REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH ATAU DROPSHIP. - BLOG SHOPPERMANIAC

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH ATAU DROPSHIP.

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH ATAU DROPSHIP.

 

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH  ATAU DROPSHIP.

Saya ada membuat artikel bahawa anda boleh masukkan lebih dari satu syarikat dropship ke kedai Shopee anda tetapi dengan syarat pastikan niche produk berlainan untuk mengelakkan order dalam satu AWB.- ( ini cerita lain)

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH  ATAU DROPSHIP.

Contoh  diatas bukti  kedai Shopee kami menggunakan 3 dropship yang berlainan. 


Berbalik pada soalan Nur Atikah jika berlaku refund/return oleh pembeli, alamat pemulangan akan dihantar rumah anda  jika anda setting *my address* menggunakan alamat rumah anda.

Saya galakkan anda menggunakan alamat rumah anda sendiri jika berlaku return/refund nanti.

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH  ATAU DROPSHIP.

Dalam AWB pun sudah tertera alamat rumah anda bukannya alamat dropship tersebut jika anda setting pick/return ke alamat rumah anda. Maka sudah tentu jika ada pemulangan akan dihantar ke rumah anda.


APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA  ADA REFUND /RETURN DAN INI MEMANG SALAH DROPSHIP

Kenapa saya galakkan anda mengguna alamat rumah anda :
1. Anda mengguna lebih dari satu dropship
2. Anda tidak mahu buyer tahu anda adalah dropship.


Situasi Return/Refund dalam dropship ini jarang-jarang berlaku tetapi pernah berlaku. Katakan produk yang dihantar adalah salah dan buyer kena pulangkan produk tersebut kepada anda.

Produk dah sampai dan apabila anda periksa, sememangnya produk dropship ini bermasalah dan anda akan setuju untuk refund dalam sistem Shopee.

Ini bukan masalah awak dan anda akan berurusan dengan pihak Save Value atau Kumoten atau Cico sendiri. 

Jika melalui Save Value anda kena telepon dan follow dengan email. Manakala dengan Kumoten anda kena isikan maklumat secara online dan melalui Cico anda boleh berurusan what apps.

Anda kena follow up dengan mereka dan ikuti prosedur yang diberikan dan pemulangan wang akan dilakukan kepada anda. 


Tetapi saya galakkan anda siasat terlebih dahulu, kadangkala buyer ada jenis yang lebih-lebih. Kalau anda terima  Return/Refund anda berpotensi kena penalti oleh Shopee dan ia akan impak prestasi kedai anda. Gaduh lagi baik..hehehehe


CONTOH KEDAI SHOPPERMANIAC KENA RETURN/ REFUND

REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH  ATAU DROPSHIP.


REFUND/RETURN DROPSHIP GUNA ALAMAT RUMAH  ATAU DROPSHIP.


Kedai Shoppermaniac telah beberapa kali menerima aduan Return/Refund dan dalam kesemua kes ini kami berjaya mengalahkan buyer dengan "dispute" aduan mereka.

Seperti saya katakan tadi, sepanjang beberapa tahun ini dropship yang saya rekemenkan ini tiada masalah penghantaran. dan kadang kala mereka lambat membuat penghantaran. Itu sahaja.



POLISI SHOPEE RETURN/REFUND 2023

Dibawah ini saya sertakan polisi Return/ Refund Shopee supaya anda boleh memahami sedikit sebanyak kehendak Shopee ini.

Dan juga saya berikan link ( KLIK SINI) prosedur untuk Return/Refund yang Shopee akan berikan anda dan bagaimana anda hendak  berkomunikasi dengan Shopee agen.

Sebaiknya adalah lebih mudah jika anda berbincang sesama buyer anda daripada melalui proses yang panjang ini. 

POLISI RETURN/REFUND SHOPEE

4. Hak Penjual Biasa

4.1 Untuk tujuan Polisi Bayaran Balik dan Pemulangan ini, Penjual Biasa ialah Penjual yang bukan Penjual Pusat Beli-belah atau Penjual Pilihan.

4.2 Apabila Shopee menerima permohonan daripada Pembeli untuk pemulangan Item dan/atau bayaran balik, Shopee akan memberitahu Penjual secara bertulis. Penjual boleh membalas permohonan Pembeli mengikut langkah yang disediakan oleh Shopee dalam pemberitahuan bertulis.

Penjual mesti bertindak balas dalam tempoh masa yang ditetapkan dalam pemberitahuan bertulis ("Tempoh Ditetapkan"). Sekiranya Shopee tidak mendengar daripada Penjual dalam Tempoh Yang Ditetapkan, Shopee akan menganggap bahawa Penjual tidak mempunyai maklum balas terhadap permohonan Pembeli dan akan meneruskan untuk menilai permohonan Pembeli tanpa notis lanjut kepada Penjual. 

Shopee akan menyemak setiap maklum balas Penjual berdasarkan kes demi kes dan, mengikut budi bicara mutlaknya, menentukan sama ada permohonan Pembeli mungkin berjaya berdasarkan keadaan yang dinyatakan oleh Penjual.


5. Keadaan Barang yang Dikembalikan

5.1 Untuk menikmati pengalaman tanpa kerumitan semasa memulangkan Item, Pembeli hendaklah memastikan Item tersebut, termasuk sebarang item percuma seperti aksesori yang disertakan bersama Item, mesti dikembalikan kepada Penjual dalam keadaan diterima oleh Pembeli semasa penghantaran. Kami akan mengesyorkan Pembeli untuk mengambil gambar Item selepas menerima.


6. Liabiliti Yuran Penghantaran Pemulangan

(a) Dalam senario ralat yang tidak dijangka dari penghujung penjual (iaitu - rosak, rosak atau salah Item dihantar kepada pembeli), penjual akan menanggung kos penghantaran pulangan pembeli.

(b) Dalam senario perubahan fikiran pembeli, pembeli hendaklah mendapatkan kebenaran penjual sebelum permintaan pemulangan dan pembeli akan menanggung kos penghantaran pemulangan.

(c) Dalam senario di mana kedua-dua penjual-pembeli mempertikaikan pihak yang bertanggungjawab untuk yuran penghantaran pemulangan, Shopee mengikut budi bicara mutlaknya akan menentukan pihak yang bertanggungjawab untuk yuran penghantaran pemulangan.


7. Bayaran balik

7.1 Pembeli hanya akan dipulangkan selepas Shopee menerima pengesahan daripada Penjual bahawa Penjual telah menerima Item yang dikembalikan. Sekiranya Shopee tidak menerima maklum balas daripada Penjual dalam masa yang ditetapkan, Shopee akan bebas untuk membayar balik jumlah yang berkenaan kepada Pembeli tanpa notis lanjut kepada Penjual. 

Bayaran balik boleh dibuat kepada kad kredit/debit Pembeli atau akaun bank yang ditetapkan, atau dompet ShopeePay Pembeli, yang mana berkenaan.


8. Komunikasi Antara Pembeli dan Penjual

8.1 Shopee menggalakkan Pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain sekiranya masalah timbul dalam transaksi. Memandangkan Shopee adalah platform untuk Pengguna menjalankan dagangan, Pembeli hendaklah menghubungi Penjual secara terus untuk sebarang isu berkaitan Item yang dibeli.

Catat Ulasan