KAJIAN PENUH DAPATKAN 15K PAGEVIEW BLOG SHOPPERMANIAC

KAJIAN PENUH DAPATKAN 15K PAGEVIEW BLOG SHOPPERMANIAC

KAJIAN PENUH DAPATKAN 15K PAGEVIEW BLOG SHOPPERMANIAC

Saya telah updated data terkini perjalanan salah satu blog kami iaitu shoppermanic.com yang berjaya mencapai 15,000 pageview dan usaha setahun musnah begitu sahaja setelah Google kemas kini Google Helpful Content hinggalah kini.


Ini adalah sebuah artikel yang amat komprensif dan rugi jika anda tidak membacanya kerana ia melibat kajian selama setahun teknik blogging yang kami gunakan untuk mencapai 15K pageview.

Jangan skip membaca artikel ini dan anda dapat satu pemahaman yang jelas tentang blogging.


Table Of Content :
  • BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN ( Januari) 
  • BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN ( March) 
  • BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 6 BULAN ( June) 
  • SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022
  • TRAFIK SHOPPERMANIAC JATUH PADA NOVEMBER 2022 HINGGA KINI
  • APA YANG SAYA PELAJARI HINGGA SEPTEMBER 2023


BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN 

Salam sejahtera, berapakah pageview untuk sebuah blog yang baru berusia 1 bulan. Untuk pengetahuan, saya kini sedang membuat eksperimen mendapatkan 15000 pageview sebulan dengan menggunakan website kami iaitu Shoppermaniac.com.

BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN

Shoppermaniac telah ditubuhkan pada Januari 5 dan kini hampir sebulan kami membuat artikel dan memperbaiki SEO website ini. 

Pada masa sebulan ini apa yang telah kami lakukan:

1. Membuat konten pemahaman sebanyak 37  konten dalam bulan Januari 
2. Daftar di Google Analytic dan Google Search Console pada 16/1/2022
3. Daftar di Bing Webmaster pada 16/1/2022
4. Daftar di Facebook Pixel pada 16/1/2022
5. Daftar di Uber Suggest pada 16/1/2022
6. Setiap post kami membuat indexing menggunakan Google Search Console.


JUMLAH KONTEN BLOG BULAN JANUARI 


BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN

Saya telah membuat sebanyak 37 konten pemahaman dengan 1500 patah perkataan. Dan kami setiap hari paling kurang membuat 1 konten.


Target kami pada akhir bulan March kami harus mendapatkan 200 konten untuk memastikan mencapai 15000 pageview. Jika tidak agak sukar untuk mencapai target ini dan mungkin terpaksa dilanjutkan lagi.



Ini adalah cabaran terbesar kami dalam memastikan target 3 bulan ini tercapai.


Updated pada Oct 2023:
Pada tahun 2023 ini dengan hanya mengejar jumlah konten ia tidak memberikan impak yang banyak apabila Google mengetatkan algoritma Google Helpful Content serta EEAT mereka.

Pada tahun 2023 saya telah membuat 750 konten dan hanya 135 konten sahaja yang diindeks oleh Google dan selebihnya dianggap duplicate dan tidak berkualiti.

Namun sebagai blogger baru, anda digalakkan membuat konten seberapa banyak yang mungkin tetapi pastikan patuhi Google Helpful Content dan EEAT. Kalau tak baik jangan buat,


DAFTAR DI WEBMASTER ENJIN CARIAN 



BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN

Saya telah pun siap mendaftar pada semua webmaster dan juga beberapa aplikasi.

Tujuan saya mendaftarkan kesemua ini adalah untuk memeriksa data perkembangan website kami ini.


Namun dengan usia yang baru sebulan sudah tentu data yang kami mahukan tidak dapat ditunjukkan kerana sampel terlalu kecil.


Dalam masa satu bulan tiada apa yang dapat saya analisa. Semua data saya diambil pada 16 Januari kerana saya daftar kesemua ini pada 16 Januari lalu.

Agak terlambat kerana saya fokus SEO blog dan konten saya ketika itu.


MANUAL INDEXING KONTEN 


BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN



Untuk mempercepatkan indexing setiap konten, kami menggunakan Google Search Console - URL Inspection dan submit setiap artikel kami ke Google secara manual. 


Biasanya dalam masa 2 - 4 hari , konten anda telah di indeks oleh Google dalam enjin carian mereka.

BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN


Selain itu saya juga membuat indexing secara manual di Bing Webmaster tetapi bukan setiap hari tetapi seminggu sekali kerana di Bing Webmaster anda boleh submit secara  "bulk"


Manual indexing ini amat penting untuk blog baru kerana jika anda biarkan labah-labah untuk indeks anda maka sampai bersawang ler konten anda tidak akan di indeks kerana blog anda amat baru.


Apabila anda manual indexing tidak bermakna semua post anda akan di lonjakkan dalam enjin carian. Bukan semua post anda akan di tonjolkan dalam enjin carian.


LOADING TIME BLOG 


BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN

Loading time atau site speed kami masih baik, dalam anggaran 4.69 saat. 


Tapi anda kena ingat Google nak bawah dari 3 saat tetapi secara peribadi di bawah 5 saat untuk saya masih baik lagi apatah lagi jika saya menggunakan blogspot dimana kita mempunyai kekurangan dalam mengawal kelajuan blog kita.



BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN 





Ini yang kita nanti-nantikan.

Pada dasarnya apabila anda membandingkan kesemua data yang diambil, akan ujud perbezaan diantara semua aplikasi ini tetapi anda boleh membuat anggaran melalui pemantauan harian anda pageview blog anda.

Melalui data yang diberikan pageview sehari untuk blog yang baru berusia sebulan adalah 31 - 43 pageview dengan dengan 37 konten pemahaman


Dan jumlah ini amat terlalu kecil dan jika anda sebagai orang baru akan merasa letih kerana dengan 37 konten anda hanya mendapat maksima 43 pageview sehari.


POSISI KEYWORDS




Konten bukan sahaja pengukur utama peningkatan blog anda tetapi anda harus melihat  dari segi posisi keyword anda, backlink anda serta pelbagai lagi seperti gambar di atas ini.


Pada contoh diatas kebanyakan keyword saya belum di ranking lagi dan sekali lagi saya tekankan ianya baru sebulan dan saya tidak jangkakan kenaikannya.


Dari segi backlink agak bagus dimana saya mempunyai 7 backlink dan satu no follow. 


ORGANIK TRAFIK YANG RENDAH 


Sudah tentu organik trafik blog ini rendah iaitu dalam 13% sahaja. . Kalau tinggi memang terperanjat monyet saya..hahaha.

Blog baru dijangkakan tiada atau ada sedikit trafik organik kerana konten yang ada masih tidak mencukupi untuk carian secara organik ke blog ini.


APA YANG PATUT SAYA BUAT?

MEMBUAT KONTEN YANG BERKUALITI

Saya masih kena teruskan membuat perkara yang sama seperti bulan lepas iaitu membuat konten setiap hari. Baru sebulan dan saya sudah terasa stress yang amat sangat kerana melakukan projek ini seorang diri amat meletihkan otak dan tenaga.

Kerana saya sendiri mempunyai blog ini yang harus diupdated  juga.


Namun ianya bukan alasan dan untuk membuktikan "Content is King" saya kena terus membuat konten pemahaman dan konten Utama untuk blog Shoppermaniac ini.


KEJAR ORGANIK TRAFIK ?

Saya tidak perlu mengejar organik trafik kerana dengan jumlah konten yang berkualiti serta kata kunci yang sesuai secara langsung akan membuat Enjin Carian fokus pada blog ini .

Pendek kata nak organik trafik saya kena pertingkatkan konten.


PERBAIKI SEO DI BLOG DAN KONTEN 

BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN


Ini adalah perkara yang amat penting yang harus saya kekalkan setiap kali membuat konten dengan memastikan ianya mengikuti teknik SEO yang sewajarnya.


Tidak berbaloi hanya dengan konten kualiti tetapi tiada penekanan SEO dalam setiap konten mahu pun blog anda.


Saya ada memberikan download percuma untuk SEO Checklist. Anda boleh gunakan checklist ini.


APA ITU SEO DAN BAGAIMANA IA BEKERJA UNTUK RATING BLOG ANDA



KESIMPULAN BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 1 BULAN 

Melalui data bulan Januari ini, anda dapat melihat pencapaian Shopppermaniac jauh lagi. Dimana anggaran maksimum 45 pageview sehari ke 500 pageview sehari telah mula menjenuhkan saya. Tapi itulah komitmen


Anda juga akan dibawa menganalisa blog Shoppermaniac kami setiap bulan untuk melihat perkembangan blog ini.


Anda sendiri dapat menilai untuk sebuah blog itu kukuh dan mempunyai autoriti ianya memerukan masa seiring dengan disiplin anda membuat konten di blog anda.


Sebab itu saya katakan blog memerlukan masa hingga 6 buan untuk di indeks sepenuhnya oleh Google dan anda kena bersabar dan pastikan anda patuhi SEO Google.



BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN


Perkembangan shoppermaniac.com dalam masa 3 bulan saya boleh katakan kami mencapai 80% sahaja  yang patut kami lakukan. Dan 20% yang gagal itu adalah syarat yang terpenting sekali.


Pada dasarnya, dalam rangka 3 bulan adalah fasa pertama yang amat penting. Dimana dalam fasa ini:



1. Mendapatkan 200 post konten pemahaman dan utama. - GAGAL 

PERKEMBANGAN shoppermanic.com DALAM 3 BULAN

Kami mampu membuat 93 artikel  pemahaman dan utama sahaja dalam masa 3 bulan dan ianya dalam anggaran hampir 50% sahaja. 


Masalahnya ialah masa dan dengan tenaga seoarang diri anda tidak mampu membuat 200 post dalam masa sebulan . Tetapi ini bukanlah alasan untuk mengatakan tidak mengapa. 


Kerana saya melihat rakan saya membuat 300 post dalam masa 3 bulan!!! Dan ianya melebihi target yang kita mahukan .


Ini semua soal disiplin dan sedikit masalah dalam pemasaan. Dan apabila berlaku perkara sedemikan maka tarikh akhir iaitu dalam bulan Jun mendapatkan 15K pageview terpaksa di lanjutkan lagi.



2. Jumlah keseluruhan pageview yang menurun - GAGAL

Walaupun pageview bulanan kami hampir mencecah 50% target 15K iaitu dalam anggaran 7K dan 6K di bulan Februari dan March . Tetapi jumlah pageview kami pada bulan March hilang 1K pageview.

Ini disebabkan jumlah artikel yang kami buat pada bulan March hanyalah 11 artikel sahaja dan adakah anda mengharapkan jumlah pageview yang mantap dengan jumlah artikel yang sedemikian .


Content is King telah membuktikan dengan data yang kami tunjukkan. Jumlah konten yang berkualiti memainkan peranan yang amat besar dalam memastikan trafik ke blog anda semakin berkembang dan yang penting dikenali oleh Google.



Kesimpulan PAGEVIEW BLOG BERUSIA 3 BULAN 

Jumlah konten memainkan peranan yang besar dalam mencapai kekuatan blog anda. Dan konten yang kita sering tekankan ialah konten pemahaman dan utama.

Sekali lagi saya katakan walaupun Content is King namun pastikan ia padat serta membantu manusia.



BERAPA PAGEVIEW BLOG BERUSIA 6 BULAN


Seperti yang kita ketahui target Shoppermaniac.com dalam masa 6 bulan ialah untuk mencapai 15K pageview sebulan dan setelah tamat bukan Jun ini kami gagal mencapai target yang kami mahukan.


Untuk pengetahuan Shoppermaniac.com telah ditubuhkan pada bulan Januari 2022 dan kini genap 6 bulan 


Ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan samada berpunca dari saya serta perkara yang tidak dapat dielakkan:


KENAPA SHOPPERMANIAC GAGAL MENCAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN:

1. Jumlah post yang kami target sehingga penhujung bulan March sepatutnya ialah 200 post. Tetapi hanya mampu membuat 100 post sahaja dan kebanyakan post ialah post produk.

2. Hari Raya dan Puasa mengurangkan perkembangan post di Shoppermaniac.

3. Tidak mempunyai niche yang spesifik dan sukar untuk mendapat ranking yang baik di kacamata Google.

4. Kesukaran mengguna blogspot berbanding wordpress. Dan tiada hosting membuat loading speed agak lambat .



ANALISA SHOPPERMANIAC.COM DATA JUN 2022


Peningkatan Trafik

Berdasarkan data yang saya ambil, shoppermaniac.com masih menunjukkan peningkatan yang ketara setiap bulan. Trafik yang meningkat setiap bulan walaupun agak lambat tetapi ada peningkatan.


PENCAPAIAN SHOPPERMANIAC SETELAH 6 BULAN ( Jun 2022)

Trafik jika saya ambil dari Blog stat menunjukkan peningkatan trafik yang konsisten setiap hari dari 350 pageview ke 400 pageview. Ianya semakin meningkat dan target kami ialah 500 pageview setiap hari.


Jumlah Post 

PENCAPAIAN SHOPPERMANIAC SETELAH 6 BULAN ( Jun 2022)

Jumlah post sehingga kini ialah 378 post iaitu post yang relevan dengan usia blog ini. Tetapi penambahan post ini yang tidak mengikut jadual awal menyebabkan post yang tersedia ada mungkin lambat di indeks oleh Google .

Tetapi lama kelamaan artikel / konten ini akan di indeks juga tetapi makan masa sebab tu bulan Jun untuk capai 15K saya gagal.




Google Core Update May 2022

Perubahan dalam Google Core Update May 2022 membantu peningkatan trafik shoppermaniac.com.

PENCAPAIAN SHOPPERMANIAC SETELAH 6 BULAN ( Jun 2022)

Jika dilihat data yang ditunjukkan di Googel Analytic, peningkatan trafik shoppermaniac.com bermula dengan perubahan Google Core pada May 2022 lalu seperti gambar diatas.

Ini berita baik pada shoppermaniac.com yang mendapat tempias yang baik dari perubahan ini. 



APA TINDAKAN SETERUSNYA UNTUK MENINGKATKAN TRAFIK



Kaji pageview tertinggi 

PENCAPAIAN SHOPPERMANIAC SETELAH 6 BULAN ( Jun 2022)

JIka dilihat pageview yang tertinggi ialah Kelebihan Nutrilite Bio C Plus All Day Formula ( Vitamin C) yang berada dalam ranking muka surat pertama  enjin carian Google.

Untuk lonjakkan pageview selain Bio C Plus seperti yang tertera di atas maka salah satu tindakan ialah perbaiki konten lama kami atau membuat konten yang lebih baik 


Saya menggunakan Uber Suggest untuk menganalisa blog saya dan dari segi keyword aplikasi ini ada membuat analisa yang baik untuk keyword saya.


PENCAPAIAN SHOPPERMANIAC SETELAH 6 BULAN ( Jun 2022)

Di atas adalah sumber data Uber Suggest berikan kepada saya untuk memperbaikit konten saya.


Konten related 

Membuat konten related atau beberapa konten ke konten utama atau dalam bahasa standard dipanggil "Topical Authority"  Kaedah ini dalam jangka masa panjang saya lihat akan berjaya dan kini dengan satu konten utama saya akan membuat beberapa konten dengan keyword yang pelbagai.


Kesimpulan

Shoppermaniac mempunyai potensi untuk maju pada pendapat peribadi saya dan memerlukan sedikit Boost dan kesabaran untuk menjayakan blog ini.





SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022







Shoppermaniac.com pada pertengahan September telah mula mencapai kenaikan pageview melebihi 500 pageview sehari dan bulan September kami mencapay 19K pageview.  Ini adalah perkembangan yang baik dan akhirnya projek eksperimen 15K pageview sebulan shoppermaniac.com kini telah berakhir.


Jika anda ikuti blog kami ini, anda akan ketahui bahawa kami sedang membuat projek blogging dengan target 15K Pageview sebulan 


Projek ini sepatutnya selesai pada bulan Jun yang lalu tetapi kami gagal mencapai target yang kami mahukan dan saya telah lanjutkan projek ini hingga bulan December 2022.



Dan setelah itu kami mula mengubah beberapa strategi serta membaiki kesilapan kami semenjak 6 bulan yang lalu.

Apa yang kami buat;


SHOPPERMANIAC.COM CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022


POST LAMA KAMI MULA DI INDEKS

Pada bulan Jun yang lalu kami berjaya  membuat post atau konten sebanyak 378 sahaja dan sebenarnya ia jauh dari target asal kami iaitu 300 post dalam masa 3 bulan ( March 2022) .


Ini kerana kami ingin memberi masa post-post kami diindeks oleh Google. Untuk pengetahuan, sebaik sahaja anda membuat post atau konten ianya tidak akan diindeks serta merta oleh Google. Biasanya ia mengambil berminggu atau berbulan atau tidak langsung.


Sebab itu anda memerlukan post yang banyak  untuk memastikan salah satu post anda akan diranking dan diindeks oleh Google.


Bila anda terbitkan post anda lambat maka lambatlah post/konten anda akan dindeks. Dan ini yang terjadi pada kebanyakan post kami yang mula dindeks oleh Google sedikit demi sedikit dan pada masa yang sama kami membuat post baru dan hingga kini kami mempunyai 493 post.


Dan kami berharap post baru kami juga akan mula dindeks dan menjana tarfik yang lebih tinggi.




TEKNIK KAPAL PERANG 

Ini adalah teknik yang paling power dan saya memang galakkan anda mengguna teknik ini. Dimana khususnya teknik kapal perang ini adalah anda kemaskini post /konten lama dengan memasukkan kata kunci serta menambahkan data tambahan jika perlu.


Anda memberikan nafas baru kepada artikel lama dan dengan penambahbaikan ini maka post lama anda akan mula dindeks dan berpotensi untuk berada di ranking yang pertama.



UBER SUGGEST 

Untuk memastikan on page dan off page SEO kami berjalan dengan baik, mahu tak mahu anda terpaksa menggunakan aplikasi untuk memeriksa kesihatan blog anda,  Saya menggunakan Uber Suggest kerana ia bukan sahaja memberikan penilaian Off dan ON Page blog ini.


Malah Uber Suggest memberi kata kunci tambahan untuk setiap artikel anda yang terdahulu. Ini bermakna teknik kapal perang anda menjadi lebih mudah dimana anda diberikan kata kunci percuma oleh Uber Suggest dan anda hanya perlu memasukkan dalam artikel anda.



BUAT KONTEN


Saya mula membuat konten secara serius dan akhirnya pada hujung bulan September jumlah post kini bertambah kepada  493 post dimana dalam masa 3 bulan kami membuat 193 post.

Konten adalah raja dan anda mesti percaya melalui konten anda boleh menjana pendapatan yang baik. Anda lebih mudah mendapat trafik organik dengan post yang banyak dan berkualiti.

Teruskan membuat konten.




KONTEN RELATED

Konten related ataua topical autoriti saya perkuatkan untuk menunjukkan autoriti dalam sesebuah tajuk. Contohnya saya menjual produk UBAT RACUN SEMUT dan saya akan membuat konten related dengan memberi penerangan jelas seperti jenis-jenis semut, pembiakan semut dan sebagainya. 


Ertinya saya bukan sahaja menjual tetapi memberi penerangan yang lengkap tentang semut dan GOOGLE akan menilai artikel anda ini lengkap dan membantu pembaca mengikut algoritma Google Helpful Content .




SILO KONTEN 

Membuat konten dan kemudian membuat related konten sahaja tidak akan berjaya jika anda tidak memberitahu Google. 

Sebagai contoh anda membuat konten semut seperti yang saya katakan dan juga konten related. Tetapi adakah Google tahu bahawa konten-konten ini saling berkait.


Google tak tahu dan anda kena beritahu google dengan membuat internal link dari artikel 1 kepada artikel 2 dan seterusnya. Ini membawa maksud setiap artikel itu mempunyai sequen berkait melalui internal link.


Dan akhir sekali kesemua konten related itu anda kena buat link dan link ke artikel utama.



KESIMPULAN CAPAI 15K PAGEVIEW SEBULAN PADA SEPTEMBER 2022

Inilah teknik yang saya gunakan dan saya jamin ia pasti akan berjaya. Tetapi pastikan konten anda berkualiti. Tak guna anda membuat ratusan konten tetapi ia penuh,



TRAFIK SHOPPERMANIAC JATUH PADA NOVEMBER 2022 HINGGA KINI


Walau pun blog saya bertahan kemaskini demi kemas kini tetapi updated pada bulan October iaitu Google Spam telah meleburkan semua trafik 2 blog utama kami iaitu shopeefunnel.online dan shoppermaniac.com.


Kami memperolehi trafik melebihi 15K sebulan terus menjunam menjadi 3K sahaja dan kami masih lagi struggle untuk mendapatkan kenaikan yang asal.

GOOGLE UPDATED TAHUN 2022 DAN IMPAK KEPADA BLOGGER

Shoppermaniac.com lagi teruk menjunam dan hingga kini tiada kenaikan yang serius!!


Kadangkala usaha yang anda buat tiba-tiba hancur memang menyakitkan hati dan teknik yang digunakan memang betul cuma adakalanya kami ada membuat kesilapan iaitu tiru artikel pihak lain dan masukkan ke blog kami.


Dan impaknya ia menjadi seperti diatas terutama shoppermaniac.com yang menjual produk memang terdedah dengan perkara copy artikel kan.





APA YANG SAYA PELAJARI HINGGA SEPTEMBER 2023

Bermula pada December 2022, setelah mengalami kekecewaan kejatuhan drastik blog ini. Saya tidak menumpukan pada blog ini tetapi menumpukan pada blog edukasi kami iaitu shopeefunnel.online.

ANALISA SETAHUN DAPATKAN 15K PAGEVIEW BLOG SHOPPERMANIAC
Pageview kami pada bullan September 2023 hanyalah 2816 pageview sahaja. Ini kerana saya tidak membuat kekerapan mengemaskini blog Shopppermaniac kami ini. 

Saya merasa amat kecewa kerana pengorbanan hampir 9 bulan ( Januari 2022 hingga September 2022) hingga kami mencapai 15.000 pageview telah berkubur hanya satu perubahan oleh Google Algoritma.



TEKNIK SAYA BERJAYA!!!


Saya masih mengekalkan teknik masterclass kami mengenai blogging dimana kami tumpukan beberapa teknik seperti 

1. jumlah Konten 300 post dalam masa 3 bulan
2. Jenis-Jenis Konten 
3. 1 Tajuk dengan pelbagai konten ( topical authority)
4. Teknik Kapal Perang 
5. Teknik On Page /Off Page SEO

Teknik yang kami berikan adalah teknik proven dan berjaya menjana 15K trafik buat seketika dan tiba-tiba Google updated kami tewas. Bukan kesalahan teknik tetapi kesalahan dalam membuat konten.

Anda boleh mendapatkan kesemua teknik ini di MasterClass Shoppermaniac kami.


KESALAHAN UTAMA YANG SAYA PELAJARI IALAH :
Buat konten yang berkualiti sebagai contih  pada artikel ini, pada mulanya saya hanya  membuat konten Pageview Shoppermaniac dalam masa satu bulan.

Tetapi saya kembangkan konten ini mengguna teknik kapal perang dengan mengambil konten yang tidak indeks oleh Google iaitu :


Dan saya masukkkan ke dalam artikel ini agar anda tidak perlu lagi mencari maklumat tambahan perkembangan yang kami lakukan.

Ini bermaksud kebanyakkan artikel di dalam shoppermaniac.com  kami tidak berkualiti dan jika perubahan berlaku ia akan membunuh pageview blog anda. 

Suka tak suka anda kena membuat artikel yang benar-benar padat dan merangkumi semua aspek.


Dan terkini saya telah mula mengguna teknik yang sama tetapi cara analisa yang berlainan untuk menaikkan jumlah pageview blog ini.


Jangan lupa baca link diatas ini kami masih lagi mengekalkan teknik yang kami tunjukkan kerana ia teknik yang proven  iaitu terus membuat konten, teknik kapal perang, topical autoriti serta SEO dan keyword semuanya sama tetapi ada sedikit penambah baikan kami yang kami lakukan.


Jika anda mahu memahami bagaimana mendapatkan pageview yang baik. Maka dapat kan MASTERCLASS KAMI yang memberi penerangan lengkap membina sebuah blog yang baik. Dan kami juga memberikan bonus tips lengkap Shopee dan Facebook Ads. 


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama