PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023 - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

Branding Shoppermaniac telah mula dibina pada pertengahan tahun 2021 (sebenarnya April 2021) dan kami bertahan sehingga kini pada akhir tahun 2022 iaitu selama 1.7 tahun dan sepanjang hampir 2 tahun ini pelbagai pengalaman yang kami harungi untuk membina Shoppemaniac kami ini.


Dan kami mempunyai KPI hendak menjana sales Shoppermaniac hingga 5 angka pada penghujung tahun 2023 iaitu 3 tahun selepas penubuhan branding Shoppermaniac ini.


Anda boleh baca KPI kami pada 2022 - KLIK SINI


Pada tahun 2022 kami berkembang terlalu pesat hingga saya hampir tersasar dari KPI kami dan tahun 2022 memang terasa amat penat disebabkan keghairahan mengejar KPI serta beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan.


Mari saya jelaskan :

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Diatas adalah branding Shoppermaniac kami dari kedai Shopee hingga ke ECommerce kami. Semuanya  bermula dengan hanya satu kedai Shopee sahaja iaitu Shoppermaniac dan kami berkembang hingga ke tahap ini.


Dimana perkembangan branding Shoppermaniac terlalu pantas. Untuk pengetahuan Shoppermaniac ini ditubuhkan melalui satu perancangan berkongsi ilmu secara santai dan goal kami ialah penghasilan sebuah portal edukasi untuk semua melalui "real data"


"Real data" bermaksud kami membuat eksperimen setiap perancangan kami dan kami berikan contoh melalui eksperimen ini samada gagal atau berjaya. Sebagaimana untuk Kedai Shopee Shoppermaniac kami mengambil masa 6 bulan untuk membuktikan dengan sistem kami ini, kami berjaya menghasilkan jualan konsisten antara RM3K hingga RM6K sebulan.


Dan struktur perkembangan ini harus dilakukan seorang diri seolah kami baru hendak memulakan bisnes on line melalui Shopee. Ini cabaran yang kami mahukan melalui branding Shoppermaniac supaya anda memahami sistem yang sesuai dengan anda. 


Dan perkembangan ini kami lakukan melalui modal keuntungan Shopee, ianya memakan masa kerana pada permulaan bisnes ini kami peruntukan RM2000 dan perlu ditop up semula dan kemudian kami mula mengembangkan branding ini sedikit demi sedikit.


Namun kejayaan pertama membuat saya menjadi ghairah dimana kedai Shopee Shoppermaniac sudah mula secara auto menjana pendapatan dan You Tube Channel kami Shoppermaniac sudah mula menjana pendapatan juga. 


KEDAI SHOPEE HOMEMANIAC

Saya membuat konten baru dengan menubuhkan Kedai Shopee Homemaniac menggunakan Dropship Malaysia dan  hasilnya mendukacitakan.

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

Saya membuang masa 2 bulan menganalisa dropship Malaysia dan mendapati ianya tidak sesuai.


Semua sedia maklum untuk membuka sebuah Kedai Shopee yang baru memerlukan masa yang banyak terutama dari segi produk listing dan produk Winning.  Ianya bukan mudah dan kesilapan memilih dropship yang salah menyebabkan anda 

Baca: Dropship Manakah Yang Terbaik Untuk Tahun 2023

Dan keputusan diambil untuk menutup Kedai Shopee Homemaniac ini.



KEDAI LAZADA SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

Kedai Lazada Shoppermaniac ini telah lama saya tinggalkan dan pada bulan Ogos 2022 saya aktifkan kembali dengan memasukkan dropship Kumoten sekali lagi dengan membership Instant dan juga Save Value.


Ini adalah bertujuan untuk menambahkan kuantiti produk di Lazada. Pada amnya perkembangan Lazada ini agak cepat dimana setiap bulan mempunyai jualan tetapi tidak begitu baik.


KESILAPAN saya ialah saya tidak menumpukan pada kedai Lazada ini dengan perbaiki Produk Listing dan juga eksperimen dengan ads melalui Lazada. 


Saya masukkan produk begitu sahaja dan maintain Sposnsored Discovery dalam RM20 setiap bulan. 

Walau bagaimana pun saya dapat membuat analisa prsetasi Kumoten dan atas sebab itu dalam tahun 2023 ini saya mengatakan Kumoten salah satu dropship pilihan yang terbaik,


YOU TUBE SHOPPERMANIAC SHORT 

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023
Contoh draft yang saya buat untuk konten You Tube Short

Saya telah menutup You Tube Channel ini disebabkan perubahan oleh algoritma You Tube.

You Tube mempunyai sebuah aplikasi iaitu "Short" dimana kreator boleh membuat video pendek dibawah 60 saat. Ianya dibina untuk mengikuti Tik Tok.  Maka kami terpaksa ler buat short juga.


Pada tahun awal 2022 semua You Tuber hadapi masalah dengan YouTube Short kerana apabila kreator yang membuat konten panjang memasukkan short You Tube  dan impaknya konten panjang view menjunam teruk.


Cara yang terbaik ialah memisahkan Konten Panjang dengan Short ( Konten Pendek) agar tiada berlaku pertembungan konten.


Namun pada khir 2022 ini, You Tube berkata mereka kini dah perbaiki jambatan antara Short dengan Konten Panjang dimana melalui Short, boleh di link ke Channel anda.  Perubahan algoritma You Tube ini telah menyusahkan saya. 


Saya telah membuang masa membuat lebih 100 konten pendek dan mendapati ianya tidak releven untuk dilakukan,


YOU TUBE LUBOK SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Penubuhan You Tube Lubok Shoppermaniac adalah untuk mencari trafik ke Kedai Shopee kami melalui Platform You Tube.

Walau pun perkembangan agak lambat namun ada peningkatan yang baik. Ianya lambat kerana bukan selalu kami masukkan konten kedalam You Tube Lubok Shoppermaniac ini.

Jika ada produk yang mempunyai video maka kami akan masukkan ke dalam You Tube Channel ini. Platform ini masih lagi aktif dan kami akan masukkan jika mempunyai material.


BLOG SHOPPERMANIAC 

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Blog Shoppemaniac ini adalah sebuah blog dimana kami memasukkan link kedai Shopee ke blog ini. Tumpuan diberikan sepenuhnya pada blog ini kerana kami mempunyai eksperimen mendapatkan 15K Pageview sebulan atau 500 pageview sehari dan dalam masa 9  bulan kami berjaya memperolehi lebih 15K Pageview.


Dan secara tiba-tiba apabila Google kemaskini Google Spam mereka pada bulan November, secra automatik pageview blog ini menjunam bawah 100 pageview sehari.


Inilah penyesalan yang paling pahit kerana usaha yang diberikan kepada blog ini amat tinggi dan paling sedih, apabila dan mencapai target secara tiba pageview jatuh menjunam teruk.


BLOG MASTERCLASS SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Blog ini juga menghadapi tempias yang dahsyat daripada Google Spam sehingga pageview 50 kebawah.


Blog ini memberi tips Shopee, Blogging dan FB Ads sebagai rujukan kepada EBook kami selain daripada You Tube Channel Shoppermaniacs serta informasi MasterClass kami.


Saya maintain dengan membuat konten berdasarkan konten dari You Tube Shoppermaniac. Pada tahun 2023 ini saya akan menumpukan pada blog ini dahulu dengan target 600 post dan ingin melihat pageview blog ini nanti.


SOSIAL MEDIA SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Salah satu perkara yang membuat saya pening kepala ialah konten disosial media :
1. Facebook Pages Shoppermaniac
2. Instagram Shoppermaniac
3. Facebook Pages HG Perfume
4. Instagram HG Perfume
5. TikTok Shoppermaniac

Walau bagaimana pun ini adalah perkara biasa dalam membuat post di sosial media. Dengan konten dari You Tube Channel serta Canva membuat gambar  saya mampu membuat 30 hari schedulling material ke sosial media ini. 

Saya memerlukan 2 hari untuk persiapan membuat konten ini, Ini adalah kes terpaksa yang wajib anda lakukan.



ECOMMERCE SHOPPERMANIACSTORE

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Yang ini saya tidak rancang kerana pada masa itu Easy Store ada membuat promosi ECommerce mereka RM1400 untuk 3 tahun. Saya terus grab dan membuat ECommerce ini.

Dan lagi pun pada masa itu saya sedang mengusahakan produk sendiri iaitu minyak wangi HG Perfume  sebagaia jenama kami sendiri.

Ini adalah satu kesilapan pada penghujung tahun 2022 dimana saya melaburkan RM1400 untuk ECommerce website dan pelaburan modal untuk produk sehingga RM3000 ringgit . 

Dan saya belum membuat apa-apa pun kerana masa mencemburui saya dan saya tahu untuk mempromosikan produk baru dan website baru ia akan memakan masa yang lama dan memerlukan tumpuan penuh.

Maka saya biarkan dahulu dan tahun 2023 saya akan tumpukan pada produk ini.

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023




YOUTUBE CHANNEL SHOPPERMANIAC

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023


Ini adalah nadi kepada branding Shoppermaniac dimana kami membuat konten tips bisnes on line sinonim dengan MasterClass kami.

Saya terus kekal membuat konten setiap 3 hari dan penambahan subcriber amat memberansangkan dan pada tahun ini saya menjangkakan follower saya ialah 1800 subcriber.

Ini adalah prioriti pertama saya dan tiada masalah untuk menguruskan You Tube Channel ini.


BLOG SALES PAGES SHOPEEFUNNEL

PERKEMBANGAN SHOPPERMANIAC 2022 DAN PERANCANGAN 2023

Ini adalah Sales Pages MasterClass Shoppermaniac yang merupakan sumber pendapatan untuk branding Shoppermaniac terus bertahan dan untuk pengetahuan lima kali kami ubah Sales Pages mengikut kesesuaian menarik pelanggan melalui data FB Ads kami.

Ubahsuai yang terakhir telah menyebabkan kerugian iklan sebanyak RM1700 dan kami akan terus upgrade,



LAIN-LAIN


Melalui perubahan Google Algoritma yang sentiasa berubah, mahu tak mahu saya terpaksa membeli aplikasi SEO untuk memudahkan kerja saya menganalisa SEO dengan kos RM1300 iaitu aplikasi UberSuggest oleh Neil Patel. 

Kedua ialah pembelian ECommerce kami dengan harga RM1400.

Ketiga sertai member dropship Malaysia ( DSM) bernilai RM300 dan Kumoten bernilai RM69 setiap 6 bulan.

Belum dicampur kos produk kami iaitu HG Perfume yang memakan belanja RM3000 keseluruhannya.

Kerugian iklan terakhir RM1700 untuk iklan MasterClass Shoppermaniac kami.

Sepanjang 2022 ini kami memaksimakan penggunaan wang kami dan disebabkan iklan terakhir berjumlah RM1700 tidak memberi pulangan maka projek ECommerce kami tergendala dimana kami merancang untuk gunakan keuntungan iklan tersebut untuk tampung iklan ECommerce.


KESIMPULAN

Pada tahun 2022 ini saya menghadapi masalah kerana;
1. Membuat terlalu banyak projek sehingga tidak dapat berikan tumpuan penuh sesuatu projek.
2. Membazirkan wang dengan membuat ECommerce. Mengikut plan saya sepatutnya mempunyai ECommerce pada pertengahan bulan 2023. 
3. Perubahan dalam algoritma yang tidak dijangkakan ( Google Algoritma. You Tube Algoritma)
4. Jaga kesihatan dan jangan tumpukan pada Bisnes hingga mengganggu kesihatan. 
 

Pengajaran pada tahun 2022 ini ialah jangan terburu-buru atau ghairah membuat sesuatu tanpa data dan  sentiasa bersiap sedia dengan perubahan yang tidak dijangkakan.

Catat Ulasan