Saya membuat eksperimen lagi dengan membuat konten komsisten selama 1 bulan ke beberapa Sosial Media dengan jumlah konten seperti berikut:
dan juga hashtag yang sama pada semua konten serta membuat folder khas mengikut hari.
FOLDER MATERIAL
|
Folder yang dibuna berdasarkan hari agar lebih sistematik |
HASHTAG YANG DIGUNAKAN
Anda masih mencari MasterClass Bisnis On Line Yang Sesuai Untuk Anda.
Dapatkan Masterclass Shopee, Blogging dan Facebook Ads untuk anda.
Klik Di bio
Hanif,shopee,shopee tutorial,website tutorial,blogger,fb ads,blogging,blogging tips,fbs ads tips,shopee funnel sales meletup,ecommerce, seller shopee,shopee tutorial,seller shopee malaysia,seller shopee centre,seller shopee my,seller shopee tak nak refund,seller shopee down,seller shopee penipu,seller shopee cancel order,shopee checkout tutorial,seller shopee fee,seller shopee malaysia login,seller shopee center malaysia,shopper tracking, shoppermaniac, dropship, bisnisonline, caralarisjualanonline, shopee seller, shopee ,iklan shopee,shopee ads, shopee ads tips, shopee ads malaysia
#shopee #shopeetip #shoppermaniac #dellershop #sellershopee #dhopeeseller #niche #shopeeniche #shopeemalaysia🇲🇾 #dropship shopee #shopeedropship ##dropshipshopee #shopeemarketing #shopeemarketplace #shopeehaul #shopeeindonesia #shopeeadsclass #tutorialshopee #ebookshopeeshop #ebookshopee #shopeefunnel #shopeedarirumah❤️ #shopeeviralmalaysia
https://www.shoppermaniac.com/
SUSUNAN FOLDER TERDAPAT 5 KONTEN ( 2 VIDEO/3 GAMBAR)
|
Setiap folder terdapat 2 video dan 3 gambar |
APLIKASI YANG DIGUNA MEMBUAT JADUAL KONTEN SOSIAL MEDIA
|
Tik Tok saya menggunakan Desktop untuk membuat konten berjadual |
BUKAN KALI PERTAMA
Ini bukan kali pertama saya membuat konten konsisten untuk semua sosial media kami dan saya menjangkakan tiada apa perubahan yang besar akan berlaku pada semua sosial media untuk follower atau like. Dan juga sales pada semua Ebook Masterclass kami.
Cuma perbezaan kali ini saya membuat dengan cara sistematik iaitu membuat "folder" khas untuk setiap hari serta setiap folder saya memasukkan jumlah konten yang saya mahukan.
Malah saya juga akan masukkan video panjang seminggu sekali pada semua konten-konten ini ini. Kesemuanay saya telah pilih dan susun dengan sistematik.
Tidak seperti dahulu saya masukkan sahaja konten dan tiada penggunaan hashtag yang tepat serta tajuk yang baik. Dahulu saya buat agak kelam kabut.
KENAPA LAKUKAN LAGI
Saya melakukan lagi kerana eksperimen saya membuat konten yang konsisten pada You Tube eksperimen saya mendapat 1,1 juta view dalam masa 8 bulan sahaja.
Ia memberikan satu lagi perspektif untuk saya mencuba lagi. Lagipun saya mempunyai ribuan video dan gambar jika saya mahu teruskan.
KEPUTUSAN 1 SEPTEMBER HINGGA 15 SEPTEMBER 2024
KEMASKINI PADA 16 SEPTEMBER
Data di atas untuk Instagram dan ia menunjukkan peningkatan reach tetapi tiada penambahan follower. Namun dari konsisten jumlah reach adalah baik untuk setiap hari.
Di atas untuk Facebook Pages kami dan menunjukkan peningkatan yang ketara untuk reach serta link klik. Pada pemulaan reach amat rendah dan mula meningkat sedikit selepas minggu ke dua.
Linkedin menunjukkan penurunan dalam minggu ke dua dan mula menunjukkan peningkatan selepas minggu kedua.
Pada gambar diatas menunjukkan perkembangan tik tok dan secara umum berlaku peningkatan yang baik bermula pada awal Setember hingga 15 September.
Kesimpulan dari 2 minggu data ini, menunjukkan kesemua sosial media memberi peningkatan yang baik walaupun rendah tetapi Linkedin menunjukkan keputusan sebaliknya.
Jika dilihat, trend seakin konsisten selepas 2 minggi dan mungkinkah algoritma setiap sosial media ini untuk memahami konten anda mengambil masa 2 minggu dan unuk linkedin mungkin ambil masa yang lebih lama?
NAMUN tujuan kita membuat konten ini adalah mendapatkan SALES dan follower dan ini masih jauh lagi. Mari kita monitor data 16 September hingga 30 September.
Untuk pengetahuan saya juga ada membuat eksperimen meningkatkan trafik blog dengan membuat post di QUORA. Anda boleh baca eksperimen kami disini
KEPUTUSAN 1 SEPTEMBER HINGGA 30 SEPTEMBER 2024
|
FACEBOOK PAGES STATUS |
|
INSTAGRAM STATUS |
|
FACEBOOK AND INSTAGRAM REACH |
Dari data yang ditunjukkan melihatkan Facebook reach adalah lebih baik berbanding dengan instagram walaupun kedua-duanya menunjukkan peningakatan reach.
Facebook membuahkan 10 klik berbanding Zero klik dari Instagram.
|
LINKEDIN STATUS |
|
DATA LINKEDIN KENAIKAN 16% |
Linkedin menunjukkan konsisten dengan reach/impression sehingga 16%.
|
TIK TOK STATUS |
|
Peningkatan baik untuk profil |
Dari data menunjukkan tontonan profil sehingga 77 kali memberi gambaran yang baik. Tik Tok setakat ini menunjukkan harapan yang baik untuk mendapatkan jualan secara organik,
|
QUORA STATUS |
Quora baru sahaja kami membuat analisa pada 9 September dan jumlah post yang konsisten belum lagi kami lakukan namun dengan post kami sepanjang 20 hari. Ia menunjukkan perkembangan yang baik.
DATA KLIK PROFILE atau BIO
Facebook :19 klik
Instagram: 0 klik
Tik Tok : 77 klik
Linkedin: 0 klik
Jumlah klik menandakan potensi jualan produk kami dan dari keseluruhan 30 hari dengan 200 konten ( video/gambar) kami memdapati Facebook dan Tik Tok mampu menjana sales jika kami berikan tumpuan penuh.
JUALAN PRODUK SEPANJANG 1 SEPT - 30 SEPT
Hanya 2 Jualan pada bulan September sehingga 30 September menunjukkan kejatuhan yang amat ketara dengan hanya bergantung pada sosial media sahaja,
Petanda 2 jualan juga menunjukkan kita mampu membuat jualan secara organik walau impaknya tidak besar,
2 BULAN MEMBUAT KONTEN 200 POST SEBULAN
KEPUTUSAN 29 SEPTEMBER HINGGA 26 OCTOBER 2024
Saya mengambil data dari 26 October sebab pada 27hb October saya telah mula membuat Facebook Ads untuk MasterClass Shopeee.
Adalah tidak adil mengambil data selepas membuat Facebook Ads
FACEBOOK INSIGHT
FACEBOOK masih lagi memenangi keseluruhan data peningkatan selama 2 bulan apabila kami secara konsisten membuat posting setiap hari.
INSTAGRAM INSIGHT
Instagram mengalami penurunan tetapi content interaction berlaku peningkatan . Namun secara amnya berlaku penurunan
TIK TOK ADS INSIGHT
TIK TOK masih merupakan salah satu sosial media yang baik untuk buat konten. Dan setiap bulan berlaku peningkatan follower di Tik Tok kami anggaran 15 orang setiap bulan..hehehehe.
LINKEDIN INSIGHT
LINKEDIN masih mengekalkan peningkatan tetapi dalam kadar yang tidak terlalu tinggi walaupun setiap hari posting konten disini. Sememangnya LINKEDIN ini adalah sebauh sosial media BtoB.
JUALAN PRODUK
End Result sudah tentu anda akan melihat jualan dan peningkatan jualan hingga 100% dari 2 jualan hingga ke 5 jualan.
KEPUTUSAN 26 OKTOBER HINGGA 28 NOVEMBER 2024
Nampaknya saya masih maintain lagi membuat 200 konten ke sosial selama 3 bulan. Cuma pada 26 September hingga 27 November konten kami agak kurang walaupun setiap hari dihantar iaitu purata 1 atau 2 konten sehari.
Saya hanya akan menunjukkan data sahaja dan jualan tidak ditunjukkan kerana bermula pada 27 October kami telah mula membuat Iklan Berbayar.
|
FACEBOOOK DATA |
|
INSTAGRAM DATA |
|
TIK TOK DATA |
|
LINKEDIN DATA |
|
LINKEDIN DATA |
Dari data yang ditunjukkan keseluruhan sosial media mengalami kejatuhan yang ketara 40%-50% reach dan impak amat besar dengan jumlah konten yang kami masukkan.
Terbukti konten memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan reach atau impression anda kekal tinggi.
KESIMPULAN 3 BULAN
Dari data jelas menunjukkan :
1. Konten memainkan peranan yang amat penting memastikan reach anda tinggi. Jumlah konten makin tinggi maka algoritma sosial media akan "push" konten anda.
2. Konsisten dalam membuat konten maka potensi mendapat jualan adalah tinggi.
Walaupun pada 26 Sept - 26 Oktober jumlah post kami kurang tetapi jualan kami tinggi.
TEORINYA ialah audien mengambil masa berfikir untuk mendapatkan produk anda, Dimana pada 1 Sept - 30 Sept kami membuat ratusan konten dan bulan seterusnya kurang konten, tetapi sales naik disebabkan audien bulan sebelumnya telah berfikir dan membeli produk anda.
BAYANGKAN jika anda kekal dengan 200 konten keatas, saya menjangkakan sales akan lebih tinggi.
3. Konten yang sesuai ialah antara 150 - 250 konten keatas. Dimana sehari anda harus menghantar konten dalam 5 - 7 konten sehari !!!! barulah REACH anda akan meningkat dari masa ke semasa termasuk follower.
Dari data, untuk niche Shoppermaniac. Platform yanng terbaik dan harus ditumpukan ialah Facebook dan Tik Tok