Mendapat soalan dari rakan subciber bagaimana hendak mendapatkan rating 5 produk baru di Shopee mereka seterusnya review yang baik dan jualan yang berterusan.
Dalam perkara ini saya kerap mengatakan produk baru sukar mendapat jualan di Shopee kerana ianya produk yang belum dipercayai oleh ramai pihak. Dan memakan masa dan wang dahulu sebelum anda mencapai tahap kepercayaan ini
Pertama sekali anda harus penuhi asas dalam menjual produk di Shopee iaitu Produk Listing yang baik dan menyakinkan pembeli dimana tajuk, deskrispi, video, gambar dan segalanya dalam keadaan terbaik. Saya tidak mahu menerangkan perkara ini kerana tajuk ini banyak kali utarakan. Jika anda mahu penerangan penuh klik sini .
![]() |
Kedua ialah harga yang kompetatif agar mudah bersaing dengan produk yang serupa atau hampir serupa. Namun jika produk tersebut premium, harga kompetatif tidak terpakai di Shopee.
Oleh yang demikian potensi anda mendapat jualan dan review dari pembeli adalah tinggi kerana harga anda adalah kompetatif,
HACK MENDAPATKAN RATING 5 PRODUK BARU DI SHOPEE
Ketiga ialah teknik hack Shopee yang saya akan berikan ialah mendapatkan ulasan atau review yang baik. Anda boleh sahaja memberitahu sanak saudara anda membeli produk anda dan meminta mereka memberikan review kepada anda dan pastikan rating 5.
Algoritma Shopee mengambil kira komen atau review setiap produk sebagai nilai tambah yang positif kepada kedai Shopee anda. Lakukan sekarang dan suruh semua kenalan rapat membeli produk anda.
Berikan mereka baucer agar produk anda mampu dibeli oleh mereka semua dan sebagai tanda terima kasih.
Selain itu anda boleh juga membuat FLASH SALES sebagai promosi penjualan produk terbaru anda kepada pembeli dengan tempoh yang tertentu dengan tujuan mendapatkan ulasan atau review.
Dalam stage ini anda tidak mengambil kira keuntungan tetapi ingin mendapatkan review dan ulasan yang terbaik. Pastikan setiap kali anda pos produk baru anda masukkan gift kad minta rating baik serta masukkkan free gift.
Kesimpulan
Sebelum anda membuat hack ini pastikan produk listing anda dalam keadaan baik serta produk anda itu berkualiti.
Tidak guna menjual kempen hack dengan margin untung yang amat rendah tetapi tidak mendapat ulasan atau review disebabkan produk anda tiada kualiti.
Anda mahu mengekalkan jualan yang konsisten di kedai Shopee anda. Apa kata anda sertai MASTERCLASS SHOPEE KAMI SEKARANG


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)