Salah satu kesalahan yang akan terjadi pada Shopee Seller ialah tersalah hantar produk yang dibeli oleh buyer anda.
Memang sakit kepala apabila memikirkan perkara ini. Rugi sudah tentu tetapi nak melayan pelanggan anda.
Apa yang patut anda lakukan ialah what apps pembeli produk Shopee anda dan terangkan pada mereka bahawa anda tertukar produk yang mereka beli. Anda boleh minta mereka memulangkan produk tersebut dan anda akan bayar kos shipping.
Jika produk murah dari harga shipping, maka saya galakkan anda lupakan sahaja.
Dan kemudian anda beritahu akan gantikan produk yang salah dengan penghantaran yang baru. Dalam hal ini anda akan kerugian produk pertama dan produk kedua serta kos penghantaran.
Secara ringkas jika anda tersalah hantar barang kepada pembeli, tindakan yang perlu diambil ialah :
- What Apps atau Chatting dengan pembeli anda
- Beritahu kesilapan anda dan berbincang jika boleh pulangkan barangan tersebut dengan kos shipping dibawah tanggungjawab anda.
- Jika kos penghantaran lebih mahal dari produk. Lupakan sahaja kerana ia akan merugikan anda.
- Anda poskan semula produk yang betul kepada pelanggan anda melalui penghantaran secara peribadi bukannya Shopee
- Pastikan anda minta maaf dan beritahu pembeli anda jangan refund melalui Shopee atau memberi review yang buruk.
Kenapa anda harus abaikan kerugian:
Dalam hal ini, anda harus abaikan soal kerugian kerana ini memang salah anda dan anda harus mengakuinya.
Yang penting kini adalah menjaga pelanggan dari membuat refund melalui Shopee dan anda akan kena penalti sekaligus memberi review yang buruk kepada anda. Ini yang paling penting, kerana review yang teruk akan impak jualan produk anda pada masa akan datang.
Anggap sahaja kesalahan ni sebagai kesilapan yang memberi tunjuk ajar yang pahit. Selesaikan produk yang dibeli oleh pelanggan anda dengan memberi produk yang mereka mahukan.
Melalui pengalaman saya, biasanya pelanggan tidak akan refund atau poskan produk anda. Kenapa mereka membeli melalui on line kerana mereka malas, dan anda rasa mereka akan hantar produk yang salah? 98% tidak akan hantar.
KESIMPULAN SALAH HANTAR BARANG PADA PEMBELI SHOPEE.
Kesimpulannya pastikan jangan membuat penghantaran yang salah dan kaji kenapa anda melakukkan kesalahan ini. Dan biasanya kesalahan sebegini berpunca dari penyusunan produk yang salah atau bersepah.
Amalkan sistem penyusunan produk yang sistematik jika anda mempunyai lebih dari satu produk dan ini dalam bahasa English kita panggil "Storage Addressing"
6 Tips dan Cara Penyusunan Barang :
1. Buat Forecast Persediaan
2. Pastikan Penyimpanan Inventori Kemas
3. Periksalah Stok Barang Secara Berkala
4. Kategorikan Barang Sesuai Jenisnya
5. Memberi Label / Kode pada Setiap Barang
6. Pisahkan Barang Lama dan Baru