ECOMMERCE ATAU MARKETPLACE? Mana Pilihan Anda.

ECOMMERCE ATAU MARKETPLACE? Mana Pilihan Anda.

ECOMMERCE ATAU MARKETPLAC

Sekarang ini kecoh satu Malaysia marah dengan Shopee yang kerap membuat perubahan hingga menyusahkan peniaga atau seller Shopee.

Perubahan yang menyusahkan ialah Standard Delivery yang menyusahkan pembeli dimana Shopee akan menentukan kurier mana untuk dihantar kepada buyer. Dan pada tahun ini, pelaksanaan ini dipanjangkan kepada seller/peniaga Shopee dimana anda semua ditetapkan kurier oleh Shopee.

Ini adalah pemasalahan beasr hingga ada seller yang tidak boleh pos produk mereka kerana kurier mereka yang dipilih oleh Shopee tidak sesuai atau jauh. Penambahan kos untuk menghantar barangan mereka.

Selain itu peningkatan "service caj" untuk program-program Shopee serta kenaikan beberapa caj wajib membuat poket seller makin menipis. Kalau difikirkan sejenak total kos wajib yang di harus ditanggung oleh Seller ialah sebanyak 5% keatas.

Anda kena siap-sedia tolak 5% paling minimum dari harga produk tersebut. Semua ini adalah caj wajib Shopee.

Namun dengan kenaikan kos ini, margin untung menjadi kecil..  Anda tidak boleh membuat apa-apa kerana anda meminjam platform mereka untuk menjual.

Belum lagi anda mengambil program-program Shopee seperti Free Shipping RM15 dan RM40 serta 10% cashback yang menelan caj sehingga 7%. 

Sebagai penyewa tapak jualan, anda kena ikuti peraturan dan caj yang dikenakan oleh platform yang anda pinjam ini.

ECOMMERCE ATAU MARKETPLAC


KEBAIKAN MARKET PLACE

Sebagai seller di Shopee salah satu kebaikan marketplace ialah ia menyediakan pelanggan untuk anda dimana Shopee sahaja setiap hari 7 juta pelanggan. Ini merupakan satu trafik yang cukup besar kepada seller untuk menjual produk mereka.

Pelanggan telah tersedia ada dan mereka hanya perlu  menjual di dalam platform Shopee. Tugas seller menarik pelanggan tidaklah sukar dengan syarat harga produk harus kompetatif serta mempunyai ilmu mengguna Shopee Ads dan memahami algoritma Shopee, anda mampu membuat jualan setiap hari.

Dalam EBook Shopee Funnel Sales Meletup saya, kami namakan sebagai Produk Listing yang mampu menarik pelanggan ke kedai anda dengan manipulasi algoritma Shopee.

Selain itu kerja-kerja leceh untuk memahami fungsi add to cart, check out dan sebagainya yang harus difahami oleh pemilik ECommerce anda tidak perlu fikirkan.

Shopee telah sediakan semuanya, anda hanya perlu masukkan produk sahaja dan terus menjual!!Inilah sebahagian daripada kebaikan oleh Shopee kepada seller.


TUKAR KEPADA ECOMMERCE

Namun ramai yang masih bising kerana kos serta perubahan Shopee agak melampau. Dan saya pun rasai begitu.

Dan ramai yang memberi pandangan bahawa semua seller harus bertukar kepada ECommerce. Dan secara peribadi saya sukai idea ini tetapi ianya satu risiko yang cukup besar jika anda tidak mempunyai pengalaman atau ilmu dalam mengendalikan sistem ECommerce.

Anda boleh sahaja menggunakan platform Wordpress, Shopify dan lain-lain platform untuk membuka Ecommerce anda dengan cepat. 

Sebelum anda beria-ria mendegar nasihat rakan-rakan seller yang lain supaya menukar kepada ECommerce dan keluar dari Shopee / marketplace. Biar saya jelaskan dahulu kos untuk membina sebuah Ecommerce.

Untuk pengetahuan saya mempunyai pengalaman membuka sebuah ECommerce sendiri mengguna wordpress dan ia telah memakan masa dengan banyak serta wang yang cukup banyak. Dan akhirnya saya telah tutup Ecommerce ini.


Kesalahan pertama saya ialah tidak menkaji kos sebuah ECommerce.



Pada gambar diatas menunjukkan kos pelbagai website dan kita fokuskan pada ECommerce Website anggaran kasar ialah RM4000 ke atas. 

Dan di bawah ini adalah pecahan ringkas kos untuk membuat sebuah website ECommerce.





Apabila anda membuat ECommerce Website pertama ialah kena membayar kos bulanan menggunakan perkhidmatan mereka. Sebagai contoh wordpress wajib ambil USD 21 sebulan dan Shopify ialah USD 79 sebulan.

Bermakna untuk wordpress total kos setahun ialah USD21 X 12 = USD 252 X 4 = RM1008

Ini baru sahaja sewa platform mereka belum lagi termasuk plugin yang wajib anda ambil seperti ECommerce plugin serta SEO plugin dan pelbagai lagi. Ini semua melibatkan pembayaran bulanan. Saya anggarkan kos setahun RM1000.

Pendek kata jika anda sebuah website ECommerce yang lengkap anda harus mempunyai:

  • WordPress hosting
  • Domain Name
  • Design
  • Plugins and Extensions (Apps) - termasuk Woo-Ecommerce
Kalau saya nak ceritakan memang cukup panjang tapi ini sebahagian perkara yang anda perlu ketahui.

Kesalahan  kedua saya ialah tidak menkaji iklan berbayar ke ECommerce

Menubuhkan sebuah website ECommerce memang memenatkan. Katakan anda telah berjaya membuat sebuah website ECommerce yang baik.

Dan kini anda mahu menjual. Macam mana anda hendak menjual jika tiada trafik, Berbeza dengan marketplace anda disediakan trafik.

Mahu tak mahu anda terpaksa membuat iklan berbayar menggunakan FB Ads atau syarikat iklan berbayar yang lain. Biar saya terangkan kos permulaan yang anda tidak akan percaya!!


Jika anda fahami sistem FB Ads kami ialah sistem TOFU dan MOFU. Ianya seperti diatas dimana kos untuk membuat Trafik masuk ke website ialah RM100 sehari atau RM3000 sebulan. Dan kemudian buat re-targetting RM20 sehari atau RM600 sebulan.

Total kos FB Ads ialah RM3600 sebulan yang harus anda keluarkan dahulu sebelum memperolehi hasil jualan,  

Tetapi untuk sebuah website baru, anda harus kumpulkan data dan untuk mendapat pulangan ambil masa sedikit

Banyakkan kos yang digunakan untuk membuat iklan berbayar berbanding di Shopee Ads mungkin sehari dalam RM10 sahaja.


Kesalahan  ketiga saya ialah tidak mempunyai ilmu ECommerce

Kesalahan utama yang melewatkan perkembangan website ECommerce, Anda baru hendak belajar bagaimana menggunakan wordpress dan semua plugin untuk dimasukkan.

Sebelum anda membuka Ecommerce websitem belajar dahulu asas-asas ECommerce. Sebab itu saya kerap katakan belajar dari Shopee dahulu dan kemudian apabila anda mempunyai wang dan ilmu  yang mencukupi baru buka ECommerce.

Di Shopee anda akan mempelajari bagaimana fungsi sistem EComemrce serta marketing dalam sesuatu produk winning.

Selain itu anda memerlukan ilmu membuat FB Ads dengan cemerlang, Anda harus memahami menggunakan Ads Manager. Jika malas boleh sahaja upah Agensi Pengiklanan tapi itu adalah tambahan kos .

Kesimpulan 

Apa yang saya boleh katakan ialah Shopee merupakan titik tolak untuk maju ke hadapan dan membina ECommerce anda sendiri. Ia umpama sebagai proeses pembelajaran untuk memdedahkan anda ke dunis bisnis onliine.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama