JUMLAH KONTEN MENDAPATKAN 15000 PAGEVIEW SEBULAN

JUMLAH KONTEN MENDAPATKAN 15000 PAGEVIEW SEBULAN

JUMLAH KONTEN BLOG YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN 15000 PAGEVIEW SEBULAN

JUMLAH KONTEN BLOG YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN 15000 PAGEVIEW SEBULAN


Salam sejahtera, pada tahun 2022 ini KPI saya adalah untuk mendapatkan 15000 pageview sebulan atau 500 pageview sehari untuk blog Shopppermaniac kami.

Dengan  ini saya  harus merancang awal dari segi On Page dan Off Page SEO untuk mencapai target kami ini. Namun semua pihak tahu untuk mencapai target, walau hebat macam mana pun, jika anda tidak membuat konten anda tidak akan dapat capai target ini.

Anda tidak membuat konten yang mencukupi lalu bagaimana Google nak indeks dan ranking blog anda dalam enjin carian mereka. Perkara asas adalah membuat konten atau post di blog anda dengan disiplin yang tinggi.

Maka berapakah konten yang anda perlukan untuk mencapai 15000 pageview sebulan. 

Sebelum kita membahaskan perkara ini , konten yang akan kita gunakan ialah sebuah website bernama shoppermaniac.com, sebuah website baru yang ditubuhkan pada bulan Januari yang lalu.

Bermakna website ini amat baru dan belum diindeks secukupnya oleh Google. 

Manakala di website  Shoppermaniac kami membahagikan 2 jenis konten iaitu Konten Informasi dan Konten Pemahaman / Utama. Ini akan saya jelaskan dengan terperinci akan datang.

Secara amnya, konten Informasi ialah anda mengambil bulat-bulat maklumat produk di Shopee dan anda masukkan ke blog dengan judul yang sama.

Manakala konten Pemahaman / Utama ialah anda membuat konten yang panjang dan memberi opsyen kepada pembaca. Perbezaan antara konten Pemahaman ialah panjang mukasurat bawah 1500 patah perkataan manakala konten Utama ialah melebihi 3500 patah perkataan.

Sebagai contoh jika anda menjual ubat semut, dalam konten Informasi anda akan masukkan bulat-bulat maklumat produk ubat semut di blog anda.

Tetapi dalam konten Pemahaman / Utama anda akan bercerita Bagaimana Menghalau Semut dan dalam konten tersebut anda akan masukkan link produk Ubat Semut Shopee.

Itu serba sedikit ringkasan jenis konten atau post di blog anda. Saya akan terangkan dalam artikel yang berlainan nanti.

Jumlah konten yang akan diambil kira untuk mendapatkan 15000 pageview sebulan hanya melibatkan konten Pemahaman / Utama. Manakala konten Informasi tidak akan dikira sama sekali.

BERAPA JUMLAH KONTEN

Jumlah konten yang anda perlukan untuk mencapai 15000 pageview ialah sebanyak 200 konten Pemahaman / Utama.

Ini mengambil kira setiap konten, anda akan memperolehi 30- 50 pageview setiap konten  dan jika di kali dengan 200 konten anda akan memperolehi 500 - 600 pageview sehari.

Anda harus memperolehi 200 konten ini dalam masa 3 bulan atau QTR 1. Ertinya jika anda memulakan blog anda pada bulan Januari, maka 200 konten harus siap pada hujung bulan March.


KENAPA 200 KONTEN DALAM 3 BULAN 

Saya mengambil masa 3 bulan anda harus mempunyai 200 konten ini kerana hendak mengejar Google indeks.

Untuk pengetahuan , sebuah blog baru untuk di indeks oleh  Google mengambil masa 3 bulan dan dalam masa 4 - 8 bulan baru konten akan benar-benar diranking oleh Google.

Untuk mengejar masa dan mencapai target 500 pageview dalam masa 6 bulan, saya kena memastikan membuat konten lebih awal agar lebih awal di indeks oleh Google.


KENAPA KONTEN INFORMASI TIDAK DIKIRA

Konten informasi tidak dikira kerana ia tidak menggunakan kata kunci atau teknik SEO. Ianya diambil secara terus dari kedai Shopee anda.

Manakala konten Pemahaman / Utama anda membuat kajian dan memasukkan semua keyword, internal link, external link, header dan sebagainya di konten / artikel jenis ini.

KESIMPULAN

Bukan senang apabila mahukan ranking yang pantas oleh  Google. 
Jika anda sudah membuat blog maka mulakan segera  membuat konten dalam masa 3 bulan sebanyak 200 konten 

Anda boleh melihat contoh konten kami di blog shoppermaniac



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama