mengunakan shoppermaniac,com sebuah website yang kami tubuhkan pada Januari 2020 untuk mendapatkan 15K pageview sebulan dalam masa 6 bulan.
Ini adalah salah satu inisiatif kami dalam membantu mereka yang berminat mempunyai website sendiri dan mendapatkan trafik secara organik.
Ini juga merupakan eksperimen secara realiti untuk membuktikan bahawa blog baru boleh mencapai pageview 15K sebulan.
Tetapi sudah tentu anda harus melalui syarat -syarat yang ketat dalam mencapai KPI ini dimana anda haraus mempunyai blog templates yang mesra SEO serta teknik menulis artikel yang kami pecahkan kepada 3 bahagian dan paling sukar sekali ialah membuat 200 post dalam masa 3 bulan.
DOKUMENTASI MELALUI ARTIKEL/YOU TUBE CHANNEL
Dan sekali lagi segalanya kami dokumentasikan di sini dan di You Tube Channel kami. Dan jika kami berjaya mendapatkan misi ini, kami akan membuat atau upgrade EBook kami dengan memasukkan langkah-langkah ini dengan lebih detail lagi.
Dan kami tidak berjanji setiap ekperimen ini akan berjaya, namanya pun eksperimen tetapi itulah cabaran dalam kehidupan bisnis online.
Tetapi yang pasti, jika ada dan pasti ada kegagalan setiap eksperimen, anda boleh jadikan sebagai pedoman dan tidak lakukan kesalahan seperti yang kami lakukan,
Jangan lepaskan peluang yang ada untuk menjana ilmu dari blog kami dan You Tube Channel kami.
Dimana kami berkongsi segalanya dan kelebihan kami ialah artikel atau You Tube kami adalah maklumat micro di mana kami kongsikan isu-isu terkini .
Sebagai contoh ialah isu terkini Shopee sedang aktif memadamkan produk Shopee yang melanggar polisi Shopee dan kedai Shoppermaniac telah terkena tempiasnya. Dan kami membuat arttikel kenapa dan bagaimana untuk mengelakkannya. Itulah maklumat mikro kami berikan pada anda dan itulah kekuatan kami.
KESAN PRODUK DI PADAM OLEH SHOPEE
Seperti yang saya katakan, artikel atau YouTube Channel kami ialah rancangan realiti. Apa sahaja isu terkini bekenaan Shopee, Blogging dan Fb Ads kami akan kongsikan pada anda.
Ramai yang telah mendapat ilmu dan mempraktiskannya dari artikel dan You Tube Channel kami ini dan EBook kami adalah ilmu premium untuk anda jika anda mahu kembangkan lagi ilmu Shopee, FB ADs dan blogging anda.
Selamat membaca dari team Shopeefunnel.online,