Ramai peniaga aku melihat begitu ghairah mahu membina ECommerce sendiri apatah lagi dengan kenaikan fee yang melampau khususnys di Tik Tok dan Shopee.
Mereka mahu membina sebuah website seakan-akan Shopee dan untuk merealisasikan ini adalah dengan membina website E-Commerce dan aku akui itulah cara terbaik.
Namun jika anda peniaga kecil atau mempunai produk bawah 30 produk amnya, adalah tidak sesuai membina sebuah ECommerce kerana pada dasarnya E-Commerce merupakan website yang mahal dari segi kos.
Saya sendiri pernah 2 kali membuka dua website EComemrce dan kedua-dua saya tutup kera ianya tidak relven dan jika mahu tambah kena beli add on. Saya menggunakan Easystore dan Wordpress membina E-Commerce saya.
Saya ada membuat sebuah artikel kos untuk membina sebuah website ECommerce dan ianya tidak mengembirakan.
Untuk saya kenapa saya harus membina ECommerce dengan hanya menjual 1- 4 produk sahaja semata-mata hendak kasi sistem pembayaran saya cantik dan mudah. Saya boleh sahaja lakukan dengan mengguna gateaway payement berbayar atau percuma.
Kedua mempunyai ECommerce anda harus mempunyai kemahiran teknikal yang baik. Banyak yang anda harus pelajari dan ianya bukan mudah. Walau pun ramai yag mengatakan plug in ECommerce mudah, untuk saya ianya tidak mudah dan memerlukan pengawasan dan maintenance yang baik.
Jangan fikir nak website yang best dan gempak tetapi pada amnya anda tidak perlukannya dan malah ia membakar modal anda.
Untuk saya, jika mahu membina website, baik saya buat sales pages dan website syarikat yang berasingan.
Dalam Masterclass Website, kami memberikan 2 jenis website untuk anda untuk menjual produk anda melalui Sales Pages mengguna Canva dan sekaligus meningkatkan branding anda melalui website syarikat dengan artikel SEO mengguna blogspot.
Anda boleh ketahui lebih lanjut anda kami berikan untuk anda dengan kos hampir ZERO KOS dengan Masterclass Website kami
.jpg)