Laporan oleh Sinar Harian ini agak mengejutkan bahawa Langkawi menjunam jatuh menuju ke arah Langkawi pekan hantu ( bukan hantu Langkawi)
Sumber : Sinar harian
Industri perhotelan, kereta sewa dan kedai makan di Langkawi dibimbangi semakin tenat susulan kehadiran pelancong yang semakin merosot kebelakangan ini.
Pengusaha berisiko mengalami kerugian berterusan, malah dikhuatiri pulau legenda yang sebelum ini dipenuhi pelancong domestik mahupun antarabangsa setiap kali musim perayaan bakal bertukar menjadi ‘pekan hantu’.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, senario itu agak membimbangkan apabila tempahan hotel di pulau peranginan itu sempena cuti Deepavali hanya sekadar 10 peratus bagi hotel tiga bintang ke bawah.
LANGKAWI MENUJU KE ARAH PEKAN HANTU
Laporan oleh Sinar Harian ini agak mengejutkan bahawa Langkawi menjunam jatuh menuju ke arah Langkawi pekan hantu ( bukan hantu Langkawi)
Nama Langkawi bukanlah sesuatu yang baru iaitu merupakan destinasi pelancongan yang cukup terkenal di Malaysia. Branding Langkawi yang terkenal dengan kawasan bebas cukai melonjakkan lagi nama Langkawi .
Kini ianya hanyalah satu nama sahaja yang mulai dilupai oleh masyarakat Malaysia dan menuju ke pekan hantu.
Dan melalui analisa yang kami kumpulkan terdapat beberapa sebab kenapa Langkawi kini bertukar menjadi pekan hantu dari aspek bisnis:
LANGKAWI TERLALU SELESA DENGAN KEJAYAAN LAMA
Sesebuah negeri itu akan terbantut perkembangannya jika tiada pembangunan. Langkawi terlalu selesa dengan kejayaan lapuk mereka mempunyai Sky Bridge, Akuarium serta tugu Helang kebanggaan mereka.
Dan setelah 20 tahun, Langkawi masih lagi bangga dengan ikon-ikon lapuk mereka tanpa ada pertambahan atau pembangunan pelancongan yang lain.
Saya telah pergi Langkawi lebih dari 5 kali dan melancong ke kawasan yang sama sebanyak lima kali dan sehingga kini kalau anda ajak saya ke Langkawi memang saya tak mahu pergi lagi sebab tiada apa-apa kelainan.
Dari segi perkhidmatan feri masih lagi di takuk lama tanpa ada usaha meningkatkan efisien mempercepatkan waktu tunggu pelancong yang agak lama menunggu giliran menaiki feri.
Dalam bisnis online perkara yang sama juga akan berlaku jika anda tidak memberi nafas baru kepada branding yang telah lama anda pupuk dan jika dibiarkan maka ia akan terkubur. Sebagaimana yang berlaku pada branding Langkawi yang tidak mahu berubah menjadi lebih baik dan akhirnya mendapat jolokan Langkawi si pekan hantu.
Sama pada bisnis online jika anda tak mahu kembangkan produk anda dengan ikuti teknologi terkini serta perbaiki kualiti produk anda. Anda akan pasti ketinggalan dengan pihak pesaing anda.
LANGKAWI TIDAK MESRA PELANGGAN
Kedua ialah Langkawi sejak kebelakangan ini mendapat ulasan yang amat teruk dari pelancong luar. Dimana peniaga Langkawi ini tidak mesra dengan pelanggan.
Sebagai contoh dahulu saya ada membuat trip ke Langkawi bersama rombongan dan disebabkan bas tidak mencukupi kami menyewa van di Langkawi. Jika anda lihat keadaan van tersebut memang cukup daif dan paling teruk minyak cukup-cukup sahaja. Dan nasib baik kami sempat isi minyak.
Peristiwa lain ialah kami membawa rombongan pekerja Indonesia ke Sky Bridge. Di mana tiket semua telah ditempah melalui ejen di sana. Tiba-tiba pekerja Indonesi akami tidak dibenarkam mask kerana harga tiket harus beli untuk pelancong luar negara. Dan tiket yang kami beli tidak boleh digunakan lagi.
Saya jumpa manager mereka dengan mengatakan kami sanggup buat bayaran tambahan dan kekalkan tiket lama sebab kami tidak mendapat maklumat. Manager mereka tak benarkan dan kata ianya polisi.
Keangkuhan serta perkhidmatan yang lemah dan tidak berkualiti akhirnya memakan diri mereka sendiri. Dahulu permintaan lebih tinggi dari penawaran, kalau anda tak pergi Langkawi ada berjuta lagi sedang menunggu. Kini kosong bagaikan Pekan Hantu.
Dalam bisnis, salah satu motto yang harus dipegang ialah "Quality First" dan "Follow Customer Requirement" harus ada dan jika anda sombong, adakah produk yang anda jual akan laku. Mungkin mula-mula akan laku sebab branding anda kuat tetapi yang pastinya akan kecundang juga seperti Langkawi The Ghost Town.
HARGA YANG TERLALU MAHAL
Mengambil kesempatan terhadap pelancong oleh peniaga di Langkawi terutama kedai makan di Langkawi adalah klimak Langkawi menjadi Pekan Hantu.
Harga yang terlalu mahal tak terfikir di benak fikiran pernah terjadi Langkawi bukan hanya sekali tetapi berkali-kali.
Anda berjalan ke Langkawi dan habiskan duit di Langkawi hanya untuk makan dan adakah ia berbaloi. Tentu tidak sama sekali.
Dalam bisnis, salah satu persaingan ialah harga yang kompetatif. Dimana produk anda harus mempunyai harga yang kompetatif agar mudah bersaing dengan pesaing lain.
JIka anda bantai dengan harga tinggi dan kualiti pun tak seberapa. memang produk anda tidak akan terjual dan akhirnya menjadi Langkawi si Pekan Hantu.
KESIMPULAN LANGKAWI PEKAN HANTU
Kenapa Langkawi berubah menjadi Pekan Hantu adalah berpunca dari masyarakat serta pengurusan pihak majlis yang tidak suka akan perubahan dan bangga diri.
Masyarakat Malaysia kini telah memilih negara luar seperti Hatyai yang dekat dengan Langkawi untuk melancung disebabkan harga serta variasi pusat pelancong.
KENAPA ORANG MALAYSIA SUKA KE HATYAI
Salah satu sebab orang Malaysia suka ke Hatyai daripada Langkawi adalah kerana dari Langkawi ke Hatyai cukup dekat. Saingan kuat Langkawi adalah Hatyai dan jika Langkawi tidak mampu mencabar Hatyai maka jangan salahkan rakyat Malaysia.
Sebab kedua saya akan terangkan intineri artikel yang saya ambil dari Facebook Bumi Sepi yang menulis dengan lengkap perjalanan mereka melancong ke Hatyai.
Dan anda fikir sendiri, anda mahu kemana setelah baca intineri melancong ke Hatyai atau Langkawi?
PROSES IMIGRESEN MALAYSIA (BUKIT KAYU HITAM)
Bas berhenti di imigresen Malaysia. (kompleks ICQS yang baru dan besar)
Semua penumpang turun membawa beg masing-masing.
Scan bag seperti mesin scanner di airport.
Cop passport. Pastikan ada stamping KELUAR di passport anda.
Keluar cari bas anda. Selepas bas drop penumpang tadi, bas dah bergerak ke depan ke tempat lain.
Angkat barang dan naik bas semula.
BAs bergerak ke inigresen Thai (bangunan lain)
PROSES IMIGRESEN THAILAND (Danok, SADAO)
Bas berhenti di imigresen Thailand.
Semua penumpang turun. Tinggal beg dalam bas (kecuali barang berharga).
Terus beratur untuk cop passport.
Serah white card Thailand (keratan ARRIVAL). Simpan dan jangan hilangkan keratan EXIT, akan diserah semasa balik ke Malaysia nanti. Pastikan ada stamping masuk Thailand atas passport.
Keluar cari bas anda. Selepas bas drop penumpang tadi bas dah bergerak ke depan ke tempat lain.
Solat Subuh dulu. (Waktu subuh sudah masuk ketika ini di Thailand, so kami bagitau Ah Weng suruh tunggu sat kami nak sembahyang mulanya dia tak faham mengapa kami mesti solat sekarang dan mengapa tak boleh tunggu sampai hotel baru semayang,
Selepas Afiq bagitau dia yang orang Islam semayang 5 kali satu hari, Solat subuh mesti buat sebelum matahari naik, baru dia paham, cuma kefahaman dia tak sampai tahap dia nak masuk Islam lagi).
Selepas solat, naik bas semula.
Bas bergerak dari pekan Danok ke Hatyai. Lebih kurang satu jam.
SURAU DI IMIGRESEN THAILAND
Ada surau di luar bangunan imigresen Thailand sebelah kiri. Sebelahnya ada toilets. Nak masuk toilet 10 baht. Nak masuk surau percuma. Surau kecik saja. Waktu kami sampai bas-bas dan kereta-kereta Malaysia baru masuk jadi kena solat cepat-cepat, doa sendiri-sendiri. Ingat doa seorang musafir tidak ditolak.
Setiba di stesen bas di tengah bandar Hatyai jam 8 pagi, tuk tuk sedia menunggu. Agenda pertama ialah pergi ke hotel tinggal beg-beg dulu. Nak check-in terlalu awal so kita tinggal beg dulu. Nasib baik ada satu bilik ready untuk check-in awal (dari 3 bilik yang kami tempah). Beg-beg kami tinggal dalam bilik yang sudah dibersih itu.
Seterusnya apa lagi? Cari makan pagi lah. Makanan halal tiada masalah di Hatyai.
AKTIVITI HARI PERTAMA DI HATYAI
Aktiviti kami pada hari pertama (ikut turutan):
0. Sarapan di Hat Yai Muslim Association (google for location)
1. Kaysorn Hatyai
2. Samila Beach di Songkhla (30 km dari Hatyai)
3. Chang Puak Elephant Camp. (Kami tak naik gajah ride sebab kesian kat gajah).
4. Seaverse Cafe
5. Solat Zuhur/Asar di Songkhla Central Mosque. Masjid ini masjid terbesar di wilayah (province) Songhkla yang didirikan oleh Kerajaam Thailand utk rakyatnya. Cerita masjid ini ada dalam posting berasingan. Lihat posting selepas ini.
6. Makan tengahari di sebuah restoran tempatan
7. Floating market
8. Kilang gajus
9. Check in hotel
10. Central Festival Mall (sebelah hotel kami -- makan malam)
AKTIVITI HARI KE 2 DI HATYAI
0. Singgah farmasi jap cari anti-histamine (ada org sakit -- kesian dia)
1. Sarapan di Chabura Dimsum
2. 7-11 sebelah Chabura
3. Money changer (ada orang nak shopping sakan)
4. Hatyai Municipal Park (bawah je area kolam)
5. Makan tengahari di D'Hatyai Cafe
6, Bundle town
7. Makro (dekat hotel)
8. ASEAN night market (makan malam)
9. 7-11 lagi
AKTIVITI HARI KE 3 DI HATYAI
1. Check-out dari hotel
2. Sarapan di kedai makan Islam depan Hatyai Junction (stesen keretapi di Hatyai)
3. Naik train Thailland (Hatyai- Padang Besar)
4. Naik tren ETS (Padang Besar - KL Sentral)
KOS TRIP KE HATYAI
Kos wajib seperti berikut. Kos makan dimsum Chabura dan makan-makan yang lain tak termasuk.
Tiket bas KL-Hatyai RM 80 per pax (sekali insuran, booking via redbus)
Tiket ETS Pdg Besar-KL Sentral RM 82.50 per pax (harga promo Feb 2023).
Hotel RM 75 per 2 pax per night. (booking via Agoda).
Tiket tren Hatyai - Pdg Besar 50 Baht per pax.
Sewa tuk-tuk Hj Saari 3000 Baht utk 2 hari. (boleh nego nipis).
TUK-TUK DI HATYAI
Kami guna khidmat tuk-tuk untuk bergerak di Hatyai dan Songkhla. Tuk tuk ni ialah sebuah lori kecil brand ISUZU uang diubahsuai. Penumpang duduk di atas bangku atau seats panjang di belakang sambil menghadap sesama sendiri. Boleh muat 4+4 orang. Mereka naik tuk tuk dari belakang. Pengalaman baru bagi budak budak first timers yang baru sampai ke Thailand.
Dengan tuk-tuk inilah kami pi Samila Beach dan pusing-pusing di Songkhla. Songkhla terletak sekitar 30km dari Hatyai. Tuk-tuk menjemput kami di stesen bas di tengah bandar Hatyai sebaik kami sampai lebih kurang 7 pagi waktu Thailand. hari Sabtu. Tuk-tuk inilah yang menghantar kami ke stesen keretapi Haytai pagi hari Isnin masa balik ke KL. Sangat convenient arrangement seperti ini.
SIKIT SEJARAH SONGKHLA.
Wilayah-wilayah selatan (southern provinces) Thailand asalnya adalah sebahagian dari kerajaan Islam Kedah. Pada tahun 1909 penjajah British berpakat dengan kerajaan Siam meletakkan wilayah2 ini di bawah Siam dengan melukis semula peta sempadan Malaysia / Thailand seperti yang kita lihat sekarang.
Penduduk wilayah2 ini 90% adalah Muslim pada asalnya. Kerajaan Siam kemudiannya membawa masuk ramai penduduk Thai berugama Buddha dari utara ke wilayah selatan unruk menseimbangkan taburan penduduk. Nama-nama asal adalah nama Melayu seperti Narathiwat (Menara), Yala (Jala), Satun (Setol), Songkhla (Senggora), Pattani (Petani) dan banyak lagi.
Pengaruh Melayu dan Islam di kawasan ini boleh dilihat dengan jelas. Perempuan dewasa dan murid-murid sekolah memakai tudung menutup aurat adalah pemandangan biasa.
Makanan halal sangat mudah didapati termasuklah di kawasan pelancong seperti floating market di mana hampir kesemuanya perempuan Islam bertudung menjual makanan dari dalam sampan. Sama juga dengan ASEAN night market. Surau dan masjid pun banyak. Syiar Islam dapat dilihat di bandar ini, bagi mereka yang ingin melihat.
Itulah antara sebab orang Malaysia suka jalan-jalan ke Hatyai. Mudah nak makan. Makanan murah dan sedap. Mudah nak solat.
Wallahua'lam.
Soalan saya, setelah anda membaca intineri beliau melancong pada Feb 2023 ini. Mana satu akan pilih Langkawi atau Hatyai?